"Sya, saya nak bagitahu awak sesuatu ni.'"Aizam teragak agak untuk memberitahu Syafiha.
Syafiha yang sedang asyik mentelaah buku itu buat tidak endah saja dengan Aizam.
"Sya, pandang lah sini kejap." Aizam menutup buku yang dibaca oleh Syafiha itu. Syafiha kemudian memandang Aizam.
"Apa Ai.. Cepatlah. Sya nak baca buku tu." Aizam cuba menyusun kata.
"Sya, err Ailoveyou." Laju je Aizam menyuarakan apa yang dipendam tadi.
"Apa? Sya tak dapat nak tangkap lah. Ai cakap cepat sangat."
Aizam menarik nafas panjang sekali lagi.
"Ai love you." Ucap Aizam.
Syafiha mulanya membuat muka bingung namun selepas itu dia sudah ketawa terbahak bahak. Pelik Aizam dengan telatah Syafiha itu.
"Haha ! Cia cia cia. Ai buat pickupline eh? Ish. Ingat apa lah yang serius tadi. Haih."
"Sya! Ai serious lah! Ai suka Sya. Ai cintakan Sya." Syafiha yang tadi ketawa terus berhenti dari ketawa.
"err..."
"Sya. Ai nak dengar jawapan Sya. Bukan 'errr' je." Aizam mula tak senang duduk dengan reaksi Syafiha itu.
Syafiha kemudian menyimpan kembali buku yang dibaca tadi. Dia mengambil beg nya lalu bangun dari kerusi bangku tersebut. Baru sahaja dia berkira ingin pergi, Aizam menahannya.
"Sya.. Nak kemana? Ai nak dengar jawapan Sya. Ai betul betul cintakan Sya. Ai nak Sya jadi isteri Ai." Ucap Aizam.
Syafiha terus berlalu dari situ. Dia mengangkat tangan pergi dari situ.
Aizam sudah faham benar dengan tingkah Syafiha. Syafiha jika dia tidak setuju atau tidak suka akan sesuatu , dia akan 'blah' macam itu saja. Dan ini bermaksud dia telah di'reject' oleh Syafiha.
Aizam mengeluh lemah di tempat duduknya.
Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Terus diangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa si pemanggil.
"Hello." Lemah saja suaranya. Biasalah orang kena reject kan. Hahaha.
"Aik bro. Asal suara lemah je ni. So amacam ?" Tanya si pemanggil.
"Entah." Aizam tiada mood untuk bercakap tentang perkara tersebut. Dia baru sahaja ditolak oleh gadis yang dicintainya.
"Aik. Kau dan confess ke belum?" Asak si pemanggil lagi.
"Dah."
"So, ? Macam mana? Dia terima tak?"
Apasal bengap sangat si pemanggil tu. Dah sah sah suara Aizam macam tu dia direject. Haih.
"Kau agak dengan suara aku macam ni dia terima tak?" Geram sungguh Aizam dengan si pemanggil.
"Okey. Okey! So i take it 'NO' . Dia tolak eh?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
CasualeSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
