Unknown.
Hai Sya.. Ni abang Irfan. Em hujung minggu ni abang datang rumah Sya boleh? Qalisya ni nak jumpa dengan Syifa dan Syakir.Aku membaca mesej yang diterima. Abang irfan nak datang kerumah. Hujung minggu? Eh esok lah hujung minggu tu. Jadi, aku harus menyediakan makanan untuk mereka! Sebelum itu, aku mendekati Khairul yang sedang bermain dengan si kemvar di halaman rumah.
"Abang!" Panggil ku. Khairul menoleh ke arahku.
"Ye yang. Ada apa?" Soalnya.
"Emm esok abang Irfan nak datang dengan family dia. Boleh tak?" Takut takut aku ingin memberitahu nya tentang kedatangan Irfan esok.
"What? Irfan nak datang rumah? Buat apa?" Dia terus datang mendapatkan aku.
"Err. Dia datang nak jumpa abang lah. Lagipun anak dia Qalisya tu nak jumpa dengan si Syakir dan Syifa." Terang aku.
"Hmm yelah. Pukul berapa dia nak datang esok?" Soal Khairul. Aku memeluk lengannya. "Emm entah. Dia tak cakap pulak."
"Hmm sayang nak keluar ke pasaraya kejap eh.." Aku meminta izinnya untuk ke pasaraya memandangkan dirumah tiada bahan untuk memasak.
"Nak abang temankan ke?" Soalnya. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum. "Tak payahlah. Abang teman kan anak anak dirumah ye. Sayang pegi kejap je."
"Okey! Jangan balik lambat sangat tau. And hati hati." Ujarnya. Kemudian aku terus naik ke bilik untuk bersiap ke pasaraya.
***
Keesokan harinya, aku begitu sibuk di dapur menyediakan makan tengahhari memandangkan harini Irfan serta Qalisya akan datang kerumah.
"Oh come little bit come little bit closer, i just want to get to know you~" aku menyanyi riang sambil memasak. Tiba tiba ada satu tangan yang mencuit pinggangku.
"Amboi, seronoknya hari ni. Siap nyanyi bagai .. Emm" kata Khairul.ada nada cemburu je.
Aku yang tadinya tengah mengacau lauk yang dimasak, terus memeluk erat lengannya.
"Alaa, mana adaa. Sayang suka lagi jai waetford tu yang sayang nyanyi. Takde kena mengena lah dengan abang irfan.." Kataku . Khairul menarik muncung panjang."Hmm ye lah tu. Padahal suka kan first love nak datang rumah. Btw, kenapa sayang mesti bahasakan diri dia 'abang' ? Abang tak suka. Panggilan 'abang' tu hanya untuk abang sorang je." Aku sudah terkedu.
"Maigaddddd abang! Abang irfan tu kan tua 2tahun dari sayang. Ofcs lah kena bahasakan diri dia 'abang'. Abang ni kan special. Lain dengan panggilan 'abang' untuk abang irfan." Aku cuba menenangkan hatinya. Adehh aku pun tak tahu lah kenapa Khairul ni jeles sangat dengan si Irfan. padahal aku ni dah lama tak suka Irfan.
Kemudian loceng rumah berbunyi.
Ting! Tong!
"Haaa! Panjang umur. Tu mesti abang irfan." Kataku seraya membuka apron yang dipakai. Baru sahaja aku ingin membuka pintu rumah, Khairul menghalang ku.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...