#PK16

84.1K 2.8K 41
                                    

"Pu..puan"

"Eh. Mak Kiah dah sedar. Ai tolong hulur air tu kejap." Aizam mengambil air dimeja sebelah katil Mak Kiah. Aku menyambutnya lalu menghulurkan air tersebut kepada Mak Kiah.

Mak Kiah minum air yang aku sua itu.
"Mak Kiah macam mana? Kepala masih sakit tak,?" Tanya ku dengan penuh prihatin. Aku sudah menganggap Mak Kiah seperti ibuku.

Mak kiah tidak menjawab soalan ku sebaliknya dia memegang tanganku. Dia mencium tanganku. Airmata nya mula mengalir di pipi.

"Puan, Mak Kiah mintak maaf. Mak Kiah banyak buat salah. Mak Kiah telah hancurkan hidup Puan. Mak Kiah dah buat Tuan Khai benci dekat Puan. Maafkan Mak Kiah. Mak Kiah sepatutnya mati tadi. Mak Kiah berdosa dengan Puan." Airmatanya mengalir tanpa henti.

Aizam melihat aku dengan penuh tanda tanya. Aku membawa Mak Kiah dalam pelukanku.

"Mak Kiah. Saya dah lama maafkan Mak Kiah. Shhhh. Saya dah lama lupa benda yang lepas. Saya dah tak kisah dah. Saya redha Mak Kiah. Mungkin dia bukan jodoh saya." Aku mengusap lembut belakang Mak Kiah.

Entah kenapa, airmata ku sudah tidak mengalir lagi apabila mengenangkan peristiwa lalu. Mungkin aku sudah redha dengan takdir ku.

"Mak Kiah penting diri Puan. Mak Kiah  sanggup merosakkan rumah tangga orang . Mak kiah sanggup lemparkan fitnah kepada Puan.. Mak kiah ni tak layak mendapat kemaafan dari Puan." Mak Kiah masih lagi menangis teresak esak.

"Hmm kalau lah haritu Mak Kiah tidak terima tawaran Cik Hana, mungkin benda ni semua takkan terjadi. Mungkin Puan masih disisi Tuan Khai."

Kata kata Mak Kiah membuatkan aku terkejut. Hana? Jadi hal ni ada kaitan dengan Hana?

"Hana?" Soal ku.

"Ya Puan.. Cik Hana yang suruh Mak Kiah fitnah puan dan Tuan Shah."

Aku meleraikan pelukan itu. Cuba untuk merencanakan apa yang diberitahu oleh Mak Kiah itu tadi.

Dari awal lagi aku dah agak, Hana yang merancang semua ini. Dari awal dia kembali dalam hidup aku dan Khairul lagi.

Hmm benda dah berlalu. Biarlah.

Aku kemudian menyuruh Mak Kiah berehat. Esok baru dia boleh dikeluarkan dari hospital.

***

Aizam

Aku melihat Syafiha memeluk erat makcik yang dikenali sebagai Mak Kiah. Syafiha sudah menceritakan kisah Makcik ini kepadaku tadi. Namun persoalannya , kenapa Syafiha beria benar ingin menolong makcik ni? Sepertinya mereka saling mengenali.

Bila aku mendengar makcik tersebut menangis memohon ampun kepada Syafiha, aku makin tertanya tanya.

Kenapa dia meminta maaf? Apa benda pasal fitnah bagai ni? Adakah kerana makcik ini, Syafiha bercerai dengan suaminya?

Tapi. .. Yang lebih mengejutkan aku.. Nama someone yang dimention oleh makcik tu.

Khai? Khairul Azam ke?

Syafiha bekas isteri Khairul Azam? Bukan diorang kawan baik ke?

Hish takkan lah.

Aku masih mendengar kata maaf makcik tersebut.

Kali ini nama Hana pula disebutnya. Hana Anisya?

Okey. Jadi , Syafiha berkhawin dengan Khai? Kenapa aku tak tahu pun? Bukan ke Khai bercinta dengan Hana.

Bingo! Muka Syafiq tu sebijik muka Khairul. Wah?!

Wah! Tragik sekali kisah ni.

Jadi , Syafiha difitnah sebab si Hana ni? Sejak di Universiti lagi aku tak sukakan si Hana ni. Entah apalah yang dipandang oleh Khai waktu tu.

Aih! Berat sungguh teka teki ni. Aku harus mengetahuinya juga. Aku akan pastikan Syafiha menceritakan segalanya pada aku. Aku kemudian bergerak keluar dari bilik itu. Memberi ruang kepada mereka berdua. Yang pastinya aku sedih sangat mendengar kisah Syafiha itu tadi.

Aku takkan benarkan sesiapa sakitkan hati orang yang aku sayang ni.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now