#PK82

49.8K 1.3K 44
                                        



Aku bangun dari tidur.. Kepalaku terasa sakit. Mungkin kerana aku menangis semalam. Aku kalih sebelah, Khairul tiada di sebelahku.

Aku melihat jam "Ya Allah, dah pukul 8pagi! Subuh aku terlepas. Anak anak aku?" Cepat cepat aku bangun dari tempat tidur dan menuju ke bilik anak aku.

Belum sempat aku sampai di bilik si kembar dan Syafiq, aku terdengar bunyi riuh rendah di bawah.

Aku segera bergerak ke bawah. Kelihatan anak anak sedang bermain di ruang tamu. Syafiq, Syakir, Syifa. Ketiga tiga anak aku sedang bermain dan menonton tv. Kemudian baru aku perasan Mak Kiah sedang mengemas rumah.

"Hmm walid mana?" Soalku seraya mendekati anak anak ku.

"Walid keluar tadi.." Jawab si Syafiq.

Keluar? Pergi mana? Kenapa dia tak bagitahu aku? Aku biarkan saja persoalan itu bermain didalam fikiran ku. Taknak anak anak syak yang bukan bukan.


Aku kemudian bergerak naik ke bilik untuk mandi.



Selesai sahaja mandi, aku melihat telefon ku, takut takut Khairul ada menghubungi ku. Tapi tiada.

Hmm . Aku mengeluh lemah.

Kemudian telefonku berdering minta diangkat.

Irfan.

"Hello.."

"Hello Sya.. Sya.. Boleh abang jumpa dengan Sya kejap.."

Aku diam. Berkira kira sama ada ingin berjumpa dengannya atau tidak.

"Err em boleh. Bila?" Aku juga harus berjumpa dengannya. Aku harus bicara pada Irfan tentang intan dan suami aku.


Sebaik sahaja Irfan memberitahu lokasi nya, aku bersiap siap untuk keluar.




***





Tiba di tempat yang dijanjikan, aku melilau mencari kelibat Irfan. Kemudian aku ternampak satu tangan yang melambai ke arahku. Ya itu Irfan.

Sebaik sahaja aku duduk , dia menyuruh aku membuat pesanan dahulu.

Sebenarnya aku rasa bersalah jugak ni kerana keluar tanpa izin Khairul, namun entahlah. Aku pun terasa hati dengan dia. Tambah pula bila tahu hubungannya dengan Intan.



"Err.. Ada apa ek Abang nak jumpa Sya.." Soalku sebaik sahaja selesai membuat pesanan.

"Emm Sya.. Okey ke?" Irfan mengubah topik perbualan.

"Hmm okey. Okey. Kenapa?"

"Abang tengok muka Sya pucat je ni.. Mata sembab. Are you crying ?"

Kantoi ah!

Aku memegang mataku. Eh eh nampak sangat ke aku baru lepas nangis?

"Ehh mana ada Sya nangis. Sya okey je lah.." Bohongku.

"Sya gaduh dengan Khai ke?" Soalnya lagi.

Bila sebut pasal Khairul, aku jadi tak kuat. Tiba tiba airmata aku mengalir. Aihh sensitif gila sekarang ni.

"Hey sya, kenapa nangis ni..." Irfan sudah mulai risau.


"Abang tahu tak Khai ada hubungan dengan Intan?" Soalku dengan tangisan yang masih bersisa.

Muka Irfan jelas terkejut kemudian dia berlagak biasa.

"Hish mana Sya tahu diorang ada hubungan.."

"Sya tahu lah abang.. Khai hari hari main fone.. Haritu Sya nampak Intan call dia siap mesej dia kata nak jumpa.. Abang, sya ni tak layak ke nak bahagia?" Soalku. Oh god! Airmatani laju jaaa mengalir.


"Syaaa.. Emm sya mungkin salah faham kot.. Takkan lah Khai nak duakan Sya.." Pujuk Irfan.

Ugh! Kenapa dia bela Khairul ni?

"Abang kata Sya salah faham? Now you tell me! Apa motif dia call mesej suami orang malam malam buta? Now tell me!" Aku tidak dapat menahan amarah ku. Damn! Hormon ni tak setabil betul.

Aku bangun dari meja itu lalu ingin pergi. Sakit hati aku. Tak siapa paham jiwa aku.



Baru sahaja aku ingin melangkah pergi, entah bagaimana kepala ku sakit lalu aku rebah dan tidak sedarkan diri.









****





Aku membuka mataku. Aku dekat mana? Kemudian aku nampak Irfan sedang bercakap dengan seorang perempuan.

Bau ubat.. Mungkin aku di hospital.

Aku cuba untuk bangun. Tetapi sakit dikepala membantutkan pergerakkanku.


"Err Saya kat mana ni..?" Soalku ingin kan kepastian.

"Puan Sya.. Puan di hospital sekarang ni. Saya nasihatkan puan jangan banyak bergerak.. Kandungan puan masih lemah." Kata si perempuan.

Aku memandang Irfan kemudian memandang doktor itu selang seli.

"Me..mengan..dung?" Soalku tidak percaya.

Doktor itu mengangguk sambil tersenyum kepadaku.

"Ya puan mengandung. Sudah masuk 5minggu kandungan puan.."

Aku menundukkan wajahku. Dalam hati aku bersyukur kerana dikurniakan lagi cahaya mata. Tapi, bila mengenangkan Khairul..

Ya.. Khairul..

Sebaik sahaja doktor itu pergi, aku memandang Irfan yang duduk disebelahku dengan pandangan yang sayu.

"Sya..sya mengandung?.." Airmata aku tahan mengalir lagi.

Irfan tersenyum padaku.

"Ya.. Sya mengandung. Congrats Sya.. Abang dah call Khai.. Kejap lagi dia sampai.."

Baru sahaja sebut, Khairul pun tiba.

Risau sungguh melihat riak wajah Khairul itu.

Baru sahaja aku terharu melihat wajah risau dia itu, tapi senyumanku tiba tiba mati sebaik sahaja aku melihat Intan dibelakangnya.

"Sayang.. sayang okey?" Soal Khairul risau. Dia sudah mengambil tempat Irfan tadi.


Aku rasa sedih. Kecewa.

"Abang.."
Panggilku.

"Ye sayang.." Khairul sudah memegang kedua tanganku.

"Ceraikan Sya.."


Pegangan tanganku sudah dilepaskan. Khairul , Irfan dan Intan sungguh terkejut dengan kata kataku itu.

Melopong mulut mereka bertiga..

Dan airmataku mengalir.

***

Nah. Huhu jangan lah kecam Khairul gais . 😭

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang