Last update untuk malam ni ye. Hehe.
Beberapa tahun kemudian.
"Umi . Fiq nak ice-cream boleh?" Syafiq , kini sudah berusia 3tahun. Dan 3tahun juga sudah berlalu.
Aku sudah mula berkerja di syarikat sepupu Atie sebagai PA . Manakala Atie pula sudah selamat bergelar isteri kepada Shahrul.
Hidup aku sudah bahagia kini. Dengan adanya Syafiq disisi. Peristiwa yang lalu sudah aku lupakan. Aku sudah buka buku baru.
"Umi.. Fiq nak aiskeyim tu." Syafiq menarik jubah ku. Aku yang tadi nya mengelamun terus beralih pada putera ku itu.
"Ye sayang. Boleh. Tapi kita tunggu papa dengan mama dulu ye." Aku dan Syafiq sudah duduk di rumah sendiri. Sampai bila aku ingin menyusahkan Atie dan Shahrul kan.
Malam ini kami akan makan malam bersama. Keluarga bekas mertuaku juga turut serta.
Pon! Pon!
Aku tersenyum sendiri. Sudah lali dengan Shahrul yang suka membunyikan hon kereta.Aku memakai kan kasut dikaki Syafiq kemudian memimpin nya ke kereta Shahrul.
Atie yang kini sedang sarat mengandung turun dari kereta.
"Mama!" Jerit Syafiq lalu bergerak ke arah Atie. Atie membawa Syafiq dalam pelukannya.
"Aik. Mama je. Papa ?" Syafiq kemudian bergerak ke arah Shahrul. Shahrul kemudian mengendong Syafiq.
"Dah besar dah hero papa ni." Aku hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua yang terlalu manjakan Syafiq.
"Dah Fiq, turun haa. Jom kita pergi jumpa atuk dan nenek."
Kemudian kami bergerak ke destinansi seterusnya.
***
"Atuk! Nenek!" Syafiq sudah berlari ke arah keluarga mertuaku sebaik sahaja terlihat kelibat mereka.
"Ya Allah cucu nenek. Dah besar dah hensem dah." Puan Isma mencium cucu sulung nya itu.
"Hmm along takdekan?" Soal Siti tiba tiba.
Terus muka aku berubah riak."Err tak. Dia tak join. Dia sibuk." Jawab Encik Adam.
"Hmm kak Hana?"
"Dia tu entahlah. Ayah pun tak tahu. Hm dah lah. Jom makan." Encik Adam mengalihkan topik perbualan. Sedikit sebanyak aku lega kerana Khairul tidak turut serta dalam majlis makan malam pada malam ini.
"Fiq, baca doa cepat." Aku mengarah Syafiq untuk membaca doa makan. Aku akan pastikan pendidikan agama diberikan secukupnya pada anakku ini.
"Amin.." Semua mula menjamu selera sebaik sahaja Syafiq mengaminkan doa yang dibaca oleh Syafiq.
***
Khairul duduk termenung didalam pejabatnya.
Sepatutnya malam ini dia terpaksa menghadiri acara keluarga. Namun, apabila mengenangkan Shahrul dan Syafiha akan turut serta terus dia menolak.
Dia masih tidak sanggup menghadap muka mereka walaupun 3tahun sudah berlalu.
Majlis perkhawinan Shahrul juga dia tidak hadir kerana dia fikir Shahrul berkahwin dengan Syafiha. Hakikatnya.......
Tiba tiba dia teringatkan Syafiha.
"Abang. Jangan lah kacau Sya nak masak ni." Khairul tidak mengendahkan kata kata Syafiha. Dia masih lagi memeluk erat isterinya yang sedang memasak itu.
Kepalanya dibenamkan pada leher isterinya itu.
"Abang! Sya tengah masak ni." Syafiha berpaling menghadap suaminya itu.
"Gatai." Syafiha mencubit lengan Khairul. Khairul sudah mengaduh sakit.
"Amboi. Cubit abang ye. Haa nak kena ni." Khairul sudah mengeletek pinggang Syafiha. Terngekek ngekek Syafiha menahan geli.
"Abang! Stop! Okey okey Sya minta maaf." Khairul terus berhenti mengeletek isterinya. Dia kemudian membawa Syafiha dalam pelukannya.
"I love you sayang." Ucap Khairul dengan suara yang romantik.
"Sya pun sayang abang. Sayang sangat..."
'Apa yang kau fikirkan tu Khai! Berdosa ingat isteri orang.'
Khairul kembali ke alam nyata. Syafiha kini bukan lagi miliknnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/68074576-288-k184245.jpg)
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...