Hari ni hujung minggu. Jadi, aku adalah buat makan makan sikit. Ajak family semua berkumpul makan tengahhari dekat rumah.
Pagi pagi lagi aku keluar ke pasar beli lauk tadi. Khairul? Hmm tidur lah jawab dia.
Ni ni tengah masak ni mujur ada Mak Kiah.. Dapat juga dia tolong sikit sikit. Atie dan Shahrul katanya nak datang awal sikit. Yelah, Atie kata dia nak tolong aku masak sama.
Sedang asyik aku mengacau kari kepala ikan, Khairul datang dan memeluk aku dari belakang. Dia mencium ubun ubunku,
"Hmm wangi...bau lavenderrr." Ucapnya. Aku tergelak kecil.
"Sayang masak apa tu?" Soalnya. Eh eh dia ni , tak nampak ke kepala ikab terjegul dalam periuk ni? Maigaddd.
"Masak hati berulam jantung." Seloroh aku.
"Pergh! Hati sape tu yang? "
Ish dia ni aku luku jugak japgih.
"Hmm dah lah. Malas nak layan lawak bodoh abang." Kataku seraya mengalihkan tangannya yang melekat di pinggang aku.
"Alolo usik sikit jepun. Aik sensitif ." Kata Khairul lalu mengucup pipi kananku.
Aku terus menutup api dapur dan berpaling meghadap nya. Aku mencubit lengannya geram.
"Eee. Apa main cium cium orang. Malu tau Mak Kiah nampak." Dia sudah mengaduh kesakitan.
"Auch. Ala, kiss kat pipi je pun. Bukan kiss kat tempat lain. Mak Kiah faham lah., tak gitu mak Kiah?" Soalnya sambil tersengih kerang. Mak Kiah turut sama tersenyum.
Dia ni kan.. Memang.
Tiba tiba loceng rumah berbunyi.
Ting tong!
Baru sahaja aku ingin pergi membuka pintu, Khairul menghalang aku pergi.
"Biar abang yang buka." Aku mengangguk lalu meneruskan kembali kerjaku.
Siap sudah masak , aku kedepan untuk melihat siapa yang datang.
"Siapa tu bang.."soalku lalu mendekati Khairul yang sedang berdiri di muka pintu.
Dan aku melihat seseorang. Ye. Seseorang yang buat aku derita dulu. Tiba tiba aku jadi takut. Takut dengan kejadian yang lalu berlaku lagi.
Peristiwa macamnni pernah jadi waktu dulu. Cuma bezanya sekarang dia bertudung. Dan bersamanya ada seorang lelaki.
Mukaku sudah berpeluh.
"Ha..hana.." Kataku sebelum aku rebah tidak sedarkan diri.
"Ya Allah sayang.."
*****
Sebaik sahaja aku sedar, aku melihat Khairul disisiku. Dan didepanku ada dia.
"Kau!" Jeritku menyentakkan Hana yang sedang berdiri di depanku.
"Kau! Kau buat apa kat sini? Kau nak hancurkan keluarga aku lagi? Kau blah dari sini. Abang halau dia bang.." Aku sudah terjerit jerit. Khairul cuba menenangkan aku. Hana mendekati aku bersama dengan lelaki yang bersamannya tadi.
"Sya... Aku takde niat lain Sya.. Aku datang nak mintak maaf dengan kau.. Aku betul betul nak mintak maaf. Maafkan aku Sya.. Aku dah insaf." Katanya cuba meraih tangan aku.
Entah setan apa yang merasuk aku, aku menampar pipi Hana.
Pang! Semua disitu terkedu.
"Kau berambus. Aku taknak tengok muka kau. Kau dah bunuh Ai. Kau hancurkan rumah tangga aku. Kau tak guna.. Berambus."
"Syafiha!" Jerit Khairul.
"Mengucap Syafiha!" Aku memandang Khairul bagaikan tidak percaya. Dia marahkan aku? Sebab perempuan ni? Maigadd.
"Keluar semua keluar! Keluar!" Aku turut menghalau Khairul untuk keluar dari bilik itu. Benci sungguh aku bila Khairul cuba membela perempuan tu.
Takkan dia tak ingat apa yang pernah dia buat pada keluarga kami?
Aku menangis. Aku menekup mukaku dengan bantal. Sungguh aku trauma. Aku takut. Aku takut dia kembali merampas Khairul aku.
Aku melihat Khairul dan Hana berserta lelaki itu keluar dari bilik aku.
"Jangan tinggalkan saya Khai.." Ucapku dalam tidur. Aku trauma.
***
Khairul dan Hana serta lelaki tersebut sedang duduk diruang tamu.
"Maaf Hana. Bagi Sya masa. Nanti dia akan maafkan kau." Kata Khairul.
"Hmm takpa Khai. Memang patut pun dia tak maafkan aku lepas apa yang jadi. Aku yang bersalah. Maafkan aku." Kata Hana. Si lelaki tadi cuba menenangkan Hana yang sedang menangis itu.
"Entahlah Han.. Selalu nya Syafiha tu mudah je maafkan orang. Hmm mungkin dia masih terkejut kot." Tambah Khairul lagi.
"Takpa bro, biasalah perempuan. Si Hana ni pun dah lama nak datang sini nak mintak maaf dengan korang, tapi dia tak berani. Tu yang harini aku ajak dia datang.." Kata si lelaki.
"Hmm biarlah Han. Perkara dah lepas pun. Aku pun dah tak ambik kisah dah. Kau pun sekarang dah insaf. Dah ada suami yang sayang kau." Ucap Khairul sambil tersenyum.
"Hmm tulah. Aku bersyukur sangat sebab Allah membuka pintu hidayah untuk aku. Dan kurniakan aku seorang suami yang sanggup terima aku seadanya." Ucap Hana sambil memandang suaminya itu.
"Hmm okeylah bro. Kami balik dulu.. " ucap si lelaki kemudian berjabat tangan dengan Khairul sebelum pergi.
"Alhamdulillah kau dah berubah Hana.." Ucap Khairul selepas melihat Kedua pasangan itu berlalu.
Kini dia mengaturkan langkahnya ke bilik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
De TodoSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
