#PK63

39.7K 1.1K 11
                                    

Promote kitt. Hehe . Jemput jemput baca Karipap Mak Esah by EhhFar . Baca tau ! Jangan tak baca. Hehe okey bai.





Syafiha tergopoh gapah ke kelasnya kerana dia sudah lewat. Tambahan pula sekarang ini waktu Bio. Cikgu bio , Teacher Mei sangat pantang kalau pelajar lambat masuk ke kelasnya.


Adeh.. Syafiha sudah mempercepatkan langkahnya.

"Kalau bukan pasal mamat tadi tu. Mesti aku takkan lewat ke kelas Tcer Mei. Adehh." Rungut Syafiha.





Beberapa minit yang lalu.


Syafiha baru sahaja keluar dari tandas dan ingin bergerak ke blok C dimana makmal bio terletak. sedang dia asyik membetulkan tudungnya sambil memegang buku bio, dia terlanggar seseorang.


Habis buku bersepah.
Syafiha dan gerangan yang melanggarnya tadi sama sama menunduk untuk mengutip buku mereka. Kedua dua mereka pandang sama sendiri.

"Kau!" Kata mereka serentak.

Syafiha cepat cepat mengutip bukunya. Sakit hatinya melihat gerangan didepannya kini. Tiba tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Syafiha mengutip buku yang menarik perhatiannya itu. Buku itu berwarna pink. Dan gayanya macam diary.

Syafiha membelek buku tersebut. Dan dia ternampak gambar seseorang. Ya, dia kenal sangat dengan orang yang didalam gambar itu. Baru sahaja dia ingin membelek muka surat seterusnya buku itu dirampas oleh gerangan tersebut.

"Woi! Kau pehal baca buku aku tu." Marah si jejaka.

Syafiha sudah tersenyum sumbing.
"Aiyokk.. Kantoi ah. Kau suka em em em eh?" Kata Syafiha sambil menunjuk ke arah buku yang berwarna pink itu. Maigaddd kiutnya buku tu. Kalah buku orang perempuan. Hahaha.

Si jejaka sudah menggelabah.
"Err mana ada . Pandai pandai kau jek." Kata Si jejaka cuba berdalih.

Syafiha masih tersenyum nakal. "Alelelele, taknak mengaku. Emm takpa takpa. Taknak mengaku takpa aku bagitahu dia nanti." Kata Syafiha berkira kira untuk pergi dari situ. Baru sahaja setapak dia melangkah, si jejaka itu memanggilnya.

"Weh koala bear! Kejap !" Syafiha sudah tersenyum kemenangan . Namun sebaik sahaja mendengar panggilan 'koala bear' terus senyumannya mati. Dia berpaling menghadap jejaka itu kembali.

"Hmm aku suka dia. Kau diam boleh tak? Jangan bagitahu sesiapa." Kata si jejaka. Kemudian Syafiha sudah pecah ketawa.

"Gila lawak. Kalau aku nak bagitahu jugak macam mana?" Sengaja aku menduga kesabaran dia.

"Hmm. Kau! Kalau kau bagitahu sesiapa mati kau." Muka si jejaka sudah berubah serius.

"Haha lek lek weh. Aku gurau. Ye aku takkan bagitahu sesiapa. Btw, kau taknak aku tolong adjustkan untuk kau? Dia single." Kata Syafiha sambil mengangkat keningnya.

Si jejaka terus berubah mukanya. "Serius weh kau nak tolong aku? Wahhhh. Tolong weh.." Kata si jejaka.

"Haha okey. Tapi ada syarat dia.." Kata Syafiha.

"Amboi syarat bagai. Heleh! Ingat sikit aku senior kau. Kau tu baru form 4. Dengan senior pun nak berkira ke?" Katanya .

Syafiha buat muka tak puas hati.

"Em kau nak aku tolong kau ke tak? Banyak cakap betul kau ni.."

"Haa yelah yelah. Apa syarat nye?"soal Si jejaka.

"Hehe. Nanti ah." Syafiha melihat jam nya.

"Ya Allah aku dah lambat.. Aiyokk!" Syafiha menepuk dahinya. Dia sudah terlambat ke kelas bio.


"Weh! Aku tak habis cakap lagi. Kau dah nak blah?" Si jejaka memanggil Syafiha yang ingin berlalu pergi itu.

"Weh kau kelas 4 apa?"



"4sains2!" Jerit syafiha sebelum pergi dari situ.

Si jejaka tersenyum sendiri. Tak sangka ada juga orang ingin menolongnya mengorat gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya m.



"Khai! Khai. Nak ngorat awek pun tak reti. Haha"




***

Jeng jeng jeng. Kalau tulisan senget tu throwback ye! Harap anda semua faham. Tak keliru. Heheheheheheheheheh

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now