#PK8

84.7K 3K 118
                                    

"Alhamdulillah Sya, kau selamat melahirkan baby boy." Atie membawa anak aku kepangkuanku.

Letih bertarung nyawa tadi masih bersisa namun semuanya hilang begitu saja melihat wajahnya yang masih suci didalam pangkuan ku ini.

Wajahnya mirip suamiku. Eh bekas suami.
Airmata kegembiraan mengalir di pipi ku.

Aku akan pastikan Khairul Azam takkan pernah jumpa dengan anaknya ini.

Tiba tiba pintu wad ku dibuka. Kelihatan keluarga bekas mertuaku datang melawat ku.

Puan Isma, ibu mertuaku datang menghampiri ku lalu mengucup dahi ku.

"Ya Allah Sya.. Rindunya ibu dekat Sya." Katanya.

Kemudian siti pula datang memeluk ku. Bapa mertuaku hanya tersenyum kepadaku.

"Boleh ibu dukung cucu ibu?" Tanya Puan Isma.

Aku hanya tersenyum tanda setuju. Lalu menyerahkan baby ke pangkuan ibu mertuaku.

Aku melihat ibu mertuaku mengalirkan airmata. Mungkin dia turut perasan apa yang aku perasan tadi.

"Muka dia sebijik macam muka Khai." See! Betul tekaan ku. Mesti itu yang dia fikirkan .

Aku hanya tersenyum palsu.

Bapa mertuaku mengusap lembut bahuku dah menghadiahkan satu senyuman kepadaku. Senyumannya memberitahu bahawa aku kena kuat.

"Sya nak letak nama apa?" Tanya bapa mertua ku.

"Hmm Muhammad Syafiq Khuzairi."

"sedap nama tu. " ujar Siti.

Aku hanya tersenyum saja.

"Pasal bil rawatan hospital, Sya jangan risau. Ayah dah settle kan semua."

"Eh mana boleh yah macam tu. Sya boleh mampu bayarkan lagi bil rawatan Sya." Ujarku. Sungguh aku tak selesa apabila bekas bapa mertuaku membayar bil rawatan hospital.

"Biarlah Sya. Anggap lah ni hadiah ayah untuk cucu ayahni." Aku hanya diam saja. Aku tahu aku takkan menang.

***

"Bu , comel kan Syafiq tu. Ee geram je Siti nak cubit .." Ujar Siti. Ketika itu mereka semua baru balik dari melawat Syafiha di hospital.

Senyuman tidak lekang dari bibir Encik Adam dan Puan Isma.

"Comel kan cucu kita tu bang? Esok kita pergi lagi ye." Cadang Puan Isma.

"Sape yang comel ni?" Khairul tiba tiba datang menyertai mereka di ruang tamu.

Sebaik sahaja melihat Khairul, semua berubah riak.

"Hmm anak Kak Sya." Kata Siti.

"Oh." Jawab Khairul bersahaja.

"Along. Along nak tengok tak muka baby tu? Comel sangat.." Siti cuba memancing minat abang nya.

"Hmm taknak ah aku tengok."

Siti membuka beg nya lalu mengambil telefon bimbitnya. Dia membuka gallery telefonnya lalu menyuakan gambar tersebut kepada abangnya.

"Ni along. Tengok lah. Muka dia sama macam along kan?"

Khairul menolak telefon yang disua oleh Siti itu.

"Apasal sama dengan muka aku pulak? Dia bukan anak aku. Dia anak hasil dari si Syafiha tu berzina dengan si Shahrul tu."

Semua terkejut dengan kata kata yang keluar dari mulut Khairul itu.

Encik Adam tanpa fikir panjang terus menampar muka anaknya itu.

"Biadap! Aku tak ajar kau macam ni Khairul Azam. Syafiha tu mengandungkan anak kau! Kau tahu tak apa hukuman orang fitnah ni? Orang yang kau fitnah tu isteri dan adik kau sendiri!" Naik turun saja nafas Encik Adam ketika itu.

Manakala Puan Isma masih terpinga pinga memandangkan dia tidak tahu hal yang sebenar.

"Apa kaitan Shah dalam hal ni? Apa ni Khai? Apa semua ni?"

"Nanti saya cerita dekat awak Isma.jom." Encik Adam terus menarik isterinya naik ke bilik mereka. Dia takut isterinya itu fdikerjakan ke hospital dek kerana terkejut.

"Wahh! Bagus lah. Teruskan dengan ego along." Siti menepuk tangan nya . Menyampah dengan abangnya itu lalu dia juga turut sama naik ke bilik.


Hana yang melihat kejadian itu hanya tersenyum kemenangan. Dia berpuas hati kerana Khairul benar benar membenci Syafiha.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now