#PK53

47.8K 1.4K 26
                                    

Petang itu, seperti biasa aku akan habiskan masa dengan anak anak aku. Khairul masih lagi tidak pulang dari pejabat.

"Umi, nanak kek tu?" Syifa datang menghampiri aku dan meminta kek coklat yang dibuat oleh aku tadi. Aku menyuakan kek itu kepadanya. Dengan lahap nya dia makan kek tersebut. Haha. Kembar dua orang ni memang suka sangat dengan coklat. Tapi aku ni jarang bagi diorang makan, yelah, bimbangkan kesihatan mereka. Tapi kalau dengan si Khairul, haih, semua dia bagi. Katanya, kesian anak anak dia.


Pernah sekali aku sorok satu hamper coklat Cadbury pemberian Shahrul untuk diorang sebab taknak bagi si kembar tu makan, tapi last last diorang jumpa jugak. Siapa yang bagi tahu? Shmm siapa lagi kalau bukan Khairul. Manjakan sangat dengan kembar tu.


Syafiq yang sedang duduk di atas runput itu aku tenung. Tersenyum sendiri aku melihat anak aku ini sudah membesar. Dia lah sumber kekuatan aku selama ini. Aku harap sangat dia dapat jaga adik adik dia nanti.


"Fiq.. Mai minum jus ni.." Aku memanggilnya. Dia terus datang menghampiri aku dan menyambut jus oren yang dihulur oleh ku.


"Hmm umi. Tawar.." Katanya.

Tawar? Aik. Tadi aku rasa manis jek. Hmm ais dah cair kot.

"Tawar? Hmm tadi umi rasa okey jek." Kataku.

Syafiq memandang aku. "Umi tahu kenapa air ni tawar?" Soalnya.

Aku menggarukan kepala ku yang tidak gatal. Adeh main tanya soalan pulak.
"Hmm Fiq makan kek coklat tadi kot. Tu yang tawar." Jawab aku.

"Tak. Salah." Aih! Salah? Habistu.

"Laa habistu kenapa?" Soalku dengan lurusnya.

"Sebab..."

"Sebab...."

"Sebab.. Manis dia ada pada Umi."

"Cia cia cia.." Aku terdengar suara Khairul. Aku kalih belakang dan melihat dia sudah menari cia cia cia pabende entah. Syafiq pun sama.

Tergelak aku dengan diorang ni. Adehhh Syafiq , Syafiq. Pandai ye buat pickupline dekat umi.

"Amboi.. Sakan nyee dia bercia cia cia.." Aku menegur Khairul yang masih lagi seronok dengan Syafiq.

Dia kemudian datang dan mencium dahi aku . Seperti biasa aku akan hulur tangan untuk bersalam dengannya. Kemudian dia  duduk di kerusi di depanku.

"Thats my boy." Katanya kepada Syafiq sambil mengusap lembut kepala Syafiq. Si kembar dua orang itu asyik bermain dengan permainan diorang sampai tidak hiraukan walid diorang yang dah balik ni.

"Syifa. Syakir. Walid dah balik ni." Aku memanggil si kembar itu. Kemudian mereka berlari lari mendekati Khairul.

Aku menuang air kedalam gelas dan menghulurkannya kepada Khairul. Si kembar tu dah kembali dengan mainan diorang. Syafiq pula kembali menyambung membuat kerja sekolahnya.


"I miss you." Ucap Khairul.

Aku mencebik. "Ye ke rindu?" Sengaja menduga dia.

"Hello! Ofcs lah rindu. Hari hari rindu. Rasa macam em taknak berpisah je." Katanya .

Aku tergelak kecil. "Apalah abang ni. Bukan nya tak jumpa . Hari hari jumpa. Hari hari tidur sama sama. Aihh."

"Hmm yelah. Dia mana tahu. Dia kan tak pernah rindukan kita. Kita aje yang rindukan dia..." Kata Khairul seakan menjauh.

Lah! Pulak!

Aku bangun dari tempat duduk ku. Lalu duduk di atas pahanya. Aku melingkarkan tanganku di leher nya. Aku menolak mukanya supaya menghadap aku.

"Alolo.. Merajuk em. I miss you too lah bie.." Bisik aku . Memandangkan anak anak sibuk dengan aktiviti masing masing, aku dengan berani nya mencium bibir Khairul.


Chup!

"Umi.. Walid.. Buat apa tu?"

"Kenapa umi duduk atas paha walid?"

"Aiyokk umi pun nak manja dengan walid macam adik dengan acik eh?"

Ya Allah kantoi! Aku paling wajahku ke sebelah kanan. Kelihatan ketiga tiga anak aku sedang memandang ke arah kami.
Mukaku sudah berona merah. Khairul membisik di telinga.

"Hmm sedap. Rasa coklat. Nanti nak lagi ye. Btw, lain kali hati hati. Pemerhati ramai disini. .." Lagi lah muka aku makin merah.
Aku terus bangun dari pahanya lalu masuk kedalam rumah.


Khairul sudah pecah ketawa.




Malu.


****


Tetap update lagi. Haha. Sayang nak endingkan cerita ni. Baca jelah ye selagi belum ending ni. Gahaha

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now