Dalam masa setahun, macam macam yang jadi. Aku juga sudah semakin kuat. Mungkin.
Selesai membaca yassin, aku menyiram kubur itu dengan airbunga. Tiba tiba sebak bertandang dalam hati.
"Ai, Sya datang ni... Sya dah boleh terima yang Ai sudah ke tempat yang lebih baik. Sya dah berbaik balik dengan Khai.. Dia cuba baiki balik kesalahan dia yang dulu Ai.. Ai, Sya rasa bersalah sangat. Kalau bukan sebab Sya, Ai takkan pergi kan? Tapi tula, ni semua ditentukan oleh Allah. Sya kena redha kan Ai.." Airmata yang mengalir aku seka dengan hujung lengan baju kurung.
Kemudian aku memandu pulang kerumah. Sekarang aku sudah tidak berkerja. Aku tidak mahu teringatkan Aizam sekiranya aku berkerja di syarikat itu. Sekali sekala ada juga aku melawat mummy Aizam. Syukur dia tidak menyalahkan ku atas apa yang terjadi. Katanya, dia sudah menganggap aku sebagai anak dia.
Sampai sahaja dirumah, baru sahaja aku ingin membuka tudung, telefonku berdering minta diangkat.
Siapa lagi kalau bukan suami terchento.
"Hello assalamualaikum.." Sapa si suami.
"Waalaikummussalam." Entah lah. Sejak dua menjak ini badanku menjadi lesu. Nak kemas rumah pun rasa malas.
"Sayang dah melawat kubur Aizam ke?" Soalnya. Aku perasan Khairul agak cemburu kerana setiap hari isnin aku akan pergi melawat pusara Aizam.
"Dah. Ni baru ja sampai rumah. Baru balik." Jawabku lemah.
"Sayang okey ke? Kalau tak okey , abang balik sekarang."
"Eh tak payah. Saya okey. Cuma sakit kepala sikit. Kejap lagi makan ubat tahanlah tu." Bohongku.
"Hmm okey lah macam tu. Take care ye sayang. Tengahhari nanti abang balik.." Ucapnya sebelum perbualan kami tamat.
Entah masa mana aku boleh terlelap di atas katil.
****
Aku tersedar dari lenaku terasa seperti seseorang bermain dengan rambutku. Aku membuka mata dan melihat Khairul sedang berbaring di sebelahku. Tangannya masih lagi bermain dengan rambutku.
"Eh abang. Bila balik." Soalku. Aku cuba untuk bangun namun sakit dikepala membantutkan pergerakanku.
"Auhh." Aduhku.
"Sayang , sakit kepala lagi ke? Kita ke hospital eh?" Soal Khairul risau. Aku menggelengkan kepalaku.
"No. Its okey. Sakit kepala sikit je ni."
Khairul mengeluh lemah. "Hmm okey lah. Jap abang ambik makanan." Sebelum khairul turun kebawah sempat aku memanggilnya.
"Abang.. Abang tak kerja ke?"
Dia melemparkan senyuman kepadaku. "Tak. Tadi abang balik tengahhari tengok sayang macam lemah ja. Tu yang abang tak pergi balik. Hmm fiq abang tinggalkan di rumah Ibu."
Aku mengangguk faham.
Ish kenapa dengan aku ni? Aku mengandung ke ? Ye kitorang dah tidur bersama. Banyak kali juga..
Hmm period aku pun 2bulan dah tak datang. Hmm aku kena buat check up nanti! Pasti.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...