"Hana , meh sini jap.. " syafiha memanggil Hana yang sedang asyik bercakap dengan kawannya itu. Sanggup si Syafiha ni pergi ke kelas 4sains4 semata mata ingin berjumpa dengan Hana.
"Err nak apa? Aku sibuk lah." Kata Hana. Dia kembali bercakap dengan kawannya itu. Syafiha merengus geram.
"Hish kau ni. Kejap lah." Syafiha sudah menarik tangan Hana untuk mengikutnya ke luar kelas.
"Ee lepaslah. Ha apadiaa?" Soal Hana tidak puas hati.
"Hmm ada orang suka kau. Hmm dia mintak nombor fone kau. Boleh tak?" Syafiha terus memberitahu hajatnya.
"Err.. Siapa? Hmm kau saje ni nak main main kan aku kan? Hmm malas lah." Baru sahaja Hana ingin masuk kembali ke dalam kelas, Syafiha kembali menarik tangan Hana.
"Khairul Azam. Kau kenal kan? Ya dia. Dia syok kat kau. Dia maluuu." Kata Syafiha.
Mulut Hana sudah melopong. "What? Abang Khai? Like srsly dia suka aku? Weh?!" Hana mengoyangkan badan Syafiha bagaikan tak percaya dengan kenyataan yang dibuat oleh Syafiha itu.
"Tapi.. Jap. Asal kau pulak yang tolong dia? Hmm?" Tambah Hana pelik.
"Err.. Entah. Adalah. Hmm . Tak sekarang ni kau nak bagi nombor fone kau ke tak?" Panas pula Syafiha bila Hana banyak soal ni.
"Haa nah nombor aku." Hana terus memberikan nombor telefonnya. Senyuman dibibirnya masih sama.
"Hmm okey. Aku gerak luh." Kata Syafiha sebelum pergi dari kelas 4sains4 . Sekarang ni dia hanya perlu memberi nombor telefon Hana kepada Khairul saja.
Sebut pasal Khairul, dia terlihat Khairul sedang berjalan dengan Irfan. Crush Syafiha. Haha
Pada mulanya Syafiha tidak jadi untuk memberikan nombor Hana kepada Khairul buat masa ini dek kerana ada irfan bersama kHairul. Namun , dia tetap harus memberanikan diri dia.
"Er..kha..abang khai." Sapa Syafiha.
Dia terpaksa memaniskan wajahnya kerana Irfan sedang memerhati gelagatnya itu. Syafiha tidak berani untuk memandang ke arah Irfan kerana dia tahu hati dia tak kuat."Er apa pasal kau cari aku?" Soal Khairul. Pelik dia tiba tiba saja Syafiha menegurnya dan memanggil dengan panggilan 'abang' . Selalunya dia akan bahasakan 'aku-kau'. Kemudian barulah Khairul faham, Irfan disebelahnya kan.
"Hmm ni ha. Ada org pesan suruh bagi. " syafiha menghulur sepucuk surat kepada Khairul.
"Em okeylah. Pergi dulu." Sebaik sahaja Khairul menyambut hulurannya, dia terus berlalu pergi.
"Tu bukan budak yang kena denda hari tu ka?" Soal Irfan.
Khairul yang sedang memandang surat yang diberi oleh Syafiha itu terus mengalihkan perhatiannya pada Irfan.
"Ha'aa dia lah." Jawab Khairul.
"Aik. Rapat pulak korang. Bukan ke dia anti dengan kau? Takdelah. Aku dengar orang duk cakap." Ujar Irfan.
Khairul sudah ketawa. "Mana ada rapat. Alaaa biasalah. Hmm dah lah weh. Jum masuk kelas." Khairul terus mengajak irfan kembali ke kelas.
***
Di kelas, Syafiha memegang jantung nya yang dari tadi berdegup tak henti henti.
"Maigadddddd hensemnyaaaaa dia. Dap dip dup dap dip dup .." Syafiha sudah membuat gaya ala ala jantungnya berdegup kencang. Tapi memang jantungnya tengah berdegup tak henti henti.
"Woi!" Sergah Atie.
"Astaghafirullahalazim. Terkejut lah ngok!" Marah Syafiha.
"Hahaha. Dah kau tu. Duk kenyih cam kerang busuk sensorang dah kenapa? Buang tabiat ke weh?" Soal Atie.
"Hehe. Tadi aku jumpa abang Irfan. Depan depan.." Kata Syafiha.
"Wahh? Serius weh? Gila lah! Pastu kau tegur dia tak?" Kata Atie seolah seolah makin berminat dengan cerita Syafiha.
"Hmm tak. Aku tak cakap dengan dia pun." Senyuman di bibir Syafiha sudah mati.
"Laaa asal tak cakap dengan dia? Rugiiiii woi!" Kata Atie lalu menepuk belakang Syafiha.
Syafiha menggosok badannya yang ditampar oleh atie tadi.
"Hmm aku maaaaaaluuuuuuu."
"Hek eh! Maluu? Hmm lantak kau lah." Kata atie lalu membuka buku MathMode dan kembali membuat latihan. Syafiha pula masih lagi termenung.
'Bila lah Sya boleh cakap dengan abang Ir..' desis Syafiha dalam hati. Kemudian dia juga turut sama membuka buku Mathmode dan membuat latihan yang di pesan oleh cikgu nya.
*****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...