"Hana Anisya, bersaksikan keluarga aku, aku ceraikan kau dengan talak 3."
Khairul sudah melafazkan talak nya kepada Hana.Semua terkedu melihat Khairul melafazkan talak kepada Hana.
Hana yang duduk di sofa itu sudah teresak esak menangis."Dah lah Hana, tak guna juga kau menangis. Kau pergi lah dekat jantan tu. Aku dah tak perlukan kau. Lagipun anak tu bukan anak aku. Dulu kau fitnah Syafiha tu yang buat maksiat, rupanya kau perempuan jalang tu. " ucap Khairul lalu meninggalkan Hana di ruang tamu itu. Dia naik kebiliknya.
Tidak lama kemudian Khairul turun semula ke bawah. Ditangannya ada bagasi.
Dia mencampak bagasi itu didepan Hana.
"Kau berambus dari rumah aku! Sekarang! Sebelum tangan aku naik ke muka kau." Khairul sudah mengetap gigi. Muka Hana langsung tidak dipandangnya.
Hana dengan perlahan mengambil beg bagasi nya itu lalu keluar dari situ.
'Aku akan pastikan kau takkan hidup bahagia Syafiha.' Desis hati Hana.
Sebaik sahaja kelibat Hana pergi dari situ, ibunya datang menenangkannya.
"Sabar Khai..""Ni mungkin balasan untuk Khai bu. Balasan atas apa yang telah Khai buat dekat Syafiha.." Khairul memeluk ibunya lalu menangis dibahu wanita tua itu.
*****
"Sayang, nanti kita pergi tengok baju khawin ye. Fiq nanti kita tinggal dia dengan mummy. Lagipun mummy rindu sgt dengan Fiq tu." Aku sedang bercakap dengan Aizam di telefon.
Sejak bergelar tunangnya, Aizam sudah memanggil aku dengan panggilan 'sayang' auchh. Hahaha
"Okey.." Walaupun begitu, aku masih lagi tidak mencintai Aizam . Namun aku akan cuba buka hati aku ini untuknya.
***
Petang itu, seperti yang dijanjikan aku mengikut Aizam untuk mencuba baju khawin kami.
Aku perasan, sejak dari rumah aku lagi, ada satu kereta mengekori kami. Namun, aku sedapkan hati aku . Mungkin dia ingin ke tempat yang sama denganku.
Selesai sahaja mencuba baju khawin , kami bergerak ke restaurant untuk makan. Tiba tiba kami terserempak dengan Khairul.
"Khai." Tegur Aizam.
Aku tidak memandang Khairul. Namun aku perasan matanya tertumpu pada aku."Eh Zam. Buat apa dekat sini?" Soalnya.
"Ni haa aku dengan Syaf pergi cuba baju khawin." Jawab Aizam. Aku masih lagi diam.
"Btw bro, aku ada dengar pasal tu. Aku harap kau tabah ye." Ucapnya.
Khairul hanya senyum plastik.
Berita apa ni? Apa yang aku tak tahu? Aku memandang Aizam meminta kepastian. Dia cuma mengenyitkan mata kepadaku."Jom makan sama ." Aizam mengajak Khairul untuk sertai kami.
Aku hanya diam. Nak saja menbantah, tetapi apakan dayaku.
Baru sahaja aku ingin melangkah ke depan, tiba tiba seseorang menolak aku ke tepi.
"Syafiha!!!!!!"
Serentak dengan itu juga aku dengar satu das tembakan dikenakan.
Bang!
Waktu itu aku sudah melihat Aizam sudah terbaring lemah dilantai.
"Aizam!!!!!!!!!!" Aku dan Khairul mendekati tubuh Aizam. Khairul memangku kepala Aizam.
Darah sudah banyak keluar. Aizam ditembak di dada. Orang ramai turut kecoh dengan hal ini.Tentang penembak itu sudah aku tidak ambil pusing. Yang penting sekarang ini Aizam harus selamat.
Airmata aku mengalir lagi.
"Ai.. Tahan ye.. Kejap lagi ambulance datang." Aku cuba menenangkan Aizam yang terbaring lemah itu.Dia tersenyum kepadaku. "S..sya.. Ai sa..sayang Sya.. Ai da..tunaikan..janji Ai yang ....Ai akan..ja..jaga Sya sampai...akhir hayat...Ai.. Mungkin sekarang ajal Ai...dah...sampai.."
Aku mengelengkepala dengan katanya. Aku tidak suka dia bercakap seperti itu.
"K..khai.. Kau...jaga Sya..dan Syafiq ye... Aku...tahu...kau..masih..sayangkan..dia.. Jaga..dia khai. Jangan ..sia..siakan peluang..keduaa ni.. Aku..akuu..tak..boleh..nak..jaga..dia.." Nafas Aizam sudah turun naik.
"Ai! Tahan Ai.. Kejap lagi ambulance datang. Please jangan tinggalkan Sya. Ai kan janji nak khawin dengan Sya.. Ai.."
Khairul sudah mengajar Aizam untuk mengucap dua kalimah syahadah. Sebaik sahaja dia mengucap kalimah syahadah, Aizam sudah kembali ke rahmatullah. Aku menangis bagai orang gila disitu.
"Aizam.. Aizam.." Aku mengoncang badannya. Namun hampa . Badannya sudah kaku tidak bergerak.
"Ai..bangunlah Ai... Ai.. Bangunlah.." Khairul cuba menenangkan aku,.
Akhirnya aku sudah tidak sedarkan diri.
Aizam........
Selamat tinggal..
Bye Sya.....
Ai tunggu Sya dekat sana ye.
Ai , jangan tinggalkan Sya............
Ai kata Ai sayangkan Sya.......
Sya tak balas lagi cinta Ai..........
Sya , Ai tak boleh jaa Sya..
Khairul akan sayang Sya...
Bagi dia peluang Sya....
Dulu dia tersilap..
Selamat tinggal Sya.
Anggaplah Ai hanya mimpi yang hadir didalam tidur ...
"Aizam!!!"
****
Sorry. Sis terpaksa matikan watak Aizam gais. Huhuhu jangan sedih tau teamAizam..
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...