Khairul duduk termenung di beranda rumah. Kedengaran pintu bilik dibuka oleh seseorang. Tak perlu tengok kerana dia sudah tahu siapa gerangan tersebut. Siapa lagi kalau bukan Hana, isterinya.
"Bie, u buat apa termenung dekat luar tu ?" Soal Hana. Pelik.. Sejak dari kejadian tempoh hari, Hana langsung tidak bercakap dengannya.
Khairul buat tidak endah saja dengan pertanyaan Hana itu. Dia terbayangkan wajah Syafiha pagi tadi. Sungguh dia terkejut. 3tahun sudah dia tidak berjumpa dengan wajah itu. Makin cantik. Ya dia akui. Dia rindukan Syafiha. Namun sakit dihatinya masih terasa.
Tapi, hatinya sungguh tidak tenang apabila membayangkan betapa rapat nya hubungan Aizam dengan Syafiha.
'Diorang ada apa apa ke?' Soal Khairul dalam hati.
'Hish tak kot. Aizam kan dah khawin.' Monolog dalam hati.
Matanya tadi tidak lepas dari memandang Syafiha. Mungkin kah dia masih mencintai gadis itu? Mungkin kah Syafiha masih ada dalam hatinya? Bayangan Syafiha serta merta hilang apabila dia terasa ada tangan yang melingkar di dadanya. Hana memeluknya dari belakang.
"Bie, i miss you lah. Hmm i mintak maaf okey pasal tu. U jangan lah macam ni. I terseksa tau bila u buat tak layan dengan i." Ucap Hana dengan manja.
Khairul mengalihkan badannya lalu menghadap Hana yang sedang membuat muka kiut. Dia melemparkan senyuman kepada isterinya itu.
"Okey. I maafkan u. Janji u takkan buat lagi? Hmm?" Hana mengangguk kan kepalanya. Kemudian Khairul membawa Hana dalam pelukannya. Bayangan Syafiha cuba diusir.
****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...