#PK26

91.1K 2.5K 42
                                        




wattpad menggila lagi. sorry kepada sesipa yang tak boleh baca PK22-PK26






"Umi.." Syafiq menghampiriku. aku memeluk puteraku lalu mengucup pipinya dengan penuh kasih sayang. dua orang lelaki tadi, aku tinggalkan di belakang. malas untuk ambil tahu. kemudian Aizam datang dan berdiri di sebelahku.

"hai Fiq," sapa Aizam. Syafiq yang tadinya dalam pelukan ku terus meleraikan pelukanku lalu memeluk 'abah' kesayangannya itu.

"yeayyy. abah pun datang." ceria sekali muka Syafiq.


"umi.. ni uncle yang haritu kan..." syafiq sepertinya takut melihat Khairul. 

"uncle ni yang buat umi nangis kan?" sambung Syafiq lagi. aku melihat Khairul sudah tergamam dengan kata kata Syafiq itu. syafiq menyorok dalam pelukan Aizam. melihat Khairul yang sudah berubah riak itu membuatkan aku serba salah.


Syafiq berhak mengetahui bapa kandungnya. aku tidak boleh membiarkan Syafiq membenci ayahnya sendiri.


"syafiq.. " panggilku. aku mengambil Syafiq yang dalam pelukan Aizam itu dan menyuruhnya berpaling ke arahku.


"syafiq tak boleh macam ni.. pergi salam uncle tu. uncle tu tak jahat. umi nangis bukan sebab uncle lah.." belum masanya aku memberitahu Syafiq siapa bapanya. aku takut si anak terluka sekiranya Khairul masih lagi menidakkan hal tersebut.


syafiq bergeraak perlahan menghampiri Khairul. belum sempat Syafiq ingin menyalam tangan Khairul, khairul terlebih dahulu menarik Syafiq kedalam pelukannya. diciumnya pipi si Syafiq tanpa henti. muka si budak itu sudah rimas dicium sedemikian. 

aku yang melihat situasi itu tiba tiba rasa sebak. aku pusing belakang untuk menyeka airmata yang sudah mengalir di pipi. aku perasan Aizam sedang memerhati tingkah ku.


selepas itu, Syafiq kembali datang kepadku dan Aizam. setelah itu, kami semua bergerak ke padang belakang.





****



"sya.." panggil Khairul.

ketika itu kami sedang duduk memerhatikan anak anak sedang bermain acara sukaneka. ibu bapa disediakan tempat duduk di bawah khemah.


aku tidak menghiraukan panggilan Khairul itu.


"a...abang dah tahu semuanya." aku berpaling ke arah nya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. 


"a...abang ta..tahu Sya tak salah.." sambungnya lagi. aku kemudian mengalihkan pandangan ku ke tempat lain.

jadi, dia dah tahu?

huh! jadi apa yang dia inginkan sekarang? nasi dah jadi bubur..


"kita cakap lain kali lah Encik khairul pasal ni. sekarang ni saya nak beri tumpuan pada anak saya. saya taknak rosakkan hari dia hari ni." ucap ku dingin. aku melihat melalui ekor mata, Khairul mengeluh kesal.






****


Al-fatihah untuk idea yang sudah mati. hahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahhaahhahahahahahahahaha

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang