#PK75

42K 1.1K 20
                                    

Malam itu pukul 2pagi, telefonku berdering minta diangkat. Aku melihat nama yang tertera di telefon bimbitku.

"Abang irfan? Hmm kenapa ek dia call malam malam buta ni?" Soalku. Aku terus menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello abang.."

"Sya! Tolong abang Sya.. Qalisya.. Dia em dia demam panas.. Abang tak tahu macam mana nak buat Sya.. Pleasee sya tolong abang.. Datang rumah abang.." Suara Irfan sungguh risau.

"Hmm abang tunggu kejap tau. Kejap lagi Sya datang dengan Khai.." Kataku sebelum menamatkan perbualan.

Khairul yang sedang tidur itu aku kejutkan.

"Abang.. Abang.." Aku mengoyangkan badannya.

"Eemmm."

"Abang.. Bangunlah.." Khairul terpisat pisat untuk bangun. Dia menenyeh matanya berkali kali.

"Ada apa..?" Soalnya dalam keadaan yang masih mengantuk. Em kesian pulak aku melihat dia yang mengantuk itu. Tapi , takkan lah aku nak kerumah Irfan sensorang malam malam buta macam ni. Kang kena tangkap naye je.

"Abang irfan.."

Terus terbeliak mata Khairul.

"Haaa kenapa dengan dia? Dia nak apa?" Soal Khairul.

"Emm dia call Sya tadi.. Qalisya..qalisya demam panas.. Dia mintak tolong kitaa." Ujarku takut takut. Kemudian aku melihat Khairul bangun dari katil.

"Eh! Abang nak kemana?" Soalku.

"Nak pergi rumah Irfan lah. Dah tadi kata irfan mintak tolong.. Ke Sya nak pergi sensorang.?" Haih. Sempat lagi dia perli aku.
Aku juga turut bangun dari katil dan bersiap siap.






***

Irfan memandang anak buahnya Qalisya yang dari tadi meracau memanggil ibunya. Irfan cuba untuk menelefon kakaknya tetapi, kakaknya tidak dapat dihubungi. Kakaknya Izzah telah ke luar negeri atas urusan kerja. Dia lah yang menjaga Qalisya.

Bila dia melihat Qalisya yang meracau itu, dia panik sangat. Hanya Syafiha saja yang dapat membantunya. Oleh itu dia menelefon Syafiha untuk meminta bantuannya. Dia tahu tak manis menelefon isteri orang lewat malam macam ni, tapi dia terpaksa..



Tidak lama kemudian pintu rumah diketuk.
Tok! Tok! Irfan bergegas kebawah untuk membuka pintu.

Sebaik sahaj dia membuka pintu, dia melihat Syafiha bersama Khairul. Muka khairul, tak payah cakap ahh, masam ja. Bukan Irfan tak tahu, Khairul itu cemburu dengannya.

"Abang irfan.. Qalisya mana? Dia macam mana?" Soal Syafiha sebaik sahaja melihat dirinya.


"Err dia kat atas. Meracau. Abang tak tahu nak buat macam mana." Kata Irfan. Syafiha terus bergegas naik ke bilik Qalisya. Khairul dan Irfan mengikutnya dari belakang.


Sampai sahaja dibilik , Syafiha terus meluru ke katil Qalisya. Dia melekapkan tanganya di dahi Qalisya.

"Ya Allah panasnya abang.. Kita kena bawa dia ke hospital ni.."

Qalisya masih lagi meracau memanggil nama ibunya.

"Sya.. Ni auntie sayang.. Shhh dah dah auntie ada kat sini.." Syafiha cuba menenangkan Qalisya. Kemudian Qalisya memeluk erat Syafiha. Syafiha mengusap lembut kepala Qalisya.

Kemudian Syafiha mengendong Qalisya..

"Biar abang dukung Qalisya!" Serentak Khairul dan Irfan menawarkan diri untuk mengendong Qalisya. Syafiha buntu.. Irfan dan Khairul pula memandang sesama sendiri.

"Err takpalah. Sya boleh angkat. Larat lagi ni.." Kata Syafiha kemudian turun kebawah.

"Kau pergi dengan kereta aku jelaaa." Kata Khairul kepada Irfan. Irfan hanya mengangguk setuju.





20minit perjalanan, mereka pun tiba di hospital. Qalisya dibawa ke unit kecemasan.

"Auntie! Jangan tinggalkan Sya.." Qalisya sudah memegang lengan Syafiha membuatkan Syafiha rasa bersalah.

"Err abang.. Em abang balik dulu boleh tak? Sya tak sampai hati nak tinggalkan Qalisya.." Syafiha memandang Khairul meminta kebenarannya. Khairul mengangguk lemah tanda setuju. Kemudian dia mendekatin Syafiha dan mengucup dahi isterinya itu. Sengaja nak tunjukkan pada Irfan bahawa Syafiha itu dia punya.



Sungguh Khairul rindu akan syafiha. Seminggu tidak bercakap. Seminggu tanpa belaian. Seminggu tanpa gurau senda.. Hanya kerana dia yang cemburu buta. Berat hatinya untuk meninggalkan Syafiha di hospital bersama Irfan, namun apakan daya, anak anaknya dirumah perlu diambil kira juga.


Dengan lemah khairul berjalan pulang.




***


Jeng jeng jeng. Wattpad ada masalah lagi. Okey lah . Sis tidur dulu. Esok lah pulak ye. Kbaiiii

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now