"Ehem! Syok honeymoon semalam?" Aku sudah tersenyum malu. Atie ni ada ada je usik aku. Khairul disebelah ku hanya berlagak biasa. Tangannya masih lagi melingkar di pinggang aku.
Semalam kami bermalam di resort itu. Rupanya dari awal lagi dia rancang semua. Kedatangan Atie dan Shahrul kerumah aku sebenarnya untuk menjaga anak anak aku. Haha. Aku tak tahu lah macam mana Atie dan Shahrul nak layan karenah kembar dua orang tu. Kalau Syafiq aku boleh harap, sebab dia dah pandai dah sekarang. Dah besar lah katakan.
Semalam nak jek aku call atie bertanyakan tentang kembar. Almaklumlah kembar tu bukan boleh kalau takde umi dengan walid dia. Tapi dihalang oleh Khairul. Katanya Atie dan Shahrul tahulah nak jaga anak kitorang. Maigadd. Haha.
"Weh, anak aku mana?" Malas aku nak layan Atie. Tahu je ade ja benda dia nak usik aku. Tanpa menghiraukan Atie, aku pantas masuk ke dalam rumah.
"Umi!" Jerit kembar lalu datang ke arah ki. Aku tersenyum lalu membawa mereka kedalam pelukan.
"Umi pergi mana nga walid semalam?" Soal Syifa.
Aku memandang Khairul. Dia hanya buat tak derk. Aish. Nampak gaye nya aku lah yang kena jawab.
"Umi tak kemana sayang. Umi ikut walid.. Walid ada kerj.." Bohongku. Aku mengusap rambut Syifa yang sudah agak panjang itu. Cantik anak aku ni.
Syakir pula sudah berada dalam kendongan Khairul. Aih.. Anak abah lagutu lah.
"Tapi semalam Makngah kata nantu kitorang akan dapat adik. Betul ke umi?" Aku dan Khairul sama sama terlopong.
Aku memandang Atie yang sudah tersengih kerang di pintu.
"Siap kau Atie.." Kataku dengan wajah yang cuba dimaniskan.
Khairul sudah pecah ketawa. Eh mamat ni, apa yang kelakar pun aku tak tahu. Syifa sudah menarik bajuku meminta aku untuk menjawab soalannya.
"Err.. Emm makngah tipu tu. Mana ada adik.." Jawab ku.
Kemudian kembar itu kembali ke ruang tamu untuk menonton tv. Apa lagi. Cerita pororo kesukaan mereka lah.
Sebaik sahaja kembar pergi, aku terus meluru ke arah Atie.
"Atie! Apa yang kau cakap kat kembar ha?" Soalku tak puas hati.
Atie hanya tergelak. "Laa betul apa aku cakap. Korang kan semalam em em haa nanti dapat lah adik."
Khairul duduk disebelahku. Dia memegang bahuku. Mukanya masih lagi tersenyum.
"Ya Allah kau ni! Eee geram nya aku. Nasib aku sayang kau. Hmm"
"Alaaa chill ahh Sya. Apasal nak marah sangat ? Hehe . Betul apa aku cakap. Kau malu ehhh? Eh??" Atie masih lagi dalam mood mengusik aku.
Jelas muka aku berona merah. "Dah ah! Malas aku nak layan kau." Kataku sebelum berlalu masuk ke bilik.
****
Bila nak ending entah.. Hmm. Semalam dah nak ending tapi rasa sayang lah pulak. Emm. Arghhh!
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
AcakSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
