Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut.
Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Umi.. Walid kata Fiq takboleh kacau umi.. Umi tak sihat.." Syafiq menghampiri ku yang sedang duduk di atas katil. Aku menyuruh nya supaya naik ke atas katil lalu duduk disebelahku.
Aku memberikannya senyuman yang manis. "Maafkan umi sebab abaikan Fiq ye sayang." Aku mengucup ubun ubunya.
Syafiq memelukku. "Takpa umi.. Walid kata umi tak sihat.."
Tiba tiba aku tercari cari Khairul. Harini dia tidak menjenguk ku seperti biasa. Selalunya dia akan masuk kedalam bilik dan menyuruh ku untuk makan. Walaupun berkali kali aku menolak dia , dia tetap bersabar dengan ku. Namun harini, tidak pula aku nampak kelibatnya.
"Emm Fiq, walid mana?" Soalku.
"Walid balik rumah. Dia kata nanti dia lawat Fiq pagi esok.. Dia taknak kacau umi. Umi tak sihat. Walid suruh Fiq jaga umi.. Umi kalau sakit umi bagitahu tokwan dengan nenek ye.." Kata Syafiq. Aku mengangguk faham.
Adakah aku terlalu berkasar dengan dia? Dia terasa dengan aku ka? Dia suami aku. Sepatutnya aku hormatkan dia..
Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan aku..
Tidak lama kemudian aku tertidur bersama Syafiq.
*****
Malam itu, aku terjaga kerana ingin ke tandas. Tiba tiba aku terdengar suara orang menangis.
Rupanya Khairul sedang menangis sambil berdoa. Hati aku tersentuh mendengar bait bait ucapannya.
"Ya Allah, kau bukakanlah hati nya untuk menerima ku kembali.. Hapuskanlah perasaan benci dalam hatinya itu ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyanyangi nya. Tetapkan dia sebagai jodohku yang terakhir."
Airmataku mengalir. Egokah aku? Sedangkan Nabi Muhammad memaafkan umatnya, aku insan biasa ni? Takkan tak boleh maafkan Khairul?
Aku juga tidak boleh menyalahkan Khairul sepenuhnya. Dia juga turut sama terjebak dalam hal ini.
Melihat Khairul seakan ingin menghampiri ku, aku kembali berpura pura tidur. Dia mendekatiku lalu duduk disebelahku. Tangannya mengusap lembut pipiku.
"Sya.. Maafkan abang.. Abang cintakan Sya.. Abang tak sanggup tengok Sya mengalirkan airmata. Abang sedih bila Sya sedih. Jangan bersedih lagi ye sayang. Abang sentiasa ada untuk Sya.. Sya ambillah banyak manapun masa Sya perlukan untuk tidak membenci abang, abang sanggup tunggu. Abang harap Sya dulu kembali lagi dalam hidup abang." Ucap Khairul dengan ikhlas . Selepas itu dia mengucup dahi aku sebelum bangun untuk pergi.
Belum sempat Khairul bangun, aku terlebih dahulu memegang tangannya. Dia berpaling kearah ku dengan wajah terkejut.
"Hmm.. a...ab..awak nak pergi mana?" Soalku.
"Abang nak pergi tidur dekat sofa sana." Khairul menunjuk kan jarinya ke arah sofa di hujung bilik itu.
Aku tidak lah kejam sangat nak biarkan dia tidur disofa sana.
"Hmm tidur jela dekat sini." Kataku.
Sekali lagi dia memandangku seakan tak percaya aku menyuruhnya tidur di atas katil yang sama denganku.
"Hmm tidur jela. Katil ni besar. Muat sangat kita bertiga." Sambung aku.
Aku melihat Khairul sudah tersenyum nipis. Dia bergerak ke sofa untuk mengambil kembali bantal nya. Kemudian dia kembali ke katil dan tidur di atas katil. Ditengah tengah ada Syafiq. Mungkin keluarga aku sudah sempurna sekarang ni.
Terus tak jadi aku hendak ke tandas. Sebelum aku menutup kembali mataku, aku sempat mendengar Khairul megucapkan kata sayang padaku. Tangannya dilingkarkan dipinggang ku. Aku biarkan saja. Mujur ada Syafiq ditengah tengah.
Sudah tiba masanya aku terima kembali Khairul dalam hidupku.
Terima kasih.
-tamat-
***********
Hahahahahaha. Amacam ending? Okey tak?
Gurau gurau. Tapi yang pasti dah nak ending dah. Hambar kan? Hahaha. Okey lah. Esok mungkin sis update lagi. Bye 💕