#PK57

43.6K 1.2K 9
                                    

Duduk rumah sorang sorang rasa bosan lah pulak. Anak anak , Mak Kiah bawak keluar jalan jalan. Hmm.

Khairul pula hari ini ada meeting. Mungkin balik lewat petang sikit. Bosan nya. Hmm baik aku buka tv.

Seorang perogol bersiri berjaya melarikan diri dari penjara. Diminta orang ramai berhati hati. Pihak polis masih berusaha untuk menjejak langkah suspek.


Huish. Takut pulak rasa tengok berita tu.. Macam mana lah penjenayah tu boleh terlepas. Hmm. Tiba tiba tekak aku rasa haus. Aku pun berlalu pergi ke dapur.

Ketika aku sedang menuang air dalam gelas. Aku terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh. Tapi aku buat tak kisah. Mungkin kucing yang main main kot.
Baru sahaja aku ingin melangkah ke depan, aku terasa seperti seseorang memeluk aku dari belakang. Maigaddddd! Siapa ni?

Aku cuba meronta, tetapi pelukannya makin kuat.

"Kau tak boleh lari kemana mana." Kata si lelaki itu. Aku berpaling kebelakang dan alangkah terkejut nya aku penjenayah yang dikehendaki polis kini berada di dalam rumah aku.

Aku menyiku perutnya dan cuba melarikan diri. Namun , dia sempat menangkap aku kembali. Si perogol itu sudah tergelak jahat.
"HAHAHAHA , kau takkan boleh lari dari aku." Katanya sambil matanya melilar melihat tubuh badan aku. Ya Allah aku takut.

Aku cuba meronta, dan mencapai pasu bunga dibelakang ku. Aku memukul kepalanya dengan pasu itu.

Prang! Pecah pasu bunga aku. Kepalanya sudah berdarah dan aku segera ke ruang tamu untuk mencapai telefonku. Nombor Khairul didail.


Tutt.. Tutt..
Masih tidak dijawab.
Aku sudah cemas.

Sekali lagi aku cuba menghubungi Khairul.

Tutt.. Tutt..
Masih lagi tidak dijawab.

"Please abang please jawab! Pleaseeee." Kataku sambil tanganku cuba mendial nombornya lagi.

Tutt..

"Hello abang! Abang tolong Sya bang. Ada perogol dekat rumah ni abang.abang tolong....

"Arghhhhhhh!" Belum habis aku bercakap, si perogol itu sudah menarik rambut aku.

"Kau nak lari kemana..... Mai sini kau perempuan! Habislah kau kali ni.." Si perogol sudah bertindak ganas. Dia menghantuk kepala aku di dinding kemudian dia mengoyak baju aku..


Sakit dikepala tidak mampu aku tahan.. Mata ku sudah berpinar. Pandanganku mulai kabur..


"Abang.. Tolong Sya.." Serentak dengan itu aku sudah tidak sedar kan diri.






***


Hari ini Khairul ada mesyuarat tergempar. Sedang mereka bermesyuarat, telefonnya berdering. Dia melihat pemanggil tersebut.

Sayang.

Namun dia biarkan saja panggilan itu. Tidak lama kemudian telefonnya kembali berdering. Dia diam kan lagi.

Dan untuk kesekiankalinya telefon berbunyi lagi. Tiba tiba Shahrul bersuara. "Angkat lah. Mana tahu penting." Khairul mengeluh lemah sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Sya.. Kan abang ada mee..."

Belum habis Khairul bercakap, terdengar suara Syafiha yang ketakutan disana.

"Hello abang! Abang tolong Sya bang. Ada perogol dekat rumah ni abang.abang tolong....

Kemudian dia terdengar suara Syafiha menjerit.

"Ya Allah isteri aku! " cepat cepat Khairul mengemas barangnya.

"Harini meeting dibatalkan." Katanya sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu.

Sungguh dia risau sekarang ini. Fikirannya tidak henti henti memikirkan sgala kemungkinan yang akan terjadi pada isterinya itu.

Khairul segera menelefon ahli keluarganya dan polis ke rumahnya. Harap harap isterinya tidak apa apa.

"Lindungilah isteriku Ya Allah."


"Tunggu abang Sya.." Ucapnya sebelum memandu dengan laju.






****

Sampai sahaja di rumah, khairul melihat pihak polis sudah berkerumun dirumahnya. Sungguh dia risaukan Syafiha.

Baru sahaja Khairul ingin masuk, dia dihalang oleh pihak polis.
"Encik , encik tak boleh masuk. Polis tengah buat siasatan." Kata pegawai polis itu.

"Tak ! Saya nak masuk jugak! Saya nak tengok isteri saya." Kata Khairul degil.

Kemudian dia dapat memboloskan dirinya dan masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan rumahnya.

Darah penuh dilantai. Di dinding. Di tangga pun ada. Kaca bertaburan di lantai.

"Ya Allah isteri aku." Airmata Khairul mengalir laju. Tiba tiba bahunya di peluk oleh seseorang.

"Khai.. Sabar ye." Rupanya Ayahnya.

"Ayah! Sya mana yah? Sya mana? Sya tak apa apa kan yah?" Soal Khairul..
Tiba tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang ditutupi dengan palstik hitam. Dia terkedu.

'Adakah ni Syafiha?' Khairul mendekati jenazah itu. Airmatanya masih lagi mengalir laju..


Tiba tiba dia rasa takut untuk menghadapi kemungkinan itu. Dia kembali teringatkan mimpi nya. Di mana dia kehilangan Syafiha. Tidak!


Khairul cuba membuka plastik hitam yang menutup muka jenazah itu.







Dan.....






***

Huhu. Saja nak bagi tergantung. Kbai. Hahahahaha

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now