"Abang cepat.. Sakit ni.."
"Ya Allah sabar sayang. Sabar. Dah nak dekat ni."
"Arghhhhhh! Sakit.."
******
Sungguh aku rasa sangat sakit ketika ini. Airmata ku mengalir tanpa henti. Kesakitan kali ini lebih terasa berbanding waktu aku melahirkan Syafiq dulu.
Sampai sahaja di hospital, aku dibawa ke labour room. Khairul memegang erat tanganku. Mulutnya tanpa henti menyuruh aku supaya aku bersabar.
"Sakit abang.."
Sampai sahaja di bilik bersalin, aku menyuruh Khairul menemani aku.
"Push Puan.. Push!" Asak doktor.
Aku teran sehabis kuat tenaga aku.
"Ughhhh.."
"Sikit lagi Puan. Teran lagi."
Kali ini aku teran dengan sekuat hati.
Dan akhirnya bunyi suara bayi menangis kedengaran. Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan.
Aku melihat Khairul sudah memangku anak kami. Baby boy. Kami sama sama mengalirkan airmata kegembiraan.
Selang beberapa minit, perut aku kembali sakit.
"Arghhh." Aduh aku.
Khairul memberikan bayi kami kepada nurse yang bertugas dan kembali memberi memegang tanganku.
"Ada satu lagi bayi nak keluar. Teran puan teran.. " arah doktor itu.
Apa? Satu lagi bayi? Aku dapat anak kembar?
Kali ini kesakitan yang dirasai lagi sakit. Aku memegang erat tangan Khairul.
"Abang.. Maafkan Sya bang.. Sya banyak buat salah dengan abang. Abang halalkan makan minum Sya.. Abang kalau Sya pergi dulu, abang jaga anak kita elok elok tau.."
"Shhh sayang jangan cakap macam tu. Everything's gonna be okey. Kita akan besarkan anak anak kita sama sama."
Aku mengeran lagi dan lagi. Kali ini aku sudah tidak berdaya lagi.
"Alhamdulillah baby girl Encik Khairul.!"
Pandangan ku semakin kabur.. Lama lama pandangan ku mulai gelap.
********
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...