#PK17

83.6K 2.7K 58
                                    

Khairul

Hari ni nak tak nak terpaksa lah aku join family dinner. Sejak dari peristiwa pil perancang tu, aku dan Hana semakin dingin. Dia juga tidak mencuba untuk bercakap dengan aku. Ah! Lantak lah.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku undur diri dari makan malam pada malam ni kerana Shahrul dan keluarganya turut serta. Berkemungkinan aku akan berjumpa dengan Syafiha. Hmm.

Ting! Tong! Loceng rumah ditekan. Nampaknya Shahrul dan isterinya dah sampai.

Aku menarik nafas panjang. Cuba untuk mengawal riak muka sekiranya bertembung dengan mereka.

Aku melihat ibu dengan senang hatinya membuka pintu rumah. Aku masih di ruang tamu. Hanya mendengar gelak ketawa mereka. Entah apalah yang seronok tu. Haih!

Tiba tiba , kelibat Shahrul yang sedang mendukung bayi masuk ke ruang tamu. Dibelakangnya ada seorang perempuan. Sepertinya aku kenal dengan perempuan tersebut. Kemudian ibu dan siti juga turut ada di belakang mereka.

Persoalannya kini, mana Syafiha? Bukan ke Syafiha berkhawin dengan shahrul?

"Err abang, bagi Iman ni dekat Atie, biar Atie pegang." Perempuan tersebut mengambil bayi yang dikendong oleh Shahrul itu.

Shahrul mendekati ku. Dia menghulurkan tangannya. Dengan teragak agak aku menyambut huluran tangannya. Kemudian Shahrul membawa aku dalam pelukan. Pelukannya itu tidak dibalas oleh ku. Mungkin aku masih berdendam.

"Hmm dah dah. Jum kita makan. Ayah dah turun dah tu." Kata kata ibu memberhentikan perbuatan kami itu tadi. Kami semua bergerak ke dapur.

Namun aku masih tertanya tanya. Syafiha bukan isteri Shahrul? Jadi diorang tak khawin? Ish. Malas aku fikir pasal ni. Em lantak lah.



****

Ting !tong!

"Sape tu bang? Hmm pergi lah buka kejap. Sya sibuk ni." Khairul bergerak ke pintu rumah.

Sebaik sahaja dia membuka pintu , terjegul muka pengantin tak jadinya.

"Khai! I miss you..." Hana terus memeluk Khairul.

Khairul meleraikan pelukan Hana itu. Hana sudah menarik muncung panjang.

"U buat apa kat sini?" Tanya Khairul dingin.

"I rindu u lah. U tak rindu i ke?" Soal Hana pula.

"Hana, i dah khawin lah. Please go away." Khairul menunjukkan cincin khawinnya kepada Hana.

"Alaaa, i masih sayangkan u." Hana bermain jari di dada bidang Khairul.

"Look! U tinggal kan i waktu nak khawin dulu. And now u kata u sayang i? Huh sayang apa macam tu. Dah lah Hana, i dah khawin and i dah bahagia dengan isteri i." Ucap Khairul.

"Sapa isteri u tu?" Soal Hana tidak puashati.

"Aku isteri dia." Tiba tiba Syafiha datang menghampiri mereka.

"What? Kau? Perempuan ni isteri u khai?" Soal Hana terkejut.

Khairul memeluk pinggang Syafiha. "Yup, this is my wife. My lovely wife. Dah lah Hana, i dah bahagia dengan dia." Ucap Khairul lalu mengucup lembut pipi Syafiha didepan hana.

Hana yang sakit hati melihat Khairul dan Syafiha itu terus pergi dari situ.

"Abang.. Em betul ke abang dah takde feeling dekat Hana tu?" Syafiha sebenarnya takut. Takut suaminya beralih pada cinta pertamanya.

Khairul yang mengerti dengan perasaan Syafiha itu terus membawa isterinya dalam pelukan.

"Ye sayang. Abang hanya cintakan Syafiha je. Hana dah lama mati dalam hidup abang. I love you to the moon and never comeback." Ucap Khairul dengan tulus ikhlas.

Syafiha membalas pelukan Khairul itu. "Terima kasih abang. Abang janji tau. Abang jangan tinggalkan Sya."

"Ye. Abang janji.. Abang takkan tinggalkan Sya."


'Awak mungkir janji Khai. Awak tinggalkan saya. Awak buang saya dalam hidup awak.'

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now