"Syaf. Kau kena tolong aku Syaf.."
"Eh apasal ni Khai.. Kusut je aku tengok kau ni." Pelik Syafiha melihat kawannya yang macam mati bini tu.
"Kau sayang aku kan Syaf. Kau sanggup tolong aku kan?" Kaa Khairul.
"Ha aku sayang kau. Hey, kau kenapa?"
Khairul menarik nafas panjang sebelum bersuara.
"Sya, khawin dengan aku?"
Terlopong mulut Syafiha dengan permintaan Khairul itu.'Hek! Gila ke mamat ni ajak aku khawin.'
"Kau pehal ni? Bukan kau nak khawin dengan Hana ke? Eee kau kenapa ni Khai?"
"Emm Hana, dia dah pergi overseas. Dia kata dia tak ready lagi nak khawin. Dia em dia taknak khawin dengan aku. Persiapan semua dah buat Sya. Minggu depan dah akad. Aku taknak kecewakan parents aku. Tolong aku Sya."
"Ya Allah. Apahei minah tu? Hmm. Berat betul permintaan kau." Syafiha bagaikan memikirkan sesuatu.
"Tolong aku Sya. Please. Aku janji aku akan jadi suami yang baik untuk kau. Aku akan tunaikan apa je permintaan kau. Asalkan kau sanggup khawin dengan aku." Khairul sudah melutut memohon Syafiha membantunya.
Syafiha serba salah melihat keadaan Khairul itu.
"Weh bangun lah. Malu orang tengok. Emm Khai, kau bagi aku masa nak fikir benda ni." Ucap Syafiha.
"Hmm okey. Aku harap sangat kau setuju Sya. Kalau tak. Em terpaksa aku batalkan juga." Kata Khairul.
****
Tiga hari dia memikirkan hal tersebut. Akhirnya keputusan telah dibuat. Dia yakin dengan keputusannya kini.
****
Dengan hanya sekali lafaz , Syafiha sudah sah menjadi isteri kepada Khairul Azam.
"Terima kasih Sya. Terima kasih." Ucap Khairul lalu mengucup lembut dahi Syafiha.
****
Airmata aku mengalir. Bagaimana ingin aku hapuskan semua kenangan itu. Bagaikan baru semalam aku dan Khairul mengecapi kebahagiaan.
"Sya. Sya dah sedar. Sya okey tak?" Alu membuka mataku. Kelihatan Atie dan Shahrul.
"Aa..aku dekat mana ni Atie?" Tanya ku.
"Kau dekat hospital. Tadi kau pengsan." Kata Atie pula.
Tiba tiba aku teringat akan peristiwa tadi.
Khairul sudah menceraikan ku.
Airmata mengalir untuk kesekian kali."Atie.. Dia dah ceraikan aku tie.." Aku memeluk Atie dan menangis dibahunya.
"Dia tak mengaku ni anak dia.."
"Dia kata aku lagi teruk dari pelacur Atie.."
"Aa..akuu .."
"Shh dah Sya. Kau cukup lah menangis. Kesian kan anak kau tu. Kau kena kuat.." Atie memujuk ku.
"Sya awak kena bersabar ye. Awak jangan risau. Saya dah Atie akan sama sama jaga anak awak nanti. Kitorang ada untuk awak.." Kata Shahrul pula.
"Terima kasih." Ucap ku.
****
Di rumah Encik Adam , kelihatan semua ahli keluarga sedang berkumpul di ruang tamu.
"Hmm along ada benda nak cakap ibu ayah." Khairul bersuara tiba tiba.
"Hm kejap. Khai , isteri kamu Hana mana? Tak balik lagi waktu ni? Dah nak dekat maghrib ni." Jampuk Puan Isma.
"Hm dia keluar jumpa kawan kejap bu. Kejap lagi balik lah tu." Jawab Khairul.
Siti mencebik dengan jawapan yang diberikan oleh abangnya itu. Sungguh dia tidak sukakan Hana.
"Haa apa yang kamu nak cakap tadi?" Kata Encik Adam.
Khairul kembali diam. Mungkin sedang menyusun ayat untuk dikatakan pada keluarganya.
"Khai.. Em khai.. "
"Kamu apa?" Gesa Puan Isma.
"Khai dah ceraikan Syafiha." Encik Adam yang tadinya duduk terus bangun.
Baru sahaja Encik Adam ingin menampar pipi anaknya itu, datang menantunya.
"Apa bie? U dah ceraikan betina tu? Wow! Baguslah.." Hana datang lalu duduk di sebelah suami nya itu. Mukanya jelas bahagia. Bebeza dengan ahli keluarga yang lain.
"Kenapa Khai ceraikan Syafiha? Apa tak cukup baik ka Syafiha tu?" Tanya Puan Isma. Pelik dia anak dia tiba tiba menceraikan menantunya itu.
"Khai ada alasan Khai tersendiri." Ringkas saja jawapan Khairul. Muka Encik Adam sudah mula berurat menahan marah.
"Suka hati kau lah Khai! Kau rasa semua betul terserah kau! Ayah cuma nak cakap, kau jangan menyesal dikemudian hari. Time tu takda guna kau nak jilat balik ludah kau." Encik Adam terus berlalu dari situ.
"Ingatkan along ni belajar tinggi tinggi ada IQ tinggi, tapi sayang bodoh jugak!" Ujar Siti sebelum berlalu pergi dari situ. Puan Isma juga turut mengikut langkah anak dan suaminya.
Tinggallah suami isteri itu di ruang tamu.
'Apasal diorang nak marah sangat? Bukan diorang yang rasa . Tapi aku. Sakitnya hati ni bila tahu isteri yang aku sayang aku puja tidur dengan adik aku sendiri. Mengandungkan anak adik aku pula tu.'
Bentak Khairul dalam hati."Baguslah u dah ceraikan dia bie. I suka sangat." Hana sudah melentokkan kepalanya di bahu Khairul.
Khairul yang tiada mood itu terus menolak Hana ketepi lalu naik ke atas.
Hana sudah tersenyum kemenangan.
'Hahahaha! Akhirnya kau perempuan, tewas juga! Khairul hanya milik aku. Dan kau selamanya akan dibenci oleh Khairul.'gumam Hana dalam hati.
***

YOU ARE READING
Peluang Kedua
CasualeSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...