#PK12

87.1K 3K 153
                                    

"Aizam?"

"Syafiha?"

Serentak kami berdua bersuara. Encik Haziq sudah terpinga-pinga melihat kami berdua.

"Korang saling kenal ke?" Tanya Encik Haziq.

Serentak juga kami berdua mengangguk. Matanya masih lagi terarah pada aku.

Dalam diam aku memuji lelaki yang berdiri di depan aku ini.

Kacak. Sama seperti dulu. Baru aku perasan muka Aizam sama seperti Xiam Lim.

"Ehem!" Deheman Encik Haziq mengembalikan kami ke alam nyata.

Kemudian aku kembali duduk menghadap Encik Haziq. Aizam juga turut serta duduk disebelahku.

"So, Sya , ni lah adik saya yang akan gantikan tempat saya. Saya tak perlu lah nak kenalkan awak dengan dia memandangkan korang saling mengenali." Aku kemudian mengangguk tanda faham.

"Zam, Sya ni PA zam. Anythings just refer pada dia. And please. Take agood care of my lovely PA . Hehe." Aku hanya tersenyum dengan kata kata Encik Haziq itu.

Encik Haziq tahu tentang kisah hidup aku. Dari A-Z. Aku selesa dengan Encik Haziq. Dia juga sudah menganggap aku seperti adiknya. Isterinya juga turut baik terhadap aku.

"Welcome to HA Holdings Zam." Encik Haziq tbangun dari kerusinya lalu menghulur tangan untuk berjabat dengan Aizam. Aku dan Aizam juga turut bangun. Aizam kemudian berjabat tangan dengan abangnya itu.

Secara rasminya Aizam bakal jadi bos aku disini.

Setelah semua selesai, aku bergerak keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke meja kerjaku.

****

Sedang aku asyik menulis sesuatu, aku perasan seseorang sedang berdiri di depan mejaku.

Bau perfumenya sudah boleh aku agak siapa.

Aizam.

Aku mengangkat kan kepalaku dan memandangnya dengan pandangan 'ye, nak apa?'

"Hai Sya." Tegurnya.

"Hai." Sepatah saja aku jawab. Sebenarnya aku rasa agak kekok untuk bersua dengan nya sejak dari peristiwa beberapa tahun yang lalu.

"So Sya, tak sangka kita jumpa lagi eh?"

Aku hanya buat muka biasa. Mataku masih pada buku yang dipegang tadi.

"Emm Encik Aizam nak apa apa ka?" Aku berusaha untuk tidak beramah dengannya.

"Sya, kemon lah. Panggil saya Aizam jela. Okey. Saya tahu awak tak selesa pasal benda tu. But please Sya, just forget it. Saya pun dah tak kisah dah pasal tu." Kata kata Aizam ada benarnya juga. Untuk apa aku fikir pasal benda yang bertahun sudah berlalu.

Aku mengukir senyuman kepadanya.

"Sya, lunch nanti kita keluar sensama eh. Banyak benda nak catch up pasal awak."

"Err sorry Ai, saya takboleh lunch dengan awak sebab saya kena jemput anak saya." Bukan aku tidak sudi untuk lunch bersamanya, namun aku harus menjemput Syafiq di taska.

'Ai' . Ya. Aku suka dengan panggilan Ai tu. Aizam tak pernah kisah aku memanggilnya 'Ai' .

Aku perasan muka Aizam sudah berubah riak. Tidak pasti kenapa? Adakah kerana aku menolak tawaran nya ? Atau pasal aku menyebut perihal 'anak' tadi? Eh! Buat apa dia kisah pasal anak tu. Mungkin dia juga sudah berkeluarga.

Maklumlah. Aizam tu kacak. Kaya. Takkan takde yang tersangkut. Kan?

"Oh takpelah kalau macam tu. Saya masuk bilik abang saya dulu." Aku hanya memandang saja kelibat Aizam berlalu pergi dari situ.


****

"Along. Syafiha tu dah khawin ke?" Tanya Aizam sebaik sahaja masuk kedalam bilik abangnya.

"Dah." Jawapan Haziq itu bagaikan batu yang menghempap kepalanya. Terluka.

"Tapi dah bercerai." Sambung Haziq lagi.

Kali ini Aizam bagaikan terkejut.

"Bercerai? Kenapa?" Soal Aizam.

"Panjang ceritanya. Along tak boleh cerita dekat angah. Kalau angah nak tahu, better angah tanya dia sendiri. Yang pastinya Syafiha dah banyak menderita. Kesian dia. Kekuatannya kini adalah anak dia tu."

Aizam menunduk kan kepalanya.

'Syafiha menderita? Kenapa ? Hmm . Aku kena tahu juga cerita ni.' Guman Aizam.

Aizam kembali senyum. Peluang nya sudah cerah. Dia sudah bertekad. Dia harus melakukan sesuatu. Ya. Sesuatu. Demi Syafiha..




***

Hahahahaha sape ingat Aizam ? Sis ada mention Aizam dalam bab yang awal awal tu. So, Aizam is back. Hahaha rasa rasa sape hero? Aizam atau Khairul? #teamAizam atau #teamKhairul? Hahaha oke lah. Nak tahu, kena tunggu ah! Oke bai. Muahh ciked.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now