Habis saja waktu addmath, Syafiha terus melentokkan kepalanya diatas meja. Buat apa lagi kalau bukan TIDUR. subjek Addmath lah subjek yang paling bosan bagi Syafiha. Mungkin kerana guru yang mengajar subjek tersebut terlalu 'slow'.
Sekarang adalah waktu free, jadi para pelajar boleh buat kerja masing masing. Yang lain ada yang sedang bersembang, bergosip bagai.Tidak lama kemudian , Khairul datang ke kelas Syafiha.
Tok! Tok! Pintu kelas diketuk.
Semua memandang ke arah pintu kelas. Jelas muka mereka terkejut melihat Khairul didepan pintu kelas. Yelah, mana tak pelik. Khairul tu top student. Abang fames, kegilaan para pelajar dan juga guru guru. Hahahahahahaha. Memang pelik lah tetiba datang block form4.
"Emm koa.. Err Syafiha Aisyah ada?" Soal Khairul.
'Sikit lagi nak tersasul koala bear.' Gumam Khairul dalam hati.
Rakan sekelas Syafiha masih diam tidak berkutik.
"Err hello?" Khairul mengetuk lagi pintu kelas tersebut.
"Err .. Ada ! Ada! Syafiha ada! Tu kat belakang." Jawab seorang rakan sekelas Syafiha. Khairul memandang ke arah yang ditunjukkan oleh rakan Syafiha itu.
'Ya Allah budak ni. Memang patut aku panggil koala bear pun. Tidur je kerja dia. Hmm.' Bebel Khairul dalam hati.
"Err , bolej kejutkan dia tak?" Tanya Khairul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sya! Weh Sya! Sya, bangun lah. Weh !" Atie cuba mengoncang badan Syafiha.
"Ape atie? Kacau ah kau ni.. Sekarang kan masa free. Bagilah aku tidur.." Kata Syafiha dengan matanya masih tertutup.
Atie memandang Khairul dengan senyuman yang dibuat buat.
Khairul membuat tanda 'takpa.' Kemudian dia masuk kedalam kelas dan bergerak ke tempat Syafiha. Dia berdiri di depan meja Syafiha. Menggeleng kepala Khairul melihat Syafiha itu.
Tiba tiba dia mendapat satu idea nakal.
Dia mengambil pembaris panjang di meja sebelah. Kemudian dia mengetuk meja Syafiha dengan pembaris tersebut.
Pang!
"Syafiha! Sudah berapa kali saya kata jangan tidur dalam kelas?" Khairul mengajuk cara Encik Ahmad. Suaranya dikasarkan lagi. Rakan syafiha yang lain sudah terkekek kekek menahan ketawa.
Zapp! Terus Syafiha bangun dari tidurnya. Automatik tangannya dinaikkan tanda ikrar.
"SAYA SYAFIHA AISYAH BERJANJI TAKKAN TIDUR DALAM KELAS LAGI!"
Pecah ketawa rakan sekelas Syafiha. Khairul juga sudah senak perut menahan ketawa.
Syafiha memandang sekeliling dan barulah dia perasan didepannya kini bukan Cikgu Ahmad tetapi Khairul Azam.
"Kau!" Marah Syafiha.
"Hahaha lawak gila. Adehh kau ni janji je pandai takkan tidur dalam kelas, tapi mungkir janji jugak. Berdosa tau." Ujar Khairul. Syafiha mengetap bibir geram.
![](https://img.wattpad.com/cover/68074576-288-k184245.jpg)
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...