"Fiq, cepat. Abah dah lama tunggu tu." Aku menyuruh Syafiq bersiap cepat. Syafiq masih lagi ralit menonton televisyen. Aku memakainya bedak dan menyapu minyak yuyi cap limau.
"Assalamualaikum." Bunyi orang memberi salam.
"Haa abah dah datang dah. Ish Fiq ni kan umi suruh siap cepat." Mujur waktu tu aku sudah bersiap. Aku cuma mengenakan jubah biasa saja.
Aku mengambil beg tanganku dan membawa Syafiq ke pintu rumah. Malam ini aku akan kerumah keluarga Aizam kerana ada sambutan birthday adik bongsunya, Sofia.
"Sorry Ai lama tunggu. Ni fiq ni buat perangai haa. Taknak siap siap. Sibuk duk tengok upin ipin haa." Ujarku.
Dia hanya tersenyum kepadanya tanda 'takpe' . Baru aku perasan, malam ni Aizam nampak kacak sangat. Eh kejap! Baju kitorang sedondon kot. Uish Syafiha, behave!Beberapa minit perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah Aizam. Besar. Macam istana. Kan aku dah bagitahu Aizam ni kaya nokharommmm.
Takut pulak rasa. Em apa kata keluarga dia kan? Aku bukan siapa siapa. Kalau bukan Atie ada sama, taknak aku join.
"Jom Sya.. Fiq mai dengan Abah. Fiq nak jumpa nenek dengan tokwan tak?" Syafiq sudah pergi kepada Aizam.
"Nak! Nak!" Jerit Syafiq keriangan. Geleng kepala aku dengan kaletah anak aku tu.
Tiba tiba mataku terpaku ke arah satu pasangan.
Khairul dan Hana !
Buat apa diorang dekat sini? Hmm mesti lah Aizam ajak kan? Sebab Khairul tu bestfriend dia.
Belum sempat aku menoleh ke arah lain, Khairul memandang ke arah ku dan Aizam. Renungannya kini bukan lagi renungan yang penuh kebencian tapi penuh dengan penyesalan. Hmm betul ke dia menyesal? Entahlah.
Aku cepat cepat mengajak Syafiq dan Aizam masuk. Sebaik sahaja tiba di pintu utama, kelihatan semua mata tertumpu pada kami. Pandangan mereka membuatkan aku kekok. Tiba tiba datang seorang wanita dalam baya baya ibu mertuaku datang menghampiriku lalu memelukku.
"Ya Allah, akhirnya mummy dapat jumpa juga dengan Syafiha.."
"Zam selalu cerita pasal Syafiha.." Sambungnya lagi.
Aku masih termanggu sendiri. Aku memandang Aizam dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Dia hanya mengangkat bahu sambil tersenyum.
Aizam! Kau memang nak kena!
Sebaik sahaja pelukan dileraikan , wanita itu memeluk Syafiq pula. Rengek si anak apabila pipinya dicium bertalu talu oleh wanita itu.
"Sya, ni mummy Ai. Datin Seri Rafidah." Ish Aizam ni. Baru nak perkenalkan ? Buat malu aku ja tadi.
"Apa khabar datin?" Aku bersalam tangan wanita yang memelukku tadi.
"Ish apa pulak datin. Panggil mummy ja. Dan fiq boleh panggil nenek." Katanya lalu mencubit geram pipi Syafiq. Aku tahulah anak aku comel.
Tiba tiba deheman dibelakang memberhentikan drama yang sedang berlangsung.
"Hai auntie." Hana menolak tubuhku ditepi lalu mencium mummy Aizam.
Bukan nak kata, tapi muka mummy Aizma memang macam annoying je bila Hana peluk cium dia.
Tiba tiba aku terasa ada seseorang berdiri disebelah kiri ku. Aku kalih ke sebelah dan melihat khairul sedang memandang ku.
Mujur Syafiq tiada disitu. Dia dibawa oleh adik Aizam, Sofia ke belakang rumah.
"Hai Sya." Ucap nya . Aku diam tidak membalas sapaanya.
"Hmm jumplah kita pergi belakang. Semua dah tunggu haa majlis dah nak start." Ujar mummy Aizam. Sebelum dia melangkah pergi sempat dia memaut tanganku mengajak kebelakang sama.
Aku memandang Aizam dengan wajah yang blur . Dia membuat gerakan mulut. "Mummy o-k-e-y ! J-a-n-g-a-n r-i-s-a-u !" Sambil mengangkat jari tanda okey.
Aku menurut saja.
*******
Tidak lama kemudian, Atie pun tiba dengan Shahrul. Aku mengambil anaknya yang dalam pangkuannya itu.
"Hai iman.. Alolo makin tembam ye iman ni.." Kata ku sambil bermain dengan anak si Atie.
"Sya, along ada sini eh?" Tanya Shahrul. Aku hanya mengangguk.
"Hm shah. Dia kata dia dah tahu semuanya." Sambungku.
Melopong mulut Shahrul dan Atie ketika itu."What? Dia dah tahu? Hmm baguslah. Sekarang dia ada nak mintak maaf dengan kau ke?" Tanya Atie pula.
"Hmm entahlah. Tapi aku dah bagitahu Syafiq siapa walid dia." Atie dan Shahrul mengangguk tanda faham.
Kemudian Aizam datang menghampiri kami.
"Ehem! Sembang apa ni tak ajak? Woahh baby Iman pun ada. Meh sini meh." Aizam mengambil Iman dalam pangkuanku.
"Ya Allah.. Seronoknya tengok kalau kamu berdua ni, dah macam suami isteri dah.. Hmm cepat cepat lah khawin Sya Zam.. Pastu dekong anak sendiri macam tu." Kata Mummy Aizam yang lalu ditempat itu.
Kami semua diam terkelu.Kebetulan waktu tu Khairul turut sama ada dekat situ. Aku perasan riak mukanya berubah.hmm lantak dia lah!
Kemudian aku meminta diri untuk ke bilik air.
Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, aku melihat Khairul sedang menyandar di dinding. Aku pura pura tidak perasan kehadirannya.
"Sya!" Panggilnya. Namun aku tidak menyahut. Dia menarik tanganku membuatkan aku berhenti.
"Hey! Lepaslah. Bukan muhrim." Kataku. "Hmm kau nak apa?" Kan dah berubah panggilan ku.
Dia menunduk seketika sebelum memandangku."Abang rindu..." Katanya. Aku diam tidak terkutik. Sikit pun aku tak cair dengan perkataan rindunya itu. Hakikatnya aku juga merindukan dia.
"A..abang.. Abang minta maaf sya. Abang tahu abang tak layak dapat kemaafan Sya tapi abang mohon Sya maafkanlah abang. Bagi abang betulkan balik salah abang. Abang bodoh Sya, abang tak percayakan Sya.. Abang nak Sya jadi isteri abang balik. Please Sya. Abang masih sayang cintakan Sya.. Syafiq perlukan ayah dia Sya.." Aku memandangnya dengan penuh amarah.
"Huh! Senang nya kau cakap. Habis madu sepah dibuang. Walaupun luka dihati ni dah takde. Tapi parutnya masih ada Khai. Waktu tu aku merayu bagai nak mati dengan kau. Aku pertahankan hak aku. Aku kata aku tak salah. Tapi kau? Langsung tak dengar kata aku. Malah kau boleh buat keputusan nak khawin dengan Hana. Haha kenapa aku bodoh sangat tolong gantikan tempat Hana kalau akhrnya dia juga yang akan kembali. Kau nak aku jadi isteri kau? Perempuan jalang ni ke Khai? Kau tak malu ke nak peristerikan perempuan murahan macam aku ni? Yang goda semua lelaki. Sanggup ke kau nak tanggung dosa aku yang duk buat maksiat dengan laki lain? Hah? Syafiq? Syafiq anak kau ke? Bukan kau kata Syafiq tu anak haram ke? So please kau jangan nak mengaku tu anak kau." Habis semua amarah aku lontarkan padanya.
Airmata aku tahan. Aku tak ingin dia lihat aku lemah. Dia sudah terkedu. Ya.
"Sya.. Abang tahu salah abang. Abang salah sya. Tolonglah bagi abang peluang Sya.. Bagi abang peluang kedua tu.." Aku diam dah berlalu pergi.
Maaf Khai..
*****
![](https://img.wattpad.com/cover/68074576-288-k184245.jpg)
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...