#PK27

87.2K 2.4K 70
                                    

sis dah cuba update .. tapi wattpad ni buat hal jugak. donno why. hmmm sedih ahh cenni.














Kata kata Syafiha itu ada benarnya. Perkara itu tidak sepatutnya dibawa berbincang di sekolah Syafiq.

Khairul kemudian melangkah pergi dari situ. Dia harus pulang ke rumah. Perhitungannya dengan Hana belum selesai.

"Hana, balik rumah now! You owe me explanation!" Kata Khairul sebelum mematikan panggilan.

Hana perlu perjelaskan semuanya.

Tiba dirumah, tanpa menghiraukan ibu dan ayahnya di ruang tamu, Khairul terus nakk ke atas.

"Eh cepat pulak dia balik harini." Kata Puan Isma.

"Hmm biarlah dia." Kata Encik Adam pula. Sungguh dia sudah tawar hati dengan anaknya yang suka membuat keputusan melulu.

"Hana!" Jerit Khairul sebaik saja sampai ke tingkat atas.

"Kenapa tu bang? Macam nak gaduh je Khairul tu." Puan Isma sudah bimbang mendengar suara Khairul yang agak tinggi itu.

Sesekali dia menjenguk ke atas, namun suaminya menegahnya berbuat demikian.

"Biee.. Im pregnant!" Belum sempat Khairul ingin bersuara, Hana terlebih dahulu memberitahunya sesuatu.

Terus amarahnya tadi hilang.
"A..apa u cakap? Pregnant?" Soal Khairul tidak percaya.

"Yes. Im pregnant. U happy tak?" Kata Hana pula. Mukannya penuh dengan senyuman.

Khairul yang masih bingung terus duduk di birai katil.

'Hana pregnant? Aku bakal jadi ayah? Tapi Syafiha? Tapi dia yang buat aku dan Syafiha berpisah.'

'Takkan aku nak ceraikan dia waktu dia mengandung?'

'Eleh, dulu boleh je kau ceraikan Syafiha waktu dia mengandung.'

'Waktu tu aku khilaf.'

'Kau ego Khai..'

"Arghhhhhhh!" Jerit Khairul sambil meraup mukanya.

"Bie, u kenapa? U okey tak? U tak happy ke i mengandung? Bukan u nak anak ke?" Kata Hana.
Khairul memandang Hana dengan renungan yang tajam.

"Han.. I dah tahu.. Semuanya."

"U dah..dah ta..tahu? Ta..taahu apa?" Hana sudah cuak.

"I dah tahu u yang rancang semuanya. Pasal i berpisah dengan Syafiha. Kenapa Han? Kenapa? U tahu tak i dah berdosa dengan diorang." Untuk kesekian kalinya airmata Khairul mengalir keluar.

Hana menghembus nafas lega.
'Hmm pasal tu. Aku ingatkan dia tahu pasal aku dengan Denial.'

Hana berpura pura menenangkan Khairul. Dia duduk disebelah khairul sambil mengusap lembut bahu Khairul.

"I mintak maaf." Kata Hana.

Khairul menepis tangan Hana yang memeluk bahunya itu. Dia bangun dari situ dan berdiri mengadap Hana.

"Huh! Senang nya u minta maaf. Hahaha . U dah buat i dan Syafiha berpisah. Anak i dah jauh dari I Han." Khairul berkata dengan sinis.

"But i love you. I buat semua tu sebab i sayang u." Hana cuba meraih tangan Khairul namun sempat ditepis.

"Enough! I taknak dengar apa apa dah dari u. Cukuplah harini i dapat tahu hal yang mengejutkan ni."

Khairul memejamkan matanya lalu menyambung bicara. "Lepas ja u lahirkan anak ni, i akan ceraikan u. And anak tu i akan jaga." Ucap Khairul lalu meninggalkan Hana termanggu sendiri di dalam bilik.

"What? U nak ceraikan i? Khai? KHAI! Please dont do this to me? Khai? I love you okey." Rayuan Hana tidak dihiraukan oleh Khairul. Khairul tetap melangkah pergi.

Ibu dan ayahnya di bawah melihat nya dengan penuh tanda tanya.
Khairul sekali lagi tidak menghiraukan mereka. Dia memandu keluar dari rumah tersebut.













*****

Kereta yang dipandu tadi akhirnya berhenti di sebuah rumah. Rumah yang lama sudah dia tidak jejaki. Hanya diupah orang saja untuk membersihkan rumah ini.

Sejak dari kejadian itu, Khairul langsung tidak menjejakkan kaki di rumah itu. Semua kenangan nya bersama Syafiha ada di rumah ini.

Dengan perlahan Khairul melangkah ke pintu rumah.

Pintu rumah dibuka. Satu persatu bayangannya bersama Syafiha bermain di ruang mata.

Tiba di ruang tamu, dia teringatkan kembali dimana Syafiha yang lencun dengan airmata itu cuba membela dirinya bahawa dia tidak bersalah. Namun apa yang telah dia lakukan? Dia menghukum Syafiha. Kata kata Syafiha tidak dipercayai.

Khairul sudah terduduk di dinding rumah itu. Menangis dan terus menangis mengenangkan kesalahannya pada Syafiha dan anaknya.




"Abang... I love you." Ucap Syafiha lalu mengucup pipi Khairul. Khairul terkejut dengan tindakan spontan Syafiha itu.

Syafiha sudah melarikan diri naik ke bilik.

"Wait! Apa sya? Abang tak dengar tadi?" Khairul mengejar Syafiha ke bilik.

Sampai saja ditingkat atas, Syafiha sedang berdiri di depan pintu bilik.
Khairul sudah tersenyum nakal.

Perlahan lahan dia mendekati Syafiha."sya cakap apa tadi? Abang tak dengar lah." Bohong Khairul.

"Sya kata.. I .... Lo....ve.... You....." Ucap Syafiha lalu menutup pintu bilik. Khairul tidak untuk masuk.

Terdengar suara Syafihasudah ketawa dibalik pintu.

"sya! Buka pintu ni.. Jangan sampai abang dapat masuk.." Ugut Khairul. Namun Syafiha masih tidak membuka pintu.

Khairul mengambil kunci pendua dalam laci lalu membuka pintu bilik tersebut. Senyuman jahat terukir di bibirnya.

Syafiha sudah berundur setapak demi setapak kebelakang.

"A..abang.."

"Mana mau lari haaa." Khairul mendekati Syafiha.

Kemudian Syafiha dibawa ke dalam pelukannya. "I love you too three four five six seven eight to infinity." Bisik Khairul di telinga Syafiha.

"Will you be mine tonight Puan Syafiha?" Muka Syafiha sudah merona merah. Dia mengangguk malu.



Khairul tersenyum mengingat kembali kenangannya bersama Syafiha. Sungguh indah hidupnya dulu. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Syafiha bukan lagi miliknya.



"Abang minta maaf Sya.."

Ucapnya sebelum tertidur di sofa.






****

Takleh nak update banyak banyak sebab wattpad ni haa. Em ada yg takleh baca bab yang lepas lepas. Haih.

Btw ni nak promote sikit. Jemput baca novel shariszra tajuk dia CINTA SI HIPSTER.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now