"Abang, sayang nak pergi melawat pusara Aizam boleh?" Aku meminta izin Khairul untuk pergi melaeat kubur Aizam.
Ketika itu Khairul sedang khusyuk membuat kerjanya di bilik kerja. Dia berhenti membuat kerjanya lalu memandang ke arah ku."Sayang kan dah sarat tu.. Pergi nanti nanti boleh?" Aku sudah menarik muncung sedepa.
"Alaa.. Sayang larat lagi lah. Boleh lah ye?" Aku masih lagi memujuk Khairul untuk mengizinkan aku pergi.
Khairul yang tadinya duduk di meja kerja , bangun menghampiri aku yang sedang duduk di sofa di bilik kerjanya itu.
"Look, you are pregnant honey. Abang taknak apa apa jadi dekat sayang dan anak kita. Abang takkan benarkan sayang drive pergi sana sensorang." Khairul meraih kedua tanganku. Aku memalingkan wajah ku dari melihatnya. Biasalah, orang mengandungkan sensitif. Kah!
Aku menarik tangganku dari genggamannya lalu bangun untuk beredar dari situ. Aku ingin berlalu ke bilik ku memandangkan Khairul tetap tidak ingin mengizinkan aku melawat pusara Aizam.
"Sayang!" Panggilan Khairul aku buat tidak endah saja.
Baru sahaja aku ingin mendaki tangga untuk naik ke bilik, Khairul memaut tanganku.
"Jom! " katanya. Aku memandangnya dengan wajah yang tanda tanya.
"Jomlah. Abang bawak sayang pergi melawat pusara Aizam." Aku mengukir senyum panjang lalu mengucup pipi Khairul tanda terima kasih. Kemudian kami bergerak pergi.
****
"Assalamualaikum.. Ai, Sya datang ni.." Kataku sebaik sahaja sampai selesai mensedekahkan yassin kepada Arwah. Khairul masih setia disisiku.
"Ai, harini Sya datang dengan Khai.. Hmm dah lama Sya tak lawat Ai kan? "
"Ai, Sya mengandung.. Dah 7bulan dah.." Aku memandang perutku lalu nengusapnya. Sebak.
"Dah nak dekat 1tahun Ai pergi.."
Aku tidak dapat meneruskan kataku. Sebak mula menyelubungi diriku. .
Khairul memeluk bahuku, cuba memberikan kekuatan padaku.
"Sya..sya bahagia Ai.. Keluarga Sya dah bersatu. Sya ada Khai, sya ada Fiq and baby yang bakal lahir ni.."
"Tapi sayang, Ai takde dekat sini nak tengok Sya bersatu dengan keluarga Sya.."
"Hmm takpelah Ai, Sya balik dulu ye. Nanti Sya datang lawat Ai lagi..."
Khairul membantu aku untuk bangun. Sepanjang perjalanan ke kereta, aku memeluk erat pinggang Khairul.
"Sayang.. I love you." Ucap Khairul. Aku memandangnya dengan pelik. Ye lah, tiba tiba ucap i love you.
"Abang janji abang akan jaga sayang , Fiq and baby ni. I love you." Aku hanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman padanya. Kemudian kami terus pulang ke rumah.
*****
sorry sebab baru update . Huhu.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...