#PK58

43.5K 1.3K 21
                                    

Khairul cuba membuka plastik hitam yang menutup muka jenazah itu.

Dan..




Alangkah terkejutnya dia..







Melihat...






Bukan Syafiha! Ya bukan syafiha. Tetapi seorang lelaki. Khairul menarik nafas lega. Tapi, dimana Syafiha?

Khairul kembali mendekati ayahnya. "Syafiha mana? Isteri khai mana ayah?" Soal Khairul.

"Sya di hospital. Keadaan dia kritikal. Dia banyak kehilangan darah." Kata Ayah khairul. Sejurus selepas itu, Khairul terus bergegas ke hospital.






***

Tiba di hospital dia melihat Atie dan ibunya, Mak Kiah serta anak anaknya turut sama ada. Sedang menunggu di depan bilik kecemasan.

Khairul mendekati ibunya. "Ibu Sya macam mana?"

"InshaAllah dia tak apa apa. Ibu tahu menantu ibu kuat.. Sama sama kita doakan dia." Kata puan Isma seraya cuba menenangkan anak nya itu.

Kemudian doktor keluar dari bilik itu, Khairul bergegas menghampiri doktor tersebut.

"Doktor? Macam mana keadaan isteri saya?" Soal Khairul risau.

"Puan Syafiha kini dah stabil. Di belakangnya ada tertusuk kaca. Tapi kami dah berjaya keluarkan kaca tersebut. Hmmm cumaa..." Doktor itu sudah menundukkan wajahnya.



"Cuma apa doktor? ?" Kali ini suara Khairul sedikit meninggi.



"Maafkan kami Encik, kandungan Puan Syafiha kami tidak dapat selamatkan. Saya harap encik dapat bersabar." Ucap doktor tersebut lalu mengusap bahu Khairul menasihatinya supaya bersabar .

'Syafiha mengandung? Kenapa aku tak tahu? Ya Allah.. Anak aku..'
Khairul masih lagi tidak percaya dengan berita yang didengarinya itu.




"Khai.. Sabar khai.. Mungkin bukan rezeki Khai dan Sya.." Puan Isma cuba menenangkan anaknya itu.

Khairul meraup mukanya dengan kedua tanganya.

"Emm boleh saya jumpa isteri saya doktor?" Soal Khairul.

"Boleh.. Tapi buat masa sekarang hanya dibenarkan seorang dua saja yang boleh melawat Puan Syafiha.."

Khairul kemudian masuk ke wad yang menempatkan isterinya itu.

Sebak dia melihat keadaan isterinya. Dengan bibirnya pcah. Terdapat kesan calar di lengan isterinya. Airmatanya gugur lagi.

Khairul duduk disebelah isterinya. Tangan isterinya dicapai.

"Sayang.."

"Maafkan abang.."

"Abang tak dapat nak jaga sayang dengan baik.."

"Abang tak dapat nak selamatkan anak kita.. Maafkan abang.."


"Waktu abang dengar jeritan sayang tu, abang takut sangat.. Abang takut abang kehilangan sayang."

Khairul tidak dapat meneruskan kata, dia sebak. Airmatanya mengalir tanpa henti.

"Kalau boleh, abang nak tukar dengan sayang. Biar abang yang lalui semua ni.."


"Abang tak sanggul melihat sayang terlantar dekat sini.."

"Cepat sedar ye sayang.. Abang rindu.." Sejurus itu Khairul mencium dahi isterinya itu.









***

Nanti sis update lain. Nak kemas rumah ni. Bye. Hahahahahaha

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now