Dua hari aku ditahan di hospital dan hari ini aku dibenarkan keluar dari hospital.
Bermula lah kisah hidup aku yang baru. Aku takkan lemah lagi.
"Sya. Awak dah siap ke?" Shahrul masuk kedalam wad. Dia sedang mengendong Syafiq yang sedang nyenyak tidur itu.
Aku hanya tersenyum melihat Shahrul mengendong Syafiq. Tiba tiba satu perasaan sebak menyelinap dalam diri.
Kalau lah sekarang ni Khairul yang mengendong Syafiq.. Mesti comel kan?
Taknak Shahrul perasan dengan perasaan sebak yang hadir aku cepat cepat mengajaknya pergi.
Ketika dalam perjalanan ke tempat parkir kereta, kami terserempak dengan bekas suami aku.
Namun aku buat buat tak nampak. Mujur dia tidak menegur kami.
****
"Hish . Kalau bukan pasal Siti. Takdenya aku nak jejak kaki kat sini. Pastu boleh pulak bertembung dengan diorang." Ketika itu Khairul sudah masuk kedalam keretanya. Tangannya menghentak kuat stereng kereta.
Damn!
"Kau kena lupakan dia Khai. Dia bukan isteri kau dah. Dan dia juga bukan lagi sahabat karib kau."
***
"Sya. Lepas kau habis pantang ni, kau pergi interview dekat pejabat sepupu aku tau? Aku dah bagitahu dia." Ujar Atie.
Selama tempoh berpantang ni, aku diminta duduk bersama dengan mama Atie. Orang tua nya sudah menganggap aku sebagai anak mereka memandangkan Atie satu satunya anak tunggal mereka.
Bekas ibu mertuaku ada mengajak aku untuk berpantang dirumahnya, namun bila difikirkan balik tentang hubungan aku dengan anaknya membantutkan aku untuk tinggal disana.
"Okey tie. Thanks. Kau dah banyak tolong aku. Terima kasih sangat sangat. Aku tak tahu macam mana nak balas semua ni."
Atie hanya tersenyum kepadaku.
"Sya, kan aku dah cakap. Kau tak payah nak terima kasih dengan aku. Aku sayang kau. Kau kan sahabat aku dunia akhirat. Selagi aku masih hidup kau jangan risau Sya. Aku akan jaga kau dengan Syafiq ." Ucap Atie lalu memeluk ku.
"Haa, kau dengan Shah bila nak bertunang?" Tanya ku sebaik sahaja pelukan dileraikan.
Muka Atie sudah merah . Mungkin malu denganku.
"Hmm nanti lepas semua ni selesai." Jawab Atie. Aku bersyukur sangat akhirnya Atie dengan Shahrul akan bersama. Dari dulu lagi dia syak mereka berdua ada hubungan.
"Assalamualaikum putera umi. Akhirnya umi dapat juga tengok putera umi ni. Janji dengan umi ye, jadi ana yang soleh. Jangan tinggalkan umi macam walid tinggalkan umi ye Syafiq."
Sebak. Tiba tiba peristiwa yang lalu kembali bermain di fikiran aku.
"Sebelum kau aku halau pergi dari rumah ni. Aku akan pastikan pernikahan aku dengan Hana akan berlaku depan mata kau. " Khairul memegang tangan Hana.
Syafiha sudah jatuh terduduk. Manakala Shahrul cuba menenangkan kakak iparnya itu.
"Abang. Sya tak salah! Semua ni fitnah bang. Abang.. Jangan khawin dengan Hana. Jangan bang." Rayu Syafiha. Dia memegang kaki suaminya itu.
Namun Khairul menyepak Syafiha yang berpaut di kakinya itu.
Terlejepok Syafiha dilantai.
"Kau perempuan jalang! Kau patut bersyukur aku tak ceraikan kau. Aku akan pastikan kau merana. Akubdah tekad! Aku akan berkhawin dengan Hana dan kau akan saksikan sendiri aku berkhawin dengan Hana."
Hana di sebelah Khairul sudah tersenyum sinis.
"Abang , kalau abang tak percaya abang boleh tanya Mak kiah bang. Dia ada . Mak kiah! Mak kiah! Mak kiah cerita dekat Khai Mak Kiah saya tak bersalah." Syafiha bagaikan orang gila memohon Mak Kiah supaya menceritakan hal sebenar kepada Khairul.
Mak kiah sudah takut. Dia memandang Khairul dan Hana. Hana memandangnya dengan tajam.
"Hmm betul Tuan."
Syafiha sudah tersenyum. Namun senyuman nya kembali mati.
"Betul Tuan, puan Syafiha dia dia ada hubungan dengan Tuan Shah. Mereka selalu bersama. Tiap kali Tuan takde, diorang akan bersama. Mak Kiah dah tak sanggup nak terlibat dalam hal ni. Dia ugut Mak Kiah , kalau Mak Kiah bagitahu Tuan, Mak Kiah akan dibuang kerja. Mak Kiah takut. Sebab tu mak Kiah tak bagitahu." Mak kiah sudah menunduk.
Syafiha bagaikan tidak percaya kata kata yang keluar dari mulut Mak Kiah.
"Ya Allah Mak Kiah.. Saya tak buat semua tu. Mak Kiah tolong ceritakan hal sebenar. Tolong lah Mak Kiah.." Syafiha sudah mengoncang badan Mak Kiah merayu nya supaya menceritakan hal sebenar.
Khairul yang bengang dengan apa yang didengarnya terus menuju ke arah Syafiha lalu menampar pipi isterinya itu.
Darah sudah mengalir dipipi Syafiha.
"Kau! Kau memang perempuan murahan! Jalang! Pelacur ! Perempuan tak guna! Aku menyesal ambil kau jadi isteri aku! Kau bukan sahabat aku . Cukup Syafiha ! Aku dah masak dengan perangai kau. Elok saja lepas majlis khawin aku , aku nak kau berambus dari sini." Marah sungguh Khairul ketika itu.
Tidak sempat Shahrul ingin menerangkan perkara sebenar, dia sudah terkulai layu. Teruk dikerjakan oleh Khairul.
Seminggu kemudian, majlis perkhawinan Khairul dan Hana berlangsung.
Airmata Syafiha mengalir tanpa henti. Khairul tidak mempercayainya. Puas dia membela dirinya bahawa dia difitnah, namun pembelaan nya tidak dipercayai oleh suaminya.
Suaminya kini sudah sah berkhawin dengan Hana.
Sakit terlukanya hati si isteri melihat sang suami berkhawin lain didepan mata sendiri.
Selepas sahaja majlis perkhawinan itu tamat, Syafiha terus dihalau dari rumah tersebut. Dia bagaikan anjing kurap yang dibuang. Hina sekali dia dimata Khairul.
Namun apakan daya . Hidup perlu diteruskan. Terus nombor telefon Atie didail. Hanya disitu saja tempat dia mampu pergi.
Aku menyeka airmata yang tadinya mengalir.
"Umi akan kuat Syaf. Umi takkan biarkan diorang menang lagi. Umi janji dengan Syaf." Ucapku lalu mengucup dahi anakku yang sedang nyenyak tidur itu.
Ya. Demi anak aku. Aku harus teruskan hidup. Janji Allah itu pasti. Sesungguhnya doa orang teranainya itu dimakbulkan oleh-Nya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
