#PK80

43.9K 1.1K 24
                                    

Aku tak tahulah Khairul ni perasan ke tak aku tengah merajuk sekarang ni? Hek eh.

Aku melihat dia selamba jek duk tengok tv. Langsung tak terkesan dengan merajuk aku. Laaa padiaa ni? Aduh.

Mungkin aku merajuk tak nampak ketara sangat kot. Eh ! Yang aku beria ria nak merajuk ni dah kenapa? Gegeh nak Khairul pujuk? Huh!

Aku perasan Khairul sejak dua menjak ni asyik main fone jek. Telefon manjang je dekat tangan. Tak terlepas langsung. Haa tu! Tv terpasang tapi mata dia asyik dengan fone. Hmm dia buat apa lah dengan fone tu? Dia wasep dengan sape?

Haa ni aku tak suka ni. Jangan sampai aku smell something fishy sudah. Aku bukan nya jenis buaybody. Selama ni Khairul bukan jenis suka main fone 24jam. Ni asyik asyik main fone.


Aku mengeluh lemah. Aku mendekati Khairul yang sedang duduk di sofa itu.

"Abang.." Panggilku manja. Entahlah dua tiga menjak ni perangai manja aku menjadi jadi. Hormon disalahkan. Hahah.

Khairul terkejut dengan kehadiran aku di situ terus cepat cepat menutup fone nya. Haa! Ni lagi lah buat aku syak wasangka.

Ahh abaikan dulu syak wasangka tu. Sekarang ni.. Aku nak bermanja dengan Khairul, kepala aku lentokkan di bahunya sambil tanganku memeluk lengannya.

"Hish. Sayang pakai perfume apa ni? Busuk lah.." Katanya lalu menolak ketepi kepala aku yang diatas bahunya. Dan dia pun berlalu naik ke bilik.


Adeh. Rasa nak menangis lah pulak. Aku menghidu badanku. Busuk?!aku mana ada perfume! Aku mandi pakai sabun biasa je tadi. Allahu, dia sanggup tinggalkan aku dekat sini.

Tiba tiba airmata aku mengalir. Khairul dah ada orang lain ke? Kenapa lah aku cepat sangat sensitif sekarang ni.



***


Keesokannya, seperti biasa Khairul masih sibuk dengan telefonnya. Aku dan anak anak pun dia dah tak layan dah.

Pagi itu, aku berusaha untuk membantu nya mengikat tali lehernya.

Baru sahaja aku ingin mengikat tali lehernya, dia menolak tanganku.

"Takpa , abang boleh ikat sendiri. Btw, sayang pakai perfume apa ni? Abang tak suka lah. Busuk tau.. Sakit hidung abang." Kemudian dia berlalu keluar dari bilik meninggalkan aku termanggu sendirian.


"Se..sejak bila Khairul dah pandai ikat tali leher sendiri? Kenapa dia macam cuba menjauh dari aku? Aku..aku ada buat salah ke? Kenapa dia kata akuu busuk? Ni perfume dia bagi kot.." Ahhhh aku tak kuat! Menangis lagi.




****


Malam itu, di dalam bilik tidur, khairul tiada dalam bilik. Dia menidurkan si kembar . Tiba tiba telefonnya berdering minta diangkat.

Mula tu aku ingin je abaikan telefon tu, tapi syak wasangka aku makin menebal menyebab kan aku ingin melihat siapa gerangan yang menelefon suami aku malam malam buta ni.

Aku mengalih sekilas ke pintu bilik, takut takut Khairul masuk kedalam bilik. Kemudian aku mendekati perlahan telefonnya yang terletak di meja lampu.





Melopong mulutku melihat nama si pemanggil.

Intan!



Aku sudah mengeletar. Airmata di tubir mata aku tahan. Kemudian telefon berhenti berdering.

Ting! Masuk pesanan ringkas pula.

Abang, call Intan ASAP. I need you rn. !! Pleaseeee.. 😢

Ya Allah, aku tak tahan lagi. Airmata aku tahan tadi sudah mengalir laju.


Kemudian bunyi pintu dibuka dari luar . Cepat cepat aku mengusap airmataku. Aku pun berlalu masuk kedalam bilik air. Aku tak mahu dia melihat aku begini.

Aku membuka pili air dan biarkan air mengalir keluar seperti airmataku yang mengalir laju sekarang ni.

Kenapa? Kenapa khairul buat aku macam ni? Kenapa ? Bodohkah aku memberi dia peluang kedua tu? Bodohkah aku mempercayai dia? Kenapa? Kenapa?

Aku tidak henti mempersoalkan kenapa dan kenapa. Aku tak kuat. Selepas saja aku rasa aku sudah kembali tenang, aku membasuh muka ku berkali kali.

Hidungku merah mataku merah. Harap harap khairul sudah tidur jadi dia tidak tahu yang aku menangis tadi.

Aku membuka pintu bilik air perlahan lahan.. Khairul tiada dalam bilik.

Ah! Ni buat aku makin sedih. Adakah dia keluar pergi berjumpa dengan intan?

Aku dah tak larat. Kepala aku sakit. Aku merebahkan badanku kembali diatas katil.

Kenapa aku diuji sebegini?

Kenapa kebahagiaan aku tak pernah berkekalan?


Aku tak kuat..





***

Tamat.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now