Sedang asyik aku menonton tv, Khairul datang dan duduk disebelahku. Tangannya diletakkan di atas bahu ku. Dan menarikku kedalam pelukannya. Aku merebahkan kepala ku di atas dada bidangnya itu.
"Kembar dah tidur?" Soal aku. Selalunya Khairul yang akan mengambil alih tugas menidurkan si kembar itu. Sebab itu lah si kembar itu lebih rapat dengan Khairul berbanding aku.
"Dah." Jawab Khairul. Kemudian mataku kembali tertumpu pada tv. Layan cerita Suami Tanpa Cinta. Seronok je tengok Janna Nick dengan Shukri Yahaya tu berlakon.
"Maigaddd semnyaa ((hensem)) Shukri Yahya tu." Ucapku spontan.
Khairul memandang aku dengan wajah yang pelik. Haha.
"Apa yang, ? Sape hensem?" Soalnya . Kepalaku sudah diangkat dari dadanya.
"Tu pelakon tu. Hensem. Hmm sayang dia dah khawin. Auhh." Ucapku sambil memegang pipi ku buat buat frust.
"Amboi, anak dah tiga. Sedar sikit awak tu.. Laki orang duk puji. Cuba lah puji laki awak ni., dah lah hensem. Hmm." Kata Khairul soalah berjauh hati.
Aku memandang ke arah nya dengan senyuman dibibir. Aku mencubit geram pipinya.
"Auhh! Sakit lah sayang." Aduh Khairul.
"Haa tauu sakit. Lain kali aaaacemburu buta lah lagi. Ish... Saya cakap je dia hensem. Tapi suami saya lagi hensem haaa." Ucapku lalu memeluk lengannya. Senyuman manis sudah terukir di bibir Khairul.
"Yang ! Yang! Perempuan tu nama apa? Tu ?" Soal khairul. Nampak macam berminat gila nak tahu siapa perempuan tu. Aku berpaling kearah tv dan melihat siapa yang ditunjuk nya tadi.
"Ohh .. Tu janna Nick.. Kenapa?" Soalku kembali.
"Cantik. Tambah tambah pakai tudung tu. Cantik sangat.. Wow!" Puji Khairul. Matanya masih lagi memandang ke arah tv.
Mulutku sudah melopong. Aku berasa telingaku sudah panas.
What? Dia puji JannaNick tu? Maigadddd!
Aku bangun dari sofa.
"Eh nak kemana tu?" Soal Khairul. Aku menjelingnya dengan geram.
"Huh! Tak jadi nak tengok. Awak tengok lah sensorang! Huh baik saya masuk tidur." Ujarku sebelum berlalu dari situ.
Aku mendengar Khairul sudah ketawa terbahak bahak. Sakit hati dengan ketawanya aku langkah cepat cepat ke bilik. Sebelum mendaki tangga , sempat aku menjerit.
"MALAM NI AWAK TIDUR KAT SOFA TU! TAK PAYAH MASUK BILIK. LAYAN JANNA NICK TU."
Sekali lagi Khairul sudah pecah ketawa.
****
Khairul menggelengkan kepalanya dengan senyuman tidak lekang di bibir.
"Aduh. Sayang , sayang. Jeles lah tu. Hahaha."
"Eh! Dia kata apa tadi? Tidur luar? Takleh tidur dalam bilik? Wtf!" Khairul bergegas bangun dari sofa dan mendaki naik ke biliknya.
"Sayang. Bukak lah pintu ni.."
"Sayang.. Takkan nak abang tidur luar.."
"Sayang.. Nanti sayang tak dapat tidur haa kalau takda abang."
"Sayang .. Abangkan bantal peluk sayang. Bukak lah pintu ni sayang.."
"Alaa sayang. Abang gurau jek. Sayang lagi lawa dari janna nick lah.."
"Sayang.."
Khairul masih lagi mengetuk pintu biliknya memohon Syafiha supaya menbuka pintu biliknya.
"Hmm tulah Khai.. Puji lagi perempuan lain.. Tengok.. Cenni lah nasib kau akhirnya. Kau macam tak tahu perempuan macam mana. Adehhh." Bebel Khairul sensorang. Baru sahaja Khairul ingin melangkah turun ke ruang tamu, pintu bilik dibuka.
Khairul sudah tersengih bahagia. Cepat cepat dia masuk kedalam bilik untuk mendapat kan isterinya itu. Kelihatan Syafiha sudah berbaring di atas katil. Hati hati khairul mendekati katil laku baring di sebelah Syafiha. Syafiha tidur membelakangkannya.
Khairul melingkarkan tangannya di pinggang Syafiha. Kemudian Syafiha menolak tangannya itu. Khairul tersenyum sumbing.
'Marah lagi rupanya.' Desis Khairul dalam hati.
Kali ini Khairul cuba memeluk Syafiha lagi. Dan lagi sekali Syafiha menolak tangannya yang berlingkar di pinggang isterinya itu.
Khairul tetap tidak mahu mengalah. Akhirnya dia mendekatkan mukanya dengan leher syafiha.
Perlahan lahan dia mengucup leher isterinya itu.
"Berdosa tau isteri tidur membelakangkan suami." Bisik Khairul di telinga Syafiha. Automatik Syafiha berpaling menghadapnya. Namun mata Syafiha masih lagi pejam.
Khairul sudah tersengih kemenangan. Muka mereka sangat dekat. Deru nafas Syafiha dapat dirasa di mukanya. Khairul menahan gelodak jiwanya itu. Dia bermain dengan anak rambut Syafiha yang terjuntai itu.
Chup! Bibir Syafiha dicium.
"Goodnite sayang. Percayalah, walau berjuta perempuan cantik dekat dunia ni, sayang tetap dihati abang. Ibu yang paling wow untuk anak anak abang. I always love you. I love you . I love you. I love you. Puan Syafiha Aisyah. I love yo..."
Chup! Khairul tergamam. Dia memegang bibirnya.
"Berapa banyak i love you daaaaa.." Ucap Syafiha dengan matanya masih terpejam.
Khairul tersenyum bahagia.
"Ohh.. Dah berani ye sekarang... Ohhhhhhhhhhh." Kata Khairul. Kemudian Syafiha membuka matanya.. Dia memeluk Khairul.
"I love you too abang.. Abang jek dalam hati sayang.."
Kemudian mereka berdua sama sama tertidur.
***
Macam mana? Haha maaf sebab update lewat malam. Hehe
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
