#PK51

56.6K 1.5K 21
                                        

Sorry lambat sikit.sis duk kerah idea tadi. Btw, Terima kasih kerana menunggu. Haha.







***

Petang itu, aku sedang berfikir rancangan untuk anniversary kami ini. Hmm. Buntu pulak idea aku kali ini. Sedang asyik aku termenung melihat si kembar bermain, pintu rumah diketuk. Terus aku membuka pintu itu.

"Eh Shah. Atie. Buat apa kat sini?" Soalku sebaik sahaja mengajak mereka masuk.

Mereka berdua hanya tersenyum. "Takde. Saje je. Datang melawat kau." Jawab Atie.
Aku mengangguk faham.


Tiba tiba aku mendapat satu panggilan telefon.

"Hello.. Puan Syafiha ke ni?"

"Ye saya. Kenapa ye?"

"Encik Khairul. Dia ..dia.. Dia kemalangan." Kata si pemanggil. Terus aku jatuh terduduk. What? Khai kemalangan?

"Shah , Atie, Khai eksiden. Hmm macam mana ni. Hmm." Airmata aku sudah mengalir di pipi. Ye lah, aku ni kan pantang ni sikit nangis.

"Ya Allah.. Habistu macam mana sekarang? Hmm apa kata kau pergi dulu. Anak anak kau tinggal dengan aku. Nanti aku pergi dengan Shah." Kata Atie. Aku menarik nafas lega. Kemudian aku memandu keluar ke tempat yang diberitahu. Katanya Khairul kemalangan ketika di tempat tapak projek.





"Ya Allah abang.. Sya harap abang tak apa apa.." Kataku sambil memandu.

Sampai sahaja di tempat yang diberitahu oleh pemanggil tadi, aku cepat cepat mencari kelibat suamiku.

Tetapi, tempat ini macam aku pernah lihat. Ya. Macam familiar jek. Namun aku cepat cepat hapuskan tanda tanya itu lalu meneruskan pencarianku.




Ketika sedang berjalan, tiba tiba aku tersepak satu kertas . Gambar polaroid. Gambar tu.. Gambar aku dengan Khai. Ye . Gambar waktu kami mula mula kenal. Dan baru aku teringat tempat ini.. Tempat pertama kali aku jumpa Khairul.


Aku mencari cari kelibatnya . Namun tiada. Kemudian aku berjalan lagi. Kali ini aku berhenti di bangku. Di bangku itu ada satu keping lagi gambar. Gambar aku sedang termenung panjang. aku tersenyum melihat gambar itu. Macam mana gambar ni semua ada dekat sini? And siapa yang ambil gambar aku ni?




Mata ku masih melilar mencari kelibat Khairul, namun tiada. Kemudian telefon aku berdering minta diangkat.

"Kak Sya, datang kat cafe JomLepak jap. Situ ada benda nak bagitahu akak ni. Urgent." Kata si pemanggil. Hmm pasal pemanggil yang menelefonku memberitahu tentang Khairul kemalangan itu benar benar menguji kesabaran aku. Nampaknya ada orang nak main main dengan aku. Ish takut pulak rasa. Tengok tengok mamat psycho mana ntah.

Sebelum masuk kedalam kereta, aku menghubungi Khairul. Namun panggilannya tidak dijawab. Ish , dah kenapa laki aku ni. Mungkin aku patut pergi berjumpa dengan siti.

Sampai sahaja di cafe, aku mencari kelibat siti. Namun tiada . si penyambut tetamu, membawa aku ke tempat duduk. Aku mendial nombor siti. Namun tidak dijawab juga. Tiba tiba , pelayan membawa kek red velvet kesukaan aku.

"Eh.. Saya tak order pun lagi." Kataku. Namun pelayan itu tidak memberi respon dengan kata kataku. Dia hanya tersenyum lalu berlalu dari situ. Aku termanggu sendiri.

Kemudian aku melihat ada sekeping nota di terselit di tepi kek itu.

Enjoy your favourite cake while listening to your favourite song.



Tiba tiba lagu All Of Me bermain di cafe itu. Aku tersenyum sendiri...
Woahhh. Sape punya kerja ni? Khairul ke? Bukan ke dia tak ingat ?






Habis sahaja menikmati kek red velvet itu, pelayan tadi datang kembali ke tempat aku. Kali ini dia memberikan satu keping gambar polaroid kepadaku. Gambar resort. Tempat tu aku kenal. Tempat dimana Khairul dengan aku pernah melepak..


Sah! Ni semua kerja Khairul kan?



Aku memandu ke tempat yang diberitahu. Kemudian aku terlihat ada kotak dan nota di kotak itu.


Wear this sayang.

Sah! Sah! Khairul punya kerja. Hahaha. Aku tersenyum bahagia. Aku masuk ke chalet untuk menukar pakaianku. Khairul sudah awal awal lagi booking chalet untuk aku. Seusai sahaja aku menukar pakaian, aku bergerak ke jeti. Seperti yang diarahkan.





Sekali lagi aku melihat baju yang dibeli oleh Khairul.., maigaddd cantik sangat. Aku tersenyum sendiri.

Cant wait to see you abang! Jerit ku dalam hati.

Pakcik yang bertugas dijeti itu membawa aku ke suatu tempat. Ke rumah pantai mungkin. Aku melihat persekitarannya hanya dipenuhi dengan lilin. Maigaddd .

Sepanjang laluan itu, bunga bunga di tabur .. Bau haruman lavender . Kesukaan aku! Wahhhh.

Kemudian aku terlihat , seseorang sedang membelakangkan aku. Segak dengan tuxedo. Bau haruman nya sudah ku tahu siapa. Suami aku!

Aku tersenyum sumbing. Kemudian dia berpaling menghadap aku. Dia juga turut tersenyum. Dia memegang gitar lalu menyanyikan sebuah lagu untukku.

Maigadddddddd lagu afgan. Hurhur.

telah ku temukan yang aku impikan
kamu yang sempurna
segala kekurangan semua kelemahan
kau jadikan cinta

tanpamu ku tak bisa berjalan
mencari cinta sejati tak ku temukan
darimu aku bisa merasakan
kesungguhan hati cinta yang sejati

kamu dikirim Tuhan
untuk melengkapiku tuk jaga hatiku
kamu hasrat terindah untuk cintaku
takkan cemas ku percaya kamu

karena kau jaga tulus cintamu
ternyata kamu yang ku tunggu
segala kekurangan semua kelemahan
kau jadikan cinta

tanpamu ku tak bisa berjalan
mencari cinta sejati tak ku temukan
darimu aku bisa merasakan
kesungguhan hati cinta yang sejati





Dia mendekati aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Kemudian dia meraih kedua tanganku. Tiba tiba dia duduk melutut.

"Sayang, dari first kita jumpa.. Abang dah tahu yang abang cintakan sayang. Waktu kita kawan dulu, kadang kadang abang rasa abang sayangkan sayang lebih dari seorang kawan. Mulanya abang menidakkan perasaan tu, tapi lama kelamaan, sayangnya itu makin menebal. Abang dah tak boleh sorok perasaan abang. Abang cintakan sayang. Dan alhamdulilalah, sayang dah jadi milik abang. Dah jadi isteri abang. Abang bahagia sangat sayang. Ye abang tahu, abang banyak buat salah dengan sayang. Abang janju abang takkan ulanginya lagi. Terima kasih sayang. Terima kasih sebab sudi terima abang kembali dalam hidup sayang. Terima kasih sebab jadi umi yang baik untuk anak anak abang. Happy anniversary sayang. I love you. Sayang abang tak pernah putus. Hanya maut saja yang dapat pisahkan kita. " khairul memakaikan rantai tangan yang bertulis KhaiSya di pergelangan tangan.

Aku kelu. Tak tahu nak cakap apa. Sungguh aku terharu. Airmata kegembiraan mengalir dipipiku.

"A..abang.. Sya.. Emm.." Aku takdapat meneruskan kata kataku. Sumpah aku terharu.


"Shh.. Abang tahu sayang terharu. Hehe." Kata Khairul lalu membawa aku kedalam pelukannya. Aku menangis di dada bidangnya.


"I love you." Tak jemu jemu aku mengucapkan kata cinta.


"Love you more.."






Tamat.
*****









Tak jadi kan? Hahahaha sis takde idea. Lol. Tak sweet lah mana. Tapi em baca jelah. Hahaha

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang