Nah sis belanja lagi malam ni. Seronok pulak rasa nak menulis malam ni. Hehe.
Lama sangat tunggu bas along. Hehe***
Malam itu, keluarga mertuaku serta Atie dan Shahrul tidur dirumah kami...
Aku duduk termenung di halaman depan rumahnya."Gah!" Sergah Atie.
"Ish kau ni! Buat terkejut aku je." Aku menarik muncung panjang.
"Alolo jangan lah marah. Hmm yang kau ni duduk termenung kenapa? Ada masalah ke, kau gaduh dengan Khai eh?" Tebak Atie.
"Ish mana ada. Saja nak ambik angin malam." Bohong aku.
"Ala kau tak payah tipu aku lah Sya. Aku kenal kau lama dah. Kau dengan Khai mana boleh berenggang. Ye lah, asal kemana je mesti ada kau berdua. Ni , ni kenapa? Ce citer dengan aku."
Aku mengeluh lemah. "Hmm Hana datang rumah tadi."
Atie jelas terkejut. "What? Dia datang rumah kau? Heh? Dia nak apa? Nak hancurkan rumah tangga kau lagi?" Marah sungguh Atie mendengar nama Hana.
Aku menunduk memandang ke bawah.
"Dia datang nak mintak maaf. Tapi aku marah dia.. Aku em em aku tampar dia tadi." Terang aku."Hmm memang patut pun dia kena pelempang kau. Dah tu, asal kau dengan Khai boleh gaduh pulak?"
"Dia suh aku maafkan si Hana.. Katanya si Hana dah insaf. Tapi aku em entahlah Tie. Aku trauma.. Aku takut aku kehilangan Khai lagi. Aku tak sanggup. Aku sayangkan dia.. Aku tak tahu macam mana aku nak hidup kalau dia takda Tie." Airmata aku mengalir lagi. Atie datang dan memeluk aku.
"Shhh sabar Sya. Insha Allah .. Takde pape. Aku jamin Khai pun sayangkan kau. Tak mungkin benda yang sama akan terulang lagi. Aku tahu kau kuat.. Bincang elok elok dengan Khai.." Nasihat Atie.
"Tenkiu Atie. Ni aku sayang kau ni."
"Dah lah jum masuk. Kesian anak kau nak tidur dah haa." Kemudian aku mengikut atie masuk kedalam rumah.
***
Selesai menidurkan si kembar, aku masuk kedalam bilik. Kelihatan Khairul sedang duduk di atas katil sambil membaca buku.
Aku malas melihatnya lalu beredar masuk ke dalam bilik air. Keluar saja dari bilik air , aku melihat Khairul sudah tiada di atas katil. Kemana? Em lantaklah.
Aku mengambil bantal dan berkira kira ingin keluar bilik. Malam ni aku nak tidur dengan Syafiq.
Baru saja aku buka pintu, Terjegul muka Khairul.
"Sayang nak pergi mana?"
"Nak tidur dengan Syafiq." Jawabku dingin. Baru saja aku melangkah, Khairul menarik tangan aku.
Lantas memeluk aku dari belakang.
"Sayang.. Look. Abang mintak maaf pasal tadi. Okey abang tahu sayang trauma. Maafkan abang. Abang takkan tinggalkan sayang. Percayalah. Hmm kalau sayang rasa sayang belum boleh maafkan Hana lagi, abang tak paksa. But please, dont leave me. I love you." Ucap Khairul. Aku terharu. Airmata aku tahan mengalir lagi.
Aku berpaling lalu memeluknya. "Sya takut abang. Sya takut abang tinggalkan Sya lagi. Sama macam dulu.. Please jangan tinggalkanSya lagi. Jangan buang Sya lagi.." Ucapku.
Dia memeluk aku erat. "No sayang! Abang takkan tinggalkan sayang dah.. I love you forever..."
Aku mengangkat kepala memandang nya.
"Promise?" Soalku dengan muka nya lencun airmata.
"Promise!" Katanya .
***
Nehh Syafiha tu traumaa. Kesian dia. Hehe
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...