#PK74

40.5K 1.2K 13
                                        

Sorry lambat sikit. Letih iron baju adek nak masuk asrama em! Uhuk!

***

Dah seminggu Khairul dingin dengan aku. Aku juga tiada rasa ingin memujuk nya. biarlah. Sampai bila dia merajuk lantak dia lah.


Walaupun begitu, aku masih menyediakan pakaian kerja dan makan minum dia. Yelah, dia kan suami aku. Walaupun aku sakit hati dengan dia, tapi aku sayangkan dia.

Haih! Rindu pulak malam malam nak bermanja dengan dia. Tapi tulah, ego. Dua dua ego. Dia pun tak terdetik pun nak pujuk aku.

Dak! Sekarang ni salah siapa? Aku pun bingung! Dia kan? Dia yang start cemburu tak tentu pasal kam? Pasal Irfan pun nak jeles ke? Eee pelisss lah.


"Umi.." Panggilan Syafiq mematikan lamunan aku.

"Ye sayang.. Apa dia?" Soalku. Syafiq datang dan duduk disebelah ku di ruang tamu.

"Emm umi gaduh dengan walid ke?" Soal Syafiq membuatkan aku melopong. Macam mana dia tahu? Sedangkan aku tidak pernah tunjuk muka dingin ku didepan anak anak.


Aku senyum palsu. "Eh takdelah.. Mana ada umi gaduh dengan walid." Bohongku.

"Hmm yelah tu.. Umi gaduh dengan walid pasal uncle yang datang haritu kan? Uncle..irfan kan?"kata Syafiq lagi.

Adeh! Dengan Syafiq aku tidak pernah pandai nak membohongnya. Entahlah. Mungkin kerana sejak kecil lagi dia bersama aku. Jadi, dia faham benar kalau aku menipu dia atau aku dalam masalah.

"Hmm takdelah. Gaduh manja jee." Bohongku lagi sambil bermain dengan rambut.

"Hmm patutlah Walid selalu tidur dalam bilik Fiq.." Aku terkejut. Khairul tidur dalam bilik Syafiq? Jadi selama ni dia tidak tidur dalam bilik dengan aku? Hish sampai macam tu sekali? Selama ni aku ingatkan dia tidur dengan aku didalam bilik. Yelah, walaupun aku tidur awal, bangun saja tidur aku sudah nampak dia sedang solat subuh. Jadi aku tak pernah syak pun dia tidur di bilik lain.



Tiba tiba Khairul datang bersama si kembar turut sama duduk diruang tamu.

"Walid.. Walid duduk lah sini. Sebelah umi." Kata Syafiq sebaik sahaja dia bangun dari tempat duduknya. Khairul sudah serba salah dek kerana anak anak memandang kearah nya. Nak taknak dia duduk juga disebelahku.

Kemudian si kembar naik duduk di atas riba aku dan Khairul.
Aku rindu.. Nak je aku lentokkan kepala aku atas bahu dia, tapi tulahh, kitorang kan gaduh sekarang ni. Takut nanti dia tolak kepala aku tak ke malu? Haaa.

Ish . Rindu tapi ego. Ego tapi rindu.

Aku mengeluh lemah.

"Umi kenapa mengeluh?" Soal Syifa. Ya Allah kuat sangat ke aku mengeluh. Kelihatan Khairul juga turut sama pandang ke arah ku sekilas pastu dia kembali memandang tv.


Entah macam mana, si Syakir telah menarik tangan Khairul dan meletakkannya di atas paha aku. Terkejut aku sekejap. Rindunya aku dnegan sentuhan Khairul biarpun baru seminggu hari kitorang tidak bercakap. Seminggu? Lama lah tu. Hmm.


Aku pura pura terpegang tangannya yang melekap di pahaku. Namun riak wajahnya selamba saja. Aku mula bermain main dengan jarinya. Berharap dia membalas sama perlakuanku itu, namun hampa. Dia tetap tidak beriak. Matanya masih tertumpu di tv. Aku sudah dihantui dengan perasaan sebak. Aku cuba nak berbaik, tapi dia pulak buat tak layan.


Aku mengalihkan tangannya yang berada di atas paha ku. Dan mengangkat Syifa turun dari riba.

"Syifa sayang.. Sorry, umi naik bilik dulu ye.. Umi ada hal kejap.." Kataku sambil mengucup dahi sikembar kemudian dahi Syafiq lalu naik ke bilik.







Di dalam bilik air , aku menangis semahu mahunya. Entahlah. Sampai bila Khairul dengan aku nak mcam ni? Sedih pula bila mengenangkan dia tidak mahu berbaik denganku. Eh ! Besar sangat ke salah aku? Kenapa aku tak boleh kawan dengan si Irfan tu? Kenapalah dia nak cemburu sangat...



Lama menenangkan diri didalam bilik air, aku pun keluar dari bilik air. Keluar saja dari bilik air., aku melihat Khairul sedang duduk di birai katil. Akunperasan matanya sedang memerhatikan aku. Aku membuang pandang ke arah lain. Malas nak tengok muka dia. Aku takut aku sakit hati lagi. Aku takut aku tak kuat dan menangis lagi.


Aku duduk di meja solek. Menyisir rambutku yang panjang mengurai itu. Dalam cermin aku dapat melihat Khairul sedang memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.


Tidak selesa pula aku dengan pandangannya itu. Selesai sahaja menyisir rambut, aku terus bergerak ke katil untuk tidur. Khairul? Lantak dia lah. Baru sahaja aku ingin memejamkan mata, aku rasa seperti seseorang memeluk pinggangku. Em aku buat tak tahu saja. Letih menangis tadi membuatkan mataku mengantuk.




***

Ramai yang wish nak bagi khai dan Sya gaduh. So mohh le kita buat diorang gaduh hahahaha

Btw sis dah update awal tadi.. Internet buat hal. Dia tak naik noti.. Huhu sorry yeeeeeeeee.

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang