"Abang, barang dapur dah habis, Sya nak keluar beli barang jap boleh?" Aku menelefon Khairul meminta izin dia untuk keluar ke supermarket.
"Hmm okey. Hati hati. Jaga kau hati hati takut ia dicuri kelak ku kan patah hati~" sempat lagi Khairul berseloroh menyanyikan lagu Hati Hati.
Tergelak aku mendengarnya. "Hamboi. Gegeh je abang ni. Okey lah. Bye abang. Kerja elok elok." Kataku sebelum menamatkan perbualan kami.
Aku bersiap siap untuk ke pasaraya. Anak anak aku tinggalkan dengan Mak Kiah dirumah.
****
"Hmm udang dah beli. Timun dah. Kicap dah.. Emm biskut untuk kembar belum beli lagi.." Aku sedang melihat barangan yang hendak dibeli. Kemudian aku melangkah ke bahagian biskut.
Sedang asyik aku memilih biskut untuk si kembar, terasa seperti seseorang menarik kain aku.
"Mama! Mama!" Ada seorang budak perempuan dalam baya baya si kembar memanggil aku mama. Aku menunduk dan memegang budak itu.
"Maaf, auntie bukan mama adik. Adik nama apa? Mama dan papa mana?" Soalku. Budak tadi menggelengkan kepalanya.
"Mama! Mama!" Katanya sambil memeluk aku. Aku terkedu. Erk. Anak siapa ni?
Tiba tiba datang seorang lelaki.
"Ya Allah Qalisya.. Hey.. Tu bukan mama lah." Aku melihat si lelaki itu menarik Qalisya yang memeluk aku. Aku mengangkat kan kepalaku.
"Abang.. Irfan?!"
"Syafiha?!"
Kami sama sama terkejut. Ya lah, tak sangka akan berjumpa dekat sini.
Dan tak sangka aku akan bertemu kembali dengan 'crush' lama aku a.k.a first love aku."Em anak abang ke ni?" Soalku mematikan kebisuan antara kami.
Irfan memandang Qalisya kemudian kembali tersenyum pada aku. "Ha'aa anak abang. Sya sayang, salam auntie." Irfan menyuruh Qalisya menyalam tangan aku. Cantik ja anak dia ni.
Baru aku perasan. Dia panggil anak dia 'Sya'? Wah. Hahaha.
"Wahh kita ada nama panggilan yang sama lah. Auntie pun orang panggil 'sya' juga." Kataku sambil mencuit pipinya.
"Eh, mama Qalisya nya mana?" Soalan ku ini membuatkan Irfan menundukkan wajah. Mukanya berubah.
"Emm mama dia dah takde.." Kata Irfan. Aku terkejut. What? Dah takde?
Baru sajaa aku ingin bertanya lebih, telefonku berdering minta diangkat. Aku melihat nama yang tertera 'Husby'
"Hello! Abang. Ye?"
"Hmm sayang kat pasarraya lagi ke?"
"Ha'aa. Ada kat pasaraya lagi. Kenapa bang?" Soalku.
"Hmm takde pape. Lambat lagi ke nak balik? Abang ada dekat rumah dahni." Katanya.
"Oh nak balik dah ni . Sya terserempak dengan abang irfan ni.." Terangku.
"What? Irfan? Dia buat apa dekat situ?" Aku sudah menghidu ura ura cemburu dalam nada Khairul itu. Tersenyum aku seketika.
"Takdelah. Dia jalan jalan dengan anak dia. Hmm"
Bila aku kata 'anak dia' terus berubah nada Khairul. Aik! Dah tak bunyi cemburu dah. Haha.
"Oh ya ka. Hmm takpelah macam tu. Nanti nanti ajak dia datang rumah." Kata Khairul sebelum menamatkan perbualan. Aku kembali pada Irfan dan Qalisya.
"Sorry. Tadi suami Sya call." Aku tak pula beritahu siapa suami aku. Saja. Nak bagi surprise. Haha.
"Oh ya ka.. Sya dah.. Kha..win?" Soalnya bagaikan tidak percaya.
"Haa dah. Hehe abang dengan Qalisya jemput lah datang rumah Sya. Boleh kenal kenal dengan family Sya." Kataku.
"Hmm okey. Bak nom Sya.. Senang sikit kalau nak contact ." Aku menghulurkan nombor telefonku. Kemudian kami bersurai.
Dalam perjalanan balik aku tersenyum sendiri. Irfan masih sama seperti dulu. Kacak. Tergelak aku membayangkan betapa malunya aku dulu nak bercakap dengan dia. Sekarang dah boleh buat rancak. Kalau dulu aku yang minta nombor fone dia dari Khairul, kini dia sendiri yang minta nombor fone aku. Haha.
Tapi tulah. Aku tertanya tanya jugak. Mama Qalisya pergi mana? Meninggal atau bercerai? Hmm entahlah. Takpelah, nanti aku boleh tanya dia kalau dia datang rumah aku.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...