#PK73

39.5K 1.1K 29
                                    

"Amboi, kemain ye sayang layan Irfan tu?"

Aku yang baru sahaja menghantar pemergian Irfan dan Qalisya terkejut melihat Khairul sedang berdiri di depan pintu rumah dengan muka yang dingin. Aku memandangnya dengan senyuman.

"Ya Allah, abang tu yang kenapa? Ish.. Diorang tu kan tetamu kita. Abang pulak buat perangai." Kataku sambil masuk kedalam rumah. Khairul mengikut jejak langkah ku dibelakang.

"Bila abang buat perangai? Ish takkan sayang tak faham lagi yang abang ni cemburu. C.E.M.B.U.R.U." Aku berpaling menghadap Khairul.

"Abang! Please lah. Cukuplah haritu abang taknak cakap dengan Sya 3hari hanya disebabkan abang irfan. Abang nak cemburukan apa? Sya dah khawin dengan abang. Dah ada anak 3 pun." Malas aku melayan cemburu Khairul yang tidak menempat itu. Aku terus mendaki naik ke bilik.

"Sya, abang tak habis cakap lagi! Sya tahu kenapa abang cemburu? Sebab dia tu first love Sya! Dia orang pertama yang bertapak dalam hati Sya!" Jerit Khairul. Aku berhenti seketika di tangga dan berpaling menghadapnya.

"Ya dia memang first love Sya. Tapi tu semua dulu. D.U.L.U ! Faham tak? Sejak Sya tahu dia dengan Kak Mas , dia dah terhapus dalam hati Sya! Takkan abang tak nampak lagi yang sekarang ni Sya sayang kan abang? Hanya abang dalam hati Sya. Penting sangat ke first love tu? Kalau macam tu Sya pun boleh cemburu sama. Hana orang yang first dalam hati abang! Dia juga pernah jadi isteri abang. Abang tahu tak betapa terluka nya Sya bila sya bayangkan abang tidur sama sama dengan Hana. Jalani hidup sebagai suami isteri dengan dia. Pernah abang tahu? Tak kan?! So please, jangan pernah nak mengungkit pasal first love bagai." Aku terus melangkah masuk kedalam bilik. Airmataku mengalir laju. Entahlah. Aku semakin sensitif bila isu First love dibangkitkan.


Khairul sudah terkedu di bawah. Lantak dia lah!



****

Dari tadi lagi, Khairul tidak masuk ke dalam bilik. Lantak dia lah. Aku malas nak ambil tahu. Sakit dihati masih terasa.

Tiba tiba aku ternampak kotak. Kotak lama yang menyimpan seribu memori. Aku memanjat untuk mengambil kotak tersebut.


Aku membuka kotak itu. Dah lama aku tak buka kotak ini. Habuk di kotak itu aku sapu lalu membuka nya.

Aku tersenyum sebaik sahaja membuka kotak tersebut ada sepucuk surat. Ada gambar waktu zaman sekolah. Majalah sekolah. Sapu tangan. Semua itu adalah barangan daripada Irfan. Yaaa. Irfan. Aku membelek majalah lama. Gambar irfan yang aku bulatkan aku tenung.

'Masih sama macam dulu.'

Tiba tiba pintu bilik di buka,cepat cepat aku menyimpan kembali kotak itu.

Khairul masuk kedalam bilik dan terus ke bilik air.

"Hmm marahkan aku lagi lah tu. Dia ingat dia ja boleh marah.." Gumam aku.

***

Dah start gaduh dah. Haihhhhhhhhhh. Btw, malam ni lambat sikit nahh sis update sebab nak tolong adik bt kerja sekolah. Hehe oke bai

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now