#PK22

86.8K 2.6K 21
                                        

Hari ini Aizam mengajak aku dan Syafiq keluar bersama. Syafiq sungguh seronok kerana Aizam berjanji untuk membawanya membeli mainan baru.

"Umi, mana abah ni? Eee lambat lah. Lama dah Fiq tunggu ni." Syafiq sudah membuat muka bosan.

"Sabar lah sayang. Abah ada kerja kot. Kejap lagi sampai lah tu." Aku cuba menenangkan Syafiq yang sudah tidak sabar untuk keluar.

"Assalamualaikum."

"Haaa tu abah dah sampai." Syafiq sudah menjerit keriangan. "

"Yeay! Abah dah sampai." Syafiq terus meluru ke arah Aizam sebaik sahaja pintu dibuka. Dipeluknya Aizam dengan erat.

Aku mendekati mereka dengan senyuman.
"Sorry Sya. Ai hantar adik Ai pergi kelas tadi." Aizam memohon maaf atas kelewatannya.

"Takpa lah Ai. Sya tak kisah pun. Cuma Fiq ni tak sabar katanya nak keluar. Asyik tanya je bila Ai nak datang. " kata ku.

Syafiq yang dalam kendongan Aizam itu dicium dengan kasih sayang.

"Hmm jom lah. Sya dah siap kan?" Aku berlari masuk kedalam rumah untuk mengambil beg tangan. Kemudian Aizam memandu pergi ke pusat membeli belah.





****

"Ai, Sya nak tanya sesuatu boleh?" Ketika itu aku dan Aizam sedang duduk di medan makan sementara Syafiq sedang bermain di tempat permainan.

Aizam yang sedang memerhati Syafiq itu terus berpaling kearah ku.
"Hmm tanyalah. Sya nak tanya apa?"

Aku memandang Aizam sebelum bertanyakan soalan padanya.
"Err.. Ai keluar dengan Sya ni takda sape marah ke? I mean your fiance? Girlfriend? Or maybe your wife? Tapi tak mungkin lah wife sebab Ai tak khawin lagi."

Aizam sudah pecah ketawa. Aih mamat ni. Orang tanya soalan boleh pulak dia gelak.

"Hahaa. Siapa jek nak marah Sya. Ai mana ada fiance. Ai takde girlfriend. Isteri apatah lagi. Tapi dalam hati Ai ada lah someone special." Jawab Aizam.

Someone special? Oh.

"Ohh. Kenapa someone special dalam hati? Ni kes takut nak bagitahu ke macammana?" Tanya ku .

"Ha'aaa. Takut kena reject macam dulu." Usik Aizam. Aku sudah berubah kelat.

"Erk."

"Haha takdelah Sya. Ai tunggu masa yang sesuai je. Ai taknak dia lari dari Ai lagi." Terang Aizam.

Aku mengangguk tanda faham. "Oh baguslah macam tu. Btw gudluck!" Ucapku.

Kemudian pandangan aku beralih pada Syafiq.

"Syafiq?" Aku bangun dari tempat duduk lalu mendekati tempat permainan itu. Syafiq tiada disitu.

"Syafiq?!"

"Syafiq?!"

Aku sudah panik. Aizam juga turut sama mencari Syafiq.

Airmata aku sudah mengalir. Lemah sungguh aku nikan? Sikit sikit nangis. Hmm.

"Syafiq?" Panggil ku lagi.

Aizam sudah pergi ke bilik keselamatan untuk melaporkan tentang kehilangan Syafiq.

Sebaik sahaja selesai membuat aduan, Aizam mendekati ku.

"Sya sabar ye. In Sha Allah Syafiq tak kemana. Nanti diorang pasti akan jumpa dia." Aizam cuba menenangkan ku.


*****

"Grrr bosannya." Khairul mengeluh . Bosan menunggu Hana yang sedang memilih baju itu. Hari ini dia terpaksa menemani Hana membeli belah memandangkan mereka sudah lama tidak keluar bersama.

Tiba tiba, satu figura menarik perhatiannya. Ada seorang kanak kanak lelaki yang agak comel sedang menangis seperti mencari sesuatu.

Khairul mendekati budak tersebut. Ekspresi pertama mukanya melihat kanak kanak tersebut adalah terkejut. Kanak kanak itu persis mukanya ketika kecil.

"Hey. Adik kenapa nangis ni?" Khairul cuba menenangkan budak yang sedang menangis itu.

"Umi..fiq nak umi..." Jawab budak itu sambil menangis teresak esak.

"Hmm adik sesat ye. Takpa. Nanti uncle bawak adik jumpa umi adik." Kata Khairul. Khairul mendukung anak tersebut. Entah kenapa dia merasa seperti sayang akan kanak kanak tersebut. Seperti mereka ada ikatan yang kuat.

"Bie.. Sorry lama. Hey? Anak sape ni? Bie i tahu lah u nak anak, tapi takkan lah sampai desperate sgt culik anak orang ni?" Kata Hana dengan muka tidak puas hati.

"Hish u ni cakap baik baik sikit eh. Ni budak ni dia sesat lah. I nak hantar dia pergi dekat bilik keselamatan. Hmm u nak ikut tak?" Soal Khairul .

"Hmm yela yela. Jom." Hana menurut saja Khairul ke bilik keselamatan.







Sudah 30minit berlalu. Namun tiada lagi berita tentang Syafiq.
Tiba tiba telefon Aizam berdering minta diangkat.

"Haa. Baik. Nanti kami pergi sekarang." Kata Aizam kepada si pemanggil.

"Sya. Diorang dah jumpa Syafiq." Terus muka Syafiha menjadi teruja. Tanpa melengahkan masa, Syafiha dan Aizam terus ke bilik keselamatan.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Syafiha terus mendapat kan Syafiq dari seseorang. Dia terus memeluk Syafiq tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tumpuannya kini adalah Syafiq.

"Ya Allab Fiq kemana? Fiq tahu tak umi risau..." Ucap Syafiha. Pipi Syafiq dicium nya bertalu talu.

Syafiq bangun dari melutut. Matanya masih lagi pada Syafiq. Dia kemudian mengangkat kan kepalanya untuk mengucapkan terima kasih kepada insan tersebut, namun mulutnya seakan terkunci sebaik sahaja dia melihat siapa gerangan itu.

"Khai...."









***

So, khairul dah jumpa dengan Syafiq. Agak agak dia percaya tak tu anak dia?

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang