-Khairul sengal-
Weh.. nanti jumpa aku kat tempat biasa.Syafiha membaca pesanan ringkas yang masuk dalam telefonnya itu. Dia mengeluh lemah.
"Haih. Aku baru nak syok syok cuti ni layan cerita Chibi Maruko Chan." Rungut Syafiha. Dia bangun dari katilnya lalu ke bilik air untuk bersiap kerana sekejap lagi dia akan bertemu dengan Khairul.
Sampai sahaja di tempat biasa, Syafiha mencari cari kelibat Khairul, namun tiada.
"Hey ni aku angin ni. Mamat ni selalu je lambat." Bentak Syafiha.
"Gah!" Tibatiba Khairul datang dan menyergah Syafiha dari belakang.
"Bodoh ah kau main sergah macam tu! Kalau aku arwah tadi macam mana?" Soal Syafiha geram. Khairul sudah mengambil tempat di sebelah Syafiha.
"Kalau kau arwah, kitorang tanamkan jela. Susah apa." Jawab Khairul selamba.
"Hmm nak apa jumpa aku?" Soal Syafiha. Malas dia melayan Khairul yang otak tak berapa nak center ni.
"Haaa.. First, aku nak berterima kasih dengan kau! Hehe. Hana dah terima aku." Kata Khairul riang.
"Serius? Wahh! Tahniah." Kata Syafiha. Suka dia apabila Hana menerima Khairul.
"Tapi tu bukan motif aku panggil kau." Kata Khairul.
"Laa. Abihtu apadiaa?" Soal Syafiha bingung. Dah kenapa mamat ni panggil dia?
Khairul mengarukkan kepalanya yang tidak gatal itu. "Err sebenarnya aku nak hadiahkan something untuk Hana. Tapi tulah, aku tak tahu nak beli apa."
Syafiha sudah pecah ketawa. "Gila lawak lah kau! Nak kapel tapi tak tahu nak beli hadiah untuk awek? Ya Allah noob gila kau ni." Kata Syafiha dengan ketawa yang masih bersisa.
"Dah lah! Tak payah lah nak gelak teruk sangat. Alaa, at least aku dapat jugak Hana. Kau? Haa irfan pun kau tak bagitahu."
Terus ketawa Syafiha mati. "Erk!"
Kali ini giliran Khairul pula ketawa. "Haa tulah. Mengata aku lagi. Cepat lah weh. Tolong aku.. Bagi cadangan sikit."
"Emm kau beli lah something yang kau boleh nampak. I mean sesuatu yang menampakkan yang dia menghargai pemberian kau." Cadang Syafiha.
"Contoh?" Soal Khairul.
"Emm macam gelang ke.. Kalau rantai, mana kau nak tahu dia pakai tak. Sebab dia pakai tudung sekolah. Haaa."
Khairul sudah tersenyum. "Wahh! Cantik ah! Thanks again! Tak sia sia ah aku kawan dengan kau." Kata Khairul .
"Emm yelah. Pape jela. Kalau takde pape, aku blah dulu." Syafiha baru sahaja ingin berlalu dari situ, Khairul menahannya dari pergi.
"Weh ! Kejap ah! Kalut nak kemana. Kan cuti hari ni.."
"Nak balik lah!" Jawab Syafiha.
"Alaaa. Jumlah teman aku beli gelang tu! Alang alang aku belanja kau makan mcdonalds . Jum lah Sya.. Jumla.." Khairul sudah merayu seperti budak kecil. Akhirnya terpaksa lah Syafiha mengalah.
****
Sudah 1jam mereka berjalan di mall itu, namun tiada satu pun gelang yang menarik perhatian Khairul. Syafiha mengeluh lemah.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...