Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut.
Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
Nak tengok muka irfan dak? Hahaha . Sape kenal james reid? Ni lah dia james reid. A.k.a Irfan Aqil.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
******
Irfan yang sedang memandu kereta iti tersenyum sendiri. Mengingat kembali pertemuan nya dengan Syafiha.
'Cantik. Sama macam dulu.' Gumam Irfan dalam hati.
Peristiwa lalu kembali bermain di fikirannya.
Pagi itu, Irfan masuk agak lewat sikit ke dalam kelas. Duduk saja di tempat duduknya, dia membuka laci mejanya untuk mengambil buku.
Buka saja laci itu, dia terlihat ada coklat. Coklat Cadbury Black Forest. Kesukaannya.
'Aik! Siapa yang bagi ni?' Soal Irfan dalam hati. Khairul yang duduk disebelahnya perasan dengan coklat yang dipegang oleh Irfan itu.
"Wahh! Kau bawa coklat lagi harini.. Nak sikit?" Khairul sudah berkira kira untuk mengambil coklat itu di tangan Irfan, tetapi Irfan sempat melarikannya.
"Err ni bukan aku punya lah." Kata Irfan. Dia masih tertanya tanya siapa yang meletakkan coklat ini didalam mejanya.
"Laaa kalau bukan kau punya, siapa? Agak ah weh taknak bagi aku pun. Takpayah lah kata bukan kau punya." Kata Khairul seakan menjauh hati.
"Haha bodoh lah kau. Serius kot ni bukan aku punya. Aku jumpa dalam meja aku." Terang Irfan.
"Fuyoooo member aku ada secret admire bhai. Cehhh cehhh cehh." Usik Khairul. Irfan mengetuk dahi Khairul dengan pembaris ."bangang lah kau."
Khairul sudah tergelak. Almaklumlah muka Irfan sudah merah. Malu barangkali. "Takkan takde kad ke ape ka?" Irfan terus membelek coklat itu. Takut takut ada tulis apa apa.
Kemudian , matanya tertancap pada hujung coklat itu. Ada tulisan.
SAM.
'Sam? Siapa sam?' Soal Irfan dalam hati. Khairul juga turut sama melihat tanda itu.
"Siapa sam?" Soal Khairul.
Irfan menjongketkan bahunya tanda dia juga tidak tahu.
Dan setiap hari juga Irfan akan menerima coklat kesukaannya itu.
Kadang kadang ada sepucuk surat yang sampai.
Dear crush. Maaf andai surat ini menganggu dirimu. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Saya dah lama adore awak. Kah! Lawak kan? Tapi tulah, buat masa sekarang saya belum ada kekuatan lagi nak bagitahu awak yang saya suka secara f to f. ((Face to face)) . Saya ni pemalu. And saya takut awak terkejut pulak bila tahu siapa gerangan yang selalu hantar coklat and bagi surat dekat awak ni. Hmm nanti bila saya dah berani, inshaAllah saya akan jumpa awak f to f. Okey. Jaga diri jaga hati tu untuk saya tau. Hehe.
-SAM-
Sam? Siapa sam? Tersenyum sendiri Irfan dengan keletah secret admire nya itu. Rasa bahagia menjangah hati Irfan ketika itu.
Selalunya bila dia naik tangga di block form4, dia selalu perasan ada seseorang yang memerhatikannya. Bila dia kalih , tiada pula yang memandangnya. Pelik.
Tiba di kelas, rakan yang lain belum lagi pulang dari rehat.
"Hmm lambat ah Khai pun. Ni tak lain tak bukan mesti pergi usha awek ni." Rungut Irfan. Entah dimana silapnya, dia terlanggar buku seseorang. Irfan tunduk untuk mengutip buku tersebut.
'Sam'
'Mas'
"Mastura? Jadi selama ni Mastura ke yang bagi coklat dekat aku? Aku perassn jugak si mas ni selalu pandang aku. Huish dia ke?" Monolog Irfan.
Kebetulan waktu itu Mastura masuk kedalam kelas.
"Erk. Sorry aku terlanggar buku kau tadi." Kata Irfan. Mastura macam malu malu saja. Yelah, first time Irfan menegurnya.
"Er. Takpe.." Kata Mastura.
"Err mas? Kau suka aku eh?" Wahh Irfan ni terus straight to the point. Cayalah!
Mastura sudah mengelabah. "Err err.. Saya.. Err.." Belum habis Mastura bercakap, irfan sudah memotong.