#PK28

83.5K 2.3K 20
                                    

"Sya, malam esok awak boleh kerumah saya tak? Sebab keluarga saya ada sambut birthday adik bongsu saya." Aizam menyoalku. Ketika itu kami baru sahaja sampai dirumah setelah penat seharian pergi jalan jalan.

Syafiq sudah terlena dalam pangkuanku.

"Emm tengoklah dulu macam mana." Jawabku. Malas nak beri harapan. Tapi mengenangkan Aizam banyak membantuku, takkan aku ingin mengelak pula ajakannya.

"Hmm okey. Hope awak setuju. Kalau awak setuju saua jemput awak malam esok." Ujarnya sebelum aku keluar dari kereta. Dia ingin menolongku mengangkat Syafiq dalam pangkuan, namun aku menolak bantuannya. Kataku aku sudah biasa mengangkat Syafiq yang tidur itu.

Selepas itu, Aizam sudah pulang kerumahnya. Aku membawa Syafiq kebiliknya.

"Hmm Fiq tayunk umi dengan abah." Gumam Syafiq dalam tidur.

Aku tersenyum memandang anak aku yang comel itu. Tiba tiba kata kata Khairul tadi bermain di mindaku.

Dia dah tahu? Siapa yang bagitahu? Hmm perlu ke aku bagitahu Syafiq siapa ayah dia yang sebenar? Adakah aku mampu maafkan Khairul?

Haih banyak sungguh persoalannya. Aku bangun dari katil Syafiq lalu menuju ke bilik ku. Aku perlu membersihkan diri sebelum menunaikan solat Asar.


******

Khairul tersedar dari tidurnya apabila terasa cuaca diluar rumah sudah cerah. Dia melihat jam sudah menganjak ke pukul 12 tengah hari.

"Ya Allah. Lama nya aku tidur. Terbabas subuh aku." Ujarnya.

Khairul yang tadinya dalam posisi baring kini dalam posisi duduk. Mukanya diraupkan dengan kedua tangannya. Peristiwa semalam kembali bermain di fikirannya. Dia mengambil telefonnya di atas meja kopi itu dan melihat ada 125misscalled 67messages. Semua itu daripada Hana dan ibunya. Sarah juga ada. Mungkin kerana mereka risaukan nya yang tidak pulang malam semalam.

Khairul membiar sahaja telefonnya itu di atas meja, dia mendaki tangga naik ke biliknya. Dia menarik nafas panjang sambil menutup mata, cuba mencari kekuatan menghadapi segala kemungkinan. Takut kenangan lalu kembali bermain.

Masuk sahaja di bilik tidurnya, dia membuka almari pakaiannya. Matanya tiba tiba tertumpu pada satu pakaian. Dia mengambil pakaian itu lalu membawanya kedalam pelukannya.

Baju itu ialah baju Syafiha yang dia hadiahkan pada malam mereka bersama. Baju itu dicium untuk kesekian kalinya seperti bau Syafiha masih melekat di baju itu.

"Aku perlu berjumpa dengan Syafiha. Aku perlu betulkan semuanya..- aku perlu minta maaf dengannya.." Ucap Khairul.





*****

"Fiq, mai sini. Umi nak bagitahu sesuatu.." Syafiq yang sedang menonton kartun peroro itu panggil dan mengajak nya untuk duduk di atas paha ku.

"Ye umi." Syafiq menlompat naik ke riba ku. Matanya masih lagi tertumpu pada kartun kesukaannya. Peroro.

"Hmm Fiq kata Fiq rindu walid kan.." Aku mengusap rambut Syafiq yang membelakangkan aku itu.

Dia mengangguk. "Hmm Fiq nak jumpa walid Fiq tak?" Kali ini Syafiq sudah berpaling menghadapku. Matanya jelas bersinar. Laju saja anggukannya.

"Nak! Nak! Fiq nak jumpa walid. Bila Walid nak datang umi?" Soalnya.

Aku menarik nafas panjang. "Sayang, uncle yang datang haritu ingat lagi tak?"

"Ingat." Jawabnya.

"Dia...diaa lah walid Fiq.." Akhirnya aku memberitahu juga Syafiq siapa ayahnya.

"Uncle Khai? Uncle tu walid Fiq? Kenapa dia macam tak sayang Fiq je umi.." Syafiq sepertinya bingung.

"Tak sayang. Dia tak bencikan Fiq. Dia sayang Fiq.. Fiq pun kena sayang walid Fiq jugak." Dia mengangguk tanda setuju.

Aku menarik nafas lega. Sudah terlepas bebanku yang satu ini.

Malam ini kami akan mengikut Aizam ke rumah family dia. Kesian pula tengok Aizam yang beria ria mengajak aku ke rumahnya. Jadi aku harus bersetuju.




***

Hai. Sis takkan unpublished selagi tak tamat. Jangan risau. Sis takkan tinggal cerita ni tergantung. Cuma nak minta maaf lah tak dapat nak update setiap masa macam selalu buat sebab wattpad sis gila. Ada time ja nak update. Hope sabar menunggu ye... 💕

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now