#PK18

83.6K 2.7K 29
                                    

"Ai, harini Ai ada meeting dengan Syarikat MEGA HOLDINGS (nama syarikat main hentam jek. Hahaha) pukul 10pagi nanti." Aku memaklumkan pada Aizam tentang jadualnya hari ini.

"Oh okey. Anythings else?"

Aku menggelengkan kepala tandanya tiada.

"Okey Sya. Awak boleh keluar sekarang." Aku bergerak keluar dari bilik tersebut. Tiba dimeja kerjaku, aku terfikirkan syarikat MEGA HOLDINGS itu. Kenapa nama syarikat tu macam familiar je?


***

Sepanjang perjalanan ke syarikat Mega Holdings, Syafiha hanya diam saja. Langsung tidak bersuara. Pelik Aizam dengan tingkah Syafiha yang tiba tiba diam itu.

"Sya, are you okey?" Diam. Tiada jawapan.

"Sya?" Panggil Aizam lagi. Masih juga diam.

"Syafiha Aisyah!" Kali ini suara Aizam sedikit kuat.

"Apa Ai jerit jerit ni?" Marah Syafiha kerana terkejut disergah sebegitu.

'Aik. Aku yang panggil dia tak jawab, dia marah aku sebab jerit ? Haih. Sya sya.' Gumam Aizam dalam Hati.

"Ai panggil banyak kali, Sya tak kalih tu yang Ai menjerit tu. Sorry."

Syafiha sebenarnya sedang termenung tadi. Itu yang bila Aizam memanggilnya dia tidak dengar.
"Oh. Sorry Sya mengelamun tadi. Em ada apa Ai panggil Sya?"

"Sya tu okey tak? Diam je." Tanya Aizam lagi.

'Tak. Sya tak okey Ai. Hmm macam mana ni? Sya boleh ke kawal perasaan Sya nanti Ai? Hmmm' gumam Syafiha dalam hati.

"Sya okey lah. Diam sebab em takde apa . Saja." Bohong Syafiha. Hakikatnya dia rasa gementar ketika ini. Tangannya diramas.

"Okey deh. Dah sampai." Kata Aizam.
Syafiha merasakan peluh merecik didahinya. Tangannya yang berpeluh itu diramas dengan kuat. Nervous.

Aizam perasan Syafiha asyik meramas tangannya saja. Dari gerak geri Syafiha itu, dia tahu yang Syafiha sedang gementar. Sudah menjadi tabiat Syafiha begitu.

"Sya, hey? Chill ah. Yang nak jumpa client tu Ai lah. Hahaa. Cool down." Aizam mencuba untuk meredakan gementar Syafiha.

Syafiha hanya tersenyum nipis. Lalu mereka berdua sama sama turun dari kereta. Ketika melangkah masuk kedalam bangunan tersebut, Syafiha berjalan lambat lambat saja di belakang.

"Errrrr Ai, Sya nak pergi ladies dulu ek." Aizam memerhati saja kelibat Syafiha yang berlalu pergi.

Dia kemudian bergerak ke kaunter pertanyaan dan mengatakan kepada pekerja disitu tujuan nya kemari.
Tidak lama kemudia Aizam dibawa ke bilik empunya syarikat.

Tok! Tok! Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.

"Masuk!" Arah empunya Syarikat.

"Weh!"

"Aizam!"

"Khai"

"Rindu kau doh! Lama tak jumpa." Rupanya empunya syarikat tersebut adalah Khairul Azam. Sahabat karibnya yang sudah lama tidak bersua.

Aizam dan Khairul berpelukan seketika melepaskan rindu masing masing.
"Gila ah. Makin segak kau sekarang." Kata Khairul lalu menepuk lembut bahu Aizam.

"Hahaha. Kau pun apa kurangnya." Pecah ketawa dua sahabat itu.

Aizam bagaikan terfikirkan sesuatu.
'Adakah Syafiha gementar tadi kerana dia tahu akan berjumpa Khairul hari ni?'

"Eh. Kalau macam tu jom lah kita bincang apa yang patut." Kata Khairul. Kelihatan secretary nya masuk menghidangkan airminuman kepada kami.

"Eh . Kejap tunggu PA aku jap." Kata Aizam. Dia menunggu kelibat Syafiha.

Tiba tiba pintu bilik dibuka.

"Haaa tu pun PA aku." Aizam bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Syafiha.
Syafiha hanya membuat muka biasa. Sudah tidak gugup seperti tadi.

Senyuman Khairul tiba tiba mati sebaik sahaja dia melihat Syafiha.

"Sya?" Spontan nama itu terpacul keluar dari mulutnya.

Aizam hanya memerhati dua orang itu sedang memerhati antara satu sama lain. Dia perasan pandangan mereka berdua itu sepertinya ingin menyampaikan rindu yang tidak tertanggung lamanya.





Jeng jeng Jeng Syafiha dah jumpa dengan Khairul. Kah!

'Sayang, aku kau lupa. Aku kau luka. Tanpa kau sedar..' Hahahahaa

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now