sedang Khairul mengelamun di meja , seseorang menarik seluar nya.
"walid.." mulut Khairul tergamam. tidak menyangka yang Syafiq akan memanggilnya 'walid'.
airmata kegembiraan mengalir di pipi Khairul.
"walid kenapa nangis? walid sakit eh? hmm umi pun selalu nangis.."
khairul melemparkan senyuman kepada anaknya. "wa..walid takde pape lah Fiq. hmm macam mana Fiq tahu ni walid?" soal Khairul. Syafiq dibawa duduk di atas ribanya.
"hmm umi yang bagitahu. dia kata uncle walid Fiq. dia kata Fiq kena sayangkan walid macam Fiq sayangkan baba Aizam." khairul hanya mengangguk faham.
'abang janji Sya.. kita akan kembali jadi family balik...' ucap Khairul dalam hati.
*****
selepas pertemuannya dengan Khairul tadi, Syafiha mengasingkan dirinya dari orang ramai. dia duduk di tepi kolam ikan di halaman depan rumah Aizam.
"syaa.. buat apa kat sini sorang sorang?" soal Aizam. syafiha berpaling kebelakang dan melihat Aizam mendekatinya. ditangannya terdapat makanan.
syafiha tersenyum nipis. "takde papelah. saja nak ambik angin dekat sini." bohong Syafiha.
"hmmm, ni mesti pasal Khai kan?" soalnya. Syafiha diam membiarkan saja pertanyaan Aizam itu.
aizam duduk disebelah Syafiha di tepi kolam ikan.
"sya, saya tahu semua ni masih baru bagi awak...."
aizam menarik nafas panjang sebelum menyambung kata kata nya.
"Ai tahu, Ai bukanlah baik mana.. "
"apa ni Ai? nak cakap , cakap jela." potong Syafiha.
"sya, Khawin dengan Ai? Ai janji Ai akan jadi suami yang baik untuk Sya dan ayah yang baik untuk Fiq. Ai janji Ai takkan sia sia kan Sya.. beri Ai peluang Sya. please.." ucap Aizam lalu mengeluarkan kotak baldu dari poketnya. terdapat sebentuk cincin yang simple tapi cantik sangat.
Syafiha memandang Aizam dengan wajah yang terkejut.
'patut ke aku bagi Ai peluang?'
"atau Khai..?'
"tapi Khai dah ada Hana.. dia sendiri dah buang kau dari hidup dia Sya..'
'beri Ai peluang Sya. mungkin dia mampu membahagiakan kau dan Fiq.'
'lagipula Fiq perlukan kasih sayang seorang ayah..'
'tapi, mampu kah aku mencintai Aizam?'
'kalau dulu kau boleh sayang Khai, takkan kau tak boleh cintakan Aizam Sya..'
Syafiha berperang dengan perasaannya. aizam sudah berpeluh. taku takut direject sekali lagi.
"err.. okey. Sya setuju." terus berubah riak muka Aizam. wajahnya penuh dengan keceriaan.
"ya Allah . terima kasih Sya. Ai janji Sya , Ai akan sayang Sya sampai akhir hayat Ai.." ucap Aizam llau menyarungkan cincin itu dijari manis Syafiha.
tiba-tiba,
"aaiyok! kat sini ye korang. woahhh angah lamar Kak Sya? adik nak bagitahu mummy..." belum sempat Aizam dan Syafiha menahan Sofia terlebih dahulu melarikan dirinya ke dalam rumah.
mereka berdua bangun dari situ, dan bergerak sama ke halaman belakang. sampai sahaja di halaman belakang, semua memandang mereka dengan senyuman yang lebar. mummy Aizam meluru ke arah Syafiha dan memeluknya dengan erat.
"terima kasih Sya sebab terima anak mummy. mummy yakin anak mummy mampu jaga Syafiha." Syafiha memandang ke arah Khairul. mukanya jelas terluka. Syafiq dalam dukungannya.
"tahniah Sya." Atie pula datang kepadaknya lalu memeluk nya dengan erat.
melihat wajah Khairul yang terluka itu, Syafiha rasa serba salah.
'betul ke keputusan aku ni?'
***********************************
haaaa. amacam? hahaha. jangan kecam sis.. baca sampai ending tauuu. JANGAN TAK BACA! TUNGGU ENDING..
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...