Sedang asyik Khairul menyiapkan kerjanya, pintu bilik nya dibuka.
"Bie.." Hana bergerak mendekati Khairul yang sedang sibuk itu.
"Hmm u nak apa ? I sibuk lah." Khairul masih lagi fokus pada kerjanya.
Hana sudah duduk di sebelah Khairul. Tangannya mengusap lembut dada Khairul.
"Bie .. Jom lah lunch."
"Hmm u makan sorang jela ek? I busy lah." Khairul masih lagi khusyuk dengan kerjanya.
Hana sudah menarik muncung panjang. Dia yang tadi duduk terus bangun."Ee! Benci lah. Asyik busy ! Busy! Ajak lunch pun busy. Errr." Bentak Hana.
Khairul terus berhenti meneruskan kerjanya. Dia memandang isterinya itu. Untuk seketika baru dia perasan pakaian isterinya yang agak seksi itu.
"Hana, kenapa pakai macam ni? Kan i dah cakap jangan pakai macam ni. I tak suka." Serius saja muka Khairul.
"Alaaa, apa yang salah nya? I selesa lah pakai macam ni." Bela Hana.
"U isteri i. I tak suka orang lain tengok hak i."
"Hmm. Yela yela. Nanti i pakai yang panjang sikit." Hana masih lagi ingin memakai pakaian yang menjolok mata.
Hana yang geram dengan Khairul itu terus keluar dari bilik tersebut.
Menggeleng kepala Khairul dengan tingkah isterinya itu. Pernah juga ibunya menyuarakan ketidakpuas hatinya tentang pemakaian Hana, namun dia hanya buat tak endah.
'Pemakaian Sya lagi sejuk mata memandang. Dengan bertudung bagai. Cantik sangat.' Gumam Khairul.
Tiba tiba dia teringatkan Syafiha. Tersenyum sendiri Khairul membayangkan Syafiha.
'Apasal aku teringat kan dia?' Cepat cepat Khairul mengusir bayangan Syafiha.
"Pakai ja sopan. Tapi buat maksiat takda guna.Nak dibandingkan dengan Hana, jauh baik Hana.Betul lah orang kata, pakaian tidak melambangkan attitude someone.'"
"Yang pakai tudung tak semestinya baik. Nampak ja baik. Tapi ...hmm "
Benci sungguh dia dengan Syafiha.
Kalau lah Khairul tahu yang sebenar...
*******
"Hello Assalamualaikum Sya, boleh ayah nak jumpa Sya?"
"Err bila ayah nak jumpa?" Aku sedikit takut untuk berjumpa dengan bapa mertua ku setelah apa yang sudah berlaku.
"Hmm petang nanti boleh? Nanti ayah hantar alamat dekat Sya." Kata Ayah mertuaku.
"Oh oke. Kalau macam tu kita jumpa petang nanti lah." Kataku sebelum menamatkan perbualan kami.
Petang itu, ditempat yang dijanjikan aku pergi menemui bapa mertuaku.
"Assalamualaikum Ayah." Sapa aku lalu menghulur tangan untuk bersalam dengannya.
"Waalaikummussalam." Jawabnya. Namun tiba tiba matanya terpaku pada perutku. Mukanya jelas terkejut. Seperti Shahrul tempoh hari.
"Err.. Jemput duduk Sya." Aku kemudian duduk dihadapan bapa mertua ku.
"Sya.. Sihat?" Tanya Bapa mertuaku.
Aku hanya mengangguk.
"Berapa bulan dah tu?" Bapa mertua aku maksudkan tentang kandungan aku.
"Hmm dah masuk 5bulan yah." Jawabku. Mataku masih memandang meja. Aku takut ingin menatap wajah bapa mertuaku. Takut aku tak kuat dan aku akan menangis lagi.
"Sya.. Pandang ayah." Aku masih enggan untuk memandangnya.
"Sya.."panggil bapa mertuaku lagi.
"Sya.." Kali ini aku menarik nafas panjang lalu mengangkat kepalaku memandang nya.
"Ayah tahu Sya tak bersalah.."
"Ayah akan cakap dengan Khai.."
"Ayah.." Aku memotong percakapannya.
"Kita tak payah cakap pasal hal tu boleh?" Aku cuba mengalih topik. Aku bukannya kuat sangat.
"Hmm Sya taknak bagitahu Khai ke? Pasal anak ni?"
Aku menggelengkan kepala aku.Aku mendengar bapa mertuaku mengeluh berat.
"Hmm takpalah. Em jemput makan Sya. Ayah tahu Sya suka makan nasi ayam tu yang ayah order nasi ayam untuk Sya." Bapa mertua ku mengalih topik perbualan kami.
Aku sungguh terharu dengan layanan bapa mertua ku. Aku sudah tidak punya keluarga . Papa dan mama aku meninggal sejak aku kecil lagi. Aku dibesarkan di rumah anak yatim.
Aku selalu sendiri tanpa teman sehinggalah Khairul datang dalam hidup aku.
Airmata yang ditahan tadi akhirnya jatuh jua. Terharu dengan layanan bapa mertuaku. Walaupun anaknya sudah membuang aku namun bapa nya masih mempertahankan aku.
"Eh nangis pula. Makan Sya.. Jangan nangis dah. Ayah sedih tengok Sya macam ni. Sya kena kuat demi cucu ayah dalam perut tu."
Aku menyeka airmata ku kemudian menghadiahkan satu senyuman yang nipis kepada bapa mertuaku.
"Ibu sihat yah?" Rindu pula pada ibu mertuaku.
Adakah dia masih marahkan ku atas apa yang berlaku.?
"Ibu? Alhamdulillah sihat. Em ibu selalu tanya Sya dekat mana. Ibu tak tahu pasal hal tu."
Kenapa diorang tak bagitahu ibu ?
"Khai tak bagitahu ibu pasal tu sebab khai taknak ibu kena serangan jantung." Bapa mertuaku bagaikan tahu apa yang ada dalam fikiran ku.
"Oh." Hanya itu jawapan ku.
"Sya.. Sya kena kuat tau. Ayah tahu Sya kuat. Ayah akan kembalikan menantu ayah ni kerumah kita."
"Ayahkan dah ada menantu yang sorang lagi dekat rumah." Seloroh aku dengan ketawa yang dibuat buat.
Shit!Aku menangis lagi.
'Lemah lah kau ni Sya! Sikit sikit nangis.'"Nangis lah Sya. Luahkan segalanya.. Ayah ada." Bapa mertua ku mengusap lembut bahuku. Cuba menenangkan ku.
"Sya sayang Khai ayah. Sya difitnah. Sya tak pernah buat benda terkutuk tu." Rintih aku.
"Ayah tahu Sya.. Sya sabar ye. Ayah akan pastikan Sya tak bersalah dalam hal ni."
*****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...