#PK13

83.8K 2.7K 37
                                    

"Bini kamu tu bila nak mengandung? Kamu tak teringin nak ada anak ke Khai? Hah? Tengok adik kamu si Shah tu , dah bakal jadi ayah dah pun. Baru setahun kahwin. Kamu yang dah berapa tahun ni khawin takkan taknak anak? Hmm tulah. Ada anak tak mengaku anak."

Kata kata ibu bermain di fikiran Khairul. Dia masih memikirkan kata kata ibunya.

'Aku taknak anak ke?'soal Khairul dalam hati.

'Aku nak anak. Mungkin belum rezeki aku dengan Hana. Lagipula Hana terlalu sibuk. Hmm mungkin kitorang akan cuba lagi.' Gumam Khairul.


***

Pulang dari kerja, Khairul terus masuk kedalam bilik tidurnya. Semenjak dari peristiwa yang lalu , dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah keluarganya. Rumahnya bersama Syafiha dulu telah dia tinggalkan.
Dia tidak ingin lagi ke rumah tersebut dek kerana peristiwa yang telah merobek jantungnya.

Dia membaringkan badannya di atas katil. Letih. Hana masih lagi belum pulang.

Letih dengan sikap isterinya itu. Isterinya itu terlalu sosial. Berbeza ketika mereka bercinta dulu. Hana yang kini makin menjadi jadi.

Dia cintakan Hana? Dulu mungkin ya. Tetapi sekarang? Entahlah. Dia tiada jawapan untuk itu. Oleh sebab itu dia tidak kisah kemana saja Hana ingin pergi. Mungkinkah dia masih cintakan bekas isterinya ? Hmm.

Khairul bangkit dari pembaringannya lalu bergerak ke laci meja. Dia membuka laci tersebut. Tiba tiba dia ternampak satu botol ubat di dalam laci tersebut.

"Ubat ? Ubat sapa ni?" Khairul membelek ubat tersebut. Tiba tiba mukanya merah seperti menahan marah.

Ubat tersebut ialah pil perancang. Mungkin Hana yang mengambilnya.

"Patutlah sampai sekarang kitorang tak ada anak. Rupanya selama ini Hana ambil pil perancang. Hmm mati mati aku ingatkan kitorang tak ada rezeki lagi. Hana ni melampau." Marah Khairul.

Tiba tiba pintu bilik dibuka. Terjegul muka Hana. Hana datang mendekati Khairul lalu memeluk erat suaminya itu.

"Hai bie. Hows your day today? Okey tak?" Khairul masih diam tidak bergerak. Pelukan Hana tidak dibalas.

Hana yang perasan Khairul menjadi dingin terus meleraikan pelukannya.

"Kenapa ni Bie?" Tanya Hana.

Khairul tidak menjawab pertanyaan Hana, dia menunjukkan botol ubat tadi kepada Hana.

Muka Hana macam ayam berak kapur.
"Err Bie i boleh explain."

"U nak explain apa lagi hah?!" Tengking Khairul.

"Hmm i taknak anak lagi lah. I tak puas enjoy lagi. Lagipun kalau i pregnant nanti i akan jadi gemuk. Habis lah bodi i yang slim ni." Kata Hana dengan selamba.

Khairul sudah mengetap bibir . Geram dengan jawapan yang diberikan oleh Hana itu.

Sampai hati Hana tidak ingin zuriat. Sakit hati dengan Hana, Khairul terus bergerak keluar dari bilik tersebut.

"Huh! Gila. Dia ingat aku nak ke pregnant? Euuu taknak lah aku. Aku belum ready nak jadi mama. Nak jaga baby lagi ee lagi lah taknak!" Hana sudah mencebik. Pemergian Khairul dia tidak endah.

Letih melepak bersama kawannya tadi, terus dia membaringkan badan ke atas katil. Pasal Pil perancang itu langsung dia tidak kisah.


*****

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now