"Sya.. Jum makan sayang."
Diam. Syafiha masih lagi memandang ke luar rumah.
"Syafiha.." Panggil Khairul lagi.
Diam.
"Syafiha.. Jom ma..."
"Kau makan jelah! Tak payah ajak aku! Aku taknak makan." Jawab Syafiha.
Khairul menarik nafas panjang. Betul kata Ibunya, dia perlu bersabar dengan Syafiha.
Dulang makanan yang dibawa tadi dia tinggalkan di atas meja didalam bilik itu sebelum turun ke bawah.
"Macam mana Khai? Sya makan tak?' khairul menggelengkan kepalanya..
"Hmm takpelah. Biar aku yang pujuk dia." Atie kemudian dengan rela hati menawarkan diri untuk memujuk Syafiha makan.
Atie masuk kedalam bilik tersebut. Kelihatan Syafiha masih lagi di balkoni bilik.
"Sya.." Atie memegang bahu Syafiha. Syafiha tersentak.
Dia berpaling mengadap Atie terus dia peluk kawan baiknya itu.
"Aku benci dia Atie.. Aku benci dia.." Rintih Syafiha.
"Shhh.. Kau tak boleh macam ni.." Atie mengusap lembut belakang Syafiha.
"Aku benci dia. Kalau bukan sebab dia Aizam takkan mati. Aku benci dia!" Adu Syafiha lagi.
Tanpa mereka sedar, Khairul mendengar semua yang diperkatakan oleh Syafiha itu.
'Macam tu sekali dia benci aku..' Desis Khairul dalam hati. Airmata dipipinya disapu.
"Mungkin aku perlu bagi dia masa.." Kata Khairul sebelum berlalu pergi.
***
Hambar kan? Hahaha sangat hambar. Sis mengantuk. Okey bhai.
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
