#PK25

92.1K 2.7K 351
                                        

Khairul bagaikan tidak percaya apa yang didengar olehnya.

Dia bangun dari posisi duduk.

"Tuan.. Maafkan Mak Kiah tuan.." Mak Kiah sudah melutut nerayu kepada Khairul. Khairul masih lagi bingung.

Airmatanya mengalir. Dia berpaling menghadap Mak Kiah.

"Kenapa Mak Kiah? Kenapa? Mak Kiah tahu tak, saya dah hukum orang yang tak bersalah. Saya dah buang dia. Saya hina dia. Saya...saya panggil dia perempuan murahan. " tersedu sedan Khairul menangis.

"Ya Allah berdosa nya aku.. Anak aku darah daging aku, aku hina.. Aku tak mengaku anak aku. Ya Allah.." Khairul sudah terdudul. Mukanya diraup tanda kesal.

"Sya.. Maafkan abang Sya......"

"Tuan maafkan Mak Kiah. Tuan hukum lah Mak Kiah. Mak kiah berdosa. Mak kiah yang salah.. Ya Allah ampunkan lah aku ya Allah." Mak Kiah juga sudah meraung menangis kesal akan perbuatannya.

Khairul terus bangun lalu bergerak ke keretanya. Dia perlu berjumpa dengan Syafiha.

"Tuan! Tuan!" Panggilan Mak Kiah tidak dihiraukan.





Laju sungguh Khairul memandu keretanya. Dia harus segera menemui Syafiha. Dia harus memohon maaf.


Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih". (Q.S. al-Buruj: 10)

Khairul sedikit terkesan dengan ceramah yang dimainkan diradio itu.
Syafiha difitnah. Dia tidak bersalah.

Airmatanya gugur lagi. Betapa dia kejam pada Syafiha. Dia telah menyakiti Syafiha.


*****

"Aduh, macam mana ni! I pregnant Den." Hana sudah cuak. Kekasihnya Denial hanya beriak biasa.

"Ala chill ah beb. " kata Denial sambil meneguk air haram itu.

"U kata apa? Chill? Hey? U cakap senang lah. I yang tanggung tau. Lagipun i dah lama lah tak tidur dengan suami i. I tidur dengan u jekan?" Hana sudah bangun dari katil. Dia mundar mandir didalam bilik itu.

"Hahaha. U nak takut apa? Suami u bukan tahu pun? Tambah pula dia mesti suka. U kan sendiri cakap dia nak anak kan?" Hana kembali mendekati Denial yang sedang duduk di atas katil.

"Ha'aa kan. dia bukan tahu pun kalau ni bukan anak dia. U bijak lah sayang . Ni i sayang u ni." Hana memeluk Denial lalu mengucup bibir kekasihnya itu.









******



"Sya, jum. Nanti lewat pula." Aku mengemas files di atas mejaku sebelum mengikut Aizam pergi.

Kami berdua ingin ke taska Syafiq kerana harini taskanya menganjurkan hari sukantara. Syafiq beria ria ingin Aizam turut hadir sama.




***

Sesampai sahaja di pejabat Aizam, Khairul melihat Aizam dan Syafiha bergerak keluar dari pejabat tersebut.

Belum sempat dia memanggil Syafiha, wanita itu terlebih dahulu membolos masuk ke dalam kereta. Dia mengikut mereka dari belakang.

Akhirnya dia pun juga tiba di taska.

"Diorang buat apa dekat sini? Jangan kata Aizam dah khawin dengan Sya? Ahhh! Ni tak boleh jadi." Gumam Khairul.

Dia melihat Syafiha dan Aizam turun dari kereta. Dia juga turut sama berbuat demikian.

"Sya." Panggil Khairul.

Syafiha berpaling ke arah nya. Mukanya jelas menunjukkan betapa bencinya dia pada insan yang bernama Khairul Azam.

"Khai." Aizam juga bagaikan terkejut dengan kehadiran Khairul disitu.

"Sya... Abang ada benda nak cakap." Syafiha membuat muka pelik.

Tiba tiba sahaja panggilan abang digunakan.

"Sejak bila kita jadi adik beradik ye Encik Khairul? Setahu saya saya takde abang." Jawab Syafiha dingin.

Khairul menarik nafas."sya please. Abang nak cakap sesuatu dengan Sya." Khairul sudah separuh merayu.

"Dah lah Khai.. Jangan kacau Sya lagi." Kata Aizam.

"Eh kau diam eh zam! Sekarang ni antara aku dengan Sya." Suara Khairul sedikit meninggi.

Baru saja Syafiha ingin menjawab , cikgu Syafiq datang ke arah mereka.

"Ehhh Puan Sya dah sampai. Baguslah. Fiq dari tadi lagi tanya pasal Puan.."

"Encik Aizam pun ada.. Baguslah tu.. Tapi, Encik ni pula siapa? "

"Oh.. Encik ni mesti walid Syafiq kan? Sebab muka iras sangat."

Syafiha hanya diam. Tidak membantah apatah lagi mengiakan kata kata cikgu itu tadi.

Khairul sudah menarik senyum panjang. Nampak gayanya khairul tidak akan mengalah.

"Jum masuk Encik Aizam, Puan Sya dan Encik..."

"Khairul.."

"Haa jemput masuk."

Sebelum masuk kedalam, Khairul sempat membisik sesuatu di telinga Syafiha. "We need to talk sayang."

Syafiha terkedu.





********

Walawey. Makin susah nampaknya bila Khai nak getback balik dengan Syafiha ni. Emm. Agak agak siapa pilihan Syafiha? #teamAizam atau #teamKhairul?

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang