#PK20

87K 2.7K 21
                                    

Hmm sorry. Bukan sis taknak update tapi wattpad ni ha buat hal. Sedih tau. Sis tulis panjang panjang pastu dia terdelete lagu tu ja. Pastu bila sis tekan publish, reader tak dapat baca. Haihhhh. Macam macam. In Sha Allah dah takde masalah kot wattpad ni. Hehe.

***

"Sya, Sya okey tak?" Airmata yang mengalir di tubir mata aku sapu. Aku memandang ke arah Aizam lalu menghadiahkan satu senyuman kepadanya tanda aku sudah okey.

"Sya, Ai tahu pasal kisah silam Sya. Kalau Sya rasa Sya nak luahkan sesuatu, Sya boleh luahkan pada Ai. Ai sedia mendengar semuanya Sya." Aizam memandangku dengan wajah yang penuh pengharapan. Mungkin ada baiknya aku ceritakan kepadanya.

"Emm sebenarnya, Sya dulu pernah berkhawin dengan Khai." Aku mula membuka cerita.

"Sepatutnya Hana yang berkhawin dengan Khai waktu tu, tapi Hana telah menarik diri seminggu sebelum majlis berlangsung. Jadi, Khai meminta Sya untuk menggantikan tempat Hana. Atas dasar kawan, Sya terima permintaannya Ai. Selepas itu kitorang khawin. Pada mulanya agak kekok, namun lama kelamaan, kami saling menyanyangi. Sya sudah cintakan Khai. Tak sampai setahun pun usia perkhawinan kami, Hana muncul balik dalam hidup kami.."

Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritaku kembali.

"Sya tak tahu apa muslihat Hana. Dia datang dan merayu pada Khai. Dia ingin kembali pada Khai. Sampai lah suatu hari, Khai dan Hana melihat Sya .." Aku tidak dapat bercerita dengan lebih lanjut. Sebak mengingat kembali peristiwa lalu.

"Khai dan Hana..nampak Sha dan Shahrul, adik Khai dalam keadaan yang mencurigakan. Diorang fitnah kami buat maksiat. Sumpah demi Allah Ai, Sya tak buat semua tu. Khai salah faham.. Khai em em dia kata dia akan berkhawin dengan Hana. Dia nak Sya lihat dengan mata Sya sendiri perkhawinan dia dengan Hana.."

"Sebaik sahaja dia berkhawin dengan Hana, dia..dia..diaaa..."
Sebak.

".....dia halau Sya dari rumah tu. Sya tak ubah seperti anjing kurap yang dihalau Ai."

"Seminggu Sya menangis tanpa henti.. Seminggu juga Sya menyendiri, sehinggalah Sya disahkan mengandung Ai. Anak Khai.. Waktu tu Sya fikir tiada guna anak ni hidup dalam kandungan Sya sebab Khai dah buang Sya, tapi Atie, Shahrul, bapa mertua Sya semua banyak memberi Sya kata kata semangat. "

"Masuk 7bulan kandungan Sya, Khai ternampak Sya dengan Shah ke hospital. Macam macam cacian yang dia lempar pada Sya Ai."

"Ai tahu dia panggil Sya apa?" Soalku pada Aizam.

"...dia panggil Sya perempuan jalang. Perempuan murahan, perempuan yang lagi teruk dari pelacur." Aku buat buat ketawa.

"Dan waktu tu juga dia lafazkan talak pada Sya. Dia ceraikan Sya dengan talak satu."

"...yang lagi teruk.. Dia tak mengaku Syafiq tu anak dia.. Dia kata Syafiq tu anak haram hubungan Sya dengan Shah.." Suara ku sudah kendur.

"Sya boleh terima dia kalau dia benci Sya Ai, tapi Sya tak boleh terima bila dia tak mengaku darah daging dia sendiri." Ya. Aku sungguh sedih mengenangkan nasib Syafiq yang tidak dianggap wujud oleh bapa sendiri.

"Sya, sorry. Ai tak sepatutnya suruh Sya ceritakan semua ni. Ai tahu semua ni berat untuk Sya. Ai janji Sya , selagi Ai masih hidup, Ai akan jaga Sya dengan Fiq. Itu janji Ai Sya."

Kata kata Aizam sedikit sebanyak membuatkan aku tenang. Sekurang kurangnya masih ada yang menyayangi anak aku. Aizam terlalu baik dengan aku.

Setelah puas menangis, aku menyapu airmataku dengan sapu tangan yang diberi oleh Aizam tadi. Sekarang kami harus menjemput Syafiq di taska. Sejak kehadiran Aizam di taska beberapa hari yang lalu, Syafiq selalu menginginkan Aizam untuk menjemputnya juga. Hubungan Aizam dengan Syafiq juga semakin baik. Aizam nampak sangat seronok apabila Syafiq membahasakan dirinya 'abah'.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now