#PK40

68.3K 1.8K 10
                                    

Kandunganku kini sudah 6bulan. Khairul betul betul menjaga aku dengan kasih sayang. Kadang kadang bila aku mengidam sesuatu, dia akan berusaha mendapatkan nya.

Pernah satu hari, pukul 3pagi aku mengidam nak makan burger McDonalds , Khairul dalam keadaan mengantuknya tetap pergi membelikya untuk aku. Ada juga rasa kasihan melihatnya yang terpaksa mengikut kehendak aku yang bukan bukan ni.

Syafiq pula, aku akui sejak akhir akhir ini aku dah kurang bermain dengannya. Bukan apa, sejak mengandung ni aku rasa cepat penat. Taksuka bising bising and banyak lah lagi. Khairul pun sama. Dia pun jarang dah luangkan masa bermain dengan Syafiq.. Mana taknya, kalau dia balik kerja terus dia dapatkan aku. Kalau sempat pun setakat cium si Syafiq tu ja.




Malam tu, aku tak dapat tidur kerana pinggang aku lenguh. Khairul yang belum tidur itu segera membantu memicit pinggangku. Sedang asyik Khairul memicit pinggang ku, aku terlihat Syafiq sedang berdiri didepan pintu bilik. Mukanya muram saja.

"Eh Fiq.. Buat apa kat situ, mai sini. Mai kat umi." Aku memanggilnya mendekati aku. Namun Syafiq hanya menggelengkan kepalanya.
Dah kenapa anak aku ni.

"Laa Fiq kenapa? Mai sini.. Mai kat umi." Aku mengajak nya lagi. Aku tahu aku kurang memberi perhatian pada dia.

"Fiq.. Mai lah sini.. Mai kat umi nga walid.. Fiq kenapa? Fiq ada masalah ke?" Khairul pula cuba memujuk. Kali ini , Syafiq masuk dan bergerak perlahan lahan ke katil. Aku menyuruh nya datang ke arah ku. Namun dia hanya berhenti didepan katil kami.

Mukanya masih lagi muram.
"Umi.. Walid.."

"Ye sayang.. Kenapa? Tak boleh tidur ek?" Soalku.

"Umi dan walid dah tak sayang Fiq ke? Umi walid dah taknak main dengan Fiq ke? Umi dan walid sayang baby dalam perut umi je ke?" Aku dan Khairul sama sama terkejut mendengar pertanyaan Syafiq itu. Tidak menyangka yang Syafiq berasa tersisih selama ini.

Syafiq sudah mengalirkan airmatanya. Rasa bersalahku semakin tebal. Aku bangun lalu mendapatkan dia yang sedang berdiri didepan katilku.

"Ya Allah.. Maafkan umi ye Fiq.. Umi tak bermaksud nak abaikan Fiq.. Tak sangka Fiq terasa dengan perbuatan umi ni.. Umi sayang Fiq.. Umi sayang semua anak anak umi.. Fiq jangan cakap macam tu tau.." Aku memeluknya. Airmata aku juga turut mengalir. Memandangkan perut aku sedikit memboyot menyukarkan aku untuk menunduk. Tidak lama kemudian khairul pula datang dan menyatakan perkara yang sama kepada Syafiq.

Mujur lah Syafiq sudah faham. Aku sayangkan Syafiq. Mana mungkin aku lupakan dia sedangkan dialah selama ini sumber kekuatan aku. Aku mengucup lembut dahinya. Malam ini Syafiq tidur bersama kami.





"Umi janji, umi takkan abaikan Fiq dah.." Bisik ku sebelum melelapkan mata.






****

2bab lagi pastu ending ah. Hahaha .

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now