#PK1

126K 3.6K 35
                                        

Beberapa bulan sudah berlalu sejak dari kejadian itu. Aku juga sudah melupakan kejadian itu.

Sekarang fokus ku hanya pada satu nyawa di dalam rahimku ini.

"Assalamualaikum anak umi. Anak umi sihat harini?" Aku mengusap lembut perutku yang sudah agak besar.

Teringat kembali keadaan aku ketika mendapat tahu tentang kehamilanku ini.

Beberapa bulan yang lalu.

"Sya, kau muntah teruk ni. Jom aku bawa kau pergi jumpa doktor." Atie memujuk ku untuk ke klinik. Namun aku masih degil.

"Takpa lah Atie, aku okey ja. Kejap lagi hilang lah muntah tu."

"Hish kau tak boleh lah macam ni. Jom pergi klinik. Kalau kau sayang aku baik kau ikut aku cepat.." Ugut Atie. Dia tahu aku agak keras kepala.

Nak taknak terpaksa lah aku menurut nya ke klinik.

***

"Tahniah Puan Syafiha. Puan sudah hamil 2minggu." Kata kata doktor itu bagaikan batu yang menghempas dikepala aku.

Aku? Hamil?
Doktor itu melihat aku dengan pelik dek kerana aku langsung tidak teruja dengan berita yang dikhabar itu.

Aku terpaksa memaniskan wajahku. Aku hanya tersenyum nipis.

"Terima kasih doktor."

"Nanti puan kena datang check up kandungan puan ye. Puan jangan buat kerja berat sebab takut membahayakan kandungan puan memandangkan puan masih di fasa awal kehamilan." Terang doktor tersebut.

Aku hanya tersenyum saja. Atie disebelah ku bagaikan mengerti dengan perasaan ku ini.

***

"Atie, aku hamil. Anak dia.." Sampai sahaja dirumah sewa kami, aku terus menangis dibahu Atie.

"Sya. Kau kena kuat Sya.. Anak kau perlukan kau.."

"Macam mana aku nak teruskan hidup Atie? Aku tak mampu nak besarkan anak ni sorang sorang. Dia dah halau aku.. Apa aku patut gugurkan saja kandungan ni Tie?" Idea gila sudah menerpa dalam mindaku.

"Syafiha! Mengucap! Cakap tu ingat Allah sikit. Aku tahu kau sedih. Tapi bukan ni cara dia. Bukan dengan mengugurkan kandungan kau! Kau tak boleh bunuh satu nyawa yang tidak berdosa." Marah sungguh Atie dengan kata kataku itu.

"Aa..aa..aaku tak kuat. Suami aku buang aku dan sekarang aku mengandungkan anak dia. Kau rasa dia akan terima ka anak ni Atie? Dia bencikan aku. Dan mungkin dia akan bencikan anak ni.." Rintih aku lagi.

Atie yang tadinya marah terus membawa aku kedalam pelukan.

"Aku faham Sya. Kau jangan risau. Selagi aku masih hidup aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau kena kuat Sya. Fikirkan anak kau. Lupakan dulu kisah lalu. In Sha Allah kebenaran berpihak disebelah kau nanti."

End of flashback.

Kini aku bangkit. Ye. Aku tak akan menangis lagi. Aku harus kuat demi anak aku. Ayuh Syafiha. Kau boleh!

"Baby cepat keluar ye. Umi tak sabar nak tengok.."

****

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang