#PK11

83.5K 2.7K 21
                                    

"Sya , masuk bilik saya kejap." Encik Haziq, boss aku merangkap sepupu Atie memanggil aku untuk masuk ke biliknya.

Kerja yang aku lakukan tadi, aku hentikan terlebih dahulu. Buku nota dan telefon aku capai lalu masuk kedalam bilik Encik Haziq. Sebelum masuk aku ketuk dahulu pintu biliknya.

"Masuk!" Arahnya.

"Ye Encik Haziq. Ada apa Encik panggil saya?" Aku berdiri didepannya.

"Sya, jemput duduk dulu." Aku kemudian duduk dihadapannya. Sedia untuk mendengar arahannya.

"Sya, mulai dari hari ini awak dah tak kerja dengan saya. Awak akan.."

Belum sempat Encik Haziq habis bercakap, aku sudah memotong percakapannya.

"Kenapa Encik Haziq? Kerja saya tak bagus ke? Kalau ada salah saya akan betulkan ? Jangan pecat saya. Anak saya dekat rumah macam mana?" Bertalu talu soalan aku lontarkan padanya. Sungguh aku takut dia ingin memecat aku. Yang aku fikir sekarang adalah anakku, Syafiq. Macam mana nasibnya nanti kalau aku sudah tidak berkerja. Takkan aku ingin menyusahkan Atie selamanya.

"Hahahaa Sya, rileks boleh tak. Saya tak habis cakap lagi." Encik Haziq sudah bergelak sakan.

'Laa pehai bos aku ni gelak sakan.' Muka ku sudah berkerut.

"Sya, saya kata awak takkan berkerja dengan saya dah bukan maksudnya saya akan berhentikan awak. Tapi, awak akan bekerja dengan adik saya. Saya akan bekerja di cawangan di Johor. Jadi , adik saya akan gantikan saya disini. Haha kelakar lah awak ni Sya." Aku terus menarik nafas lega. Namun aku juga turut malu dek kerana soalan aku yang bertubi tubi tadi.

Aku menunduk tanda faham.

"Haa sebut pasal adik saya.. Panjang umur . Tu pun dia."

Aku terus mengangkat kepala ku.
Bau haruman Ralph Lauren menusuk hidung ku.

'Wanginya ya Allah.'

Tanpa menunggu lama, aku terus kalih ke belakang.

Dia?!

Mulut aku dan dia turut sama terlopong.

Dia?! ..... Aku akan bekerja dengan dia???????


****

Jeng jeng jeng.. Sape tu? Hahahahahahahahahahahaha

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now