"Syaf. Jum teman saya lunch. Saya tak biasa lagi kat tempat ni." Aizam mengajak Syafiha keluar makan.
"Err Ai , sebenarnya saya kena ambil anak saya . Selalunya time lunch saya akan pergi ambil anak saya. Sorry k. Apa kata awak keluar lunch dengan Laila. Dia boleh bawa awak biasakan dengan tempat kat sini." Syafiha sekali lagi menolak ajakan Aizam.
Aizam sudah mengeluh. Takdapat lah dia nak lunch dengan Syafiha. Tiba tiba dia mendapat satu idea.
"Syafiha. Ambil beg awak tu. Jom ikut saya." Arah Aizam.
"Hmm nak kemana Ai? Kan saya dah cakap saya nak jemput anak saya."
"Ish. Ikut jela. Jom. Awak tak boleh bantah Sya. Ingat! Saya bos awak."
Ni benci ni bila dah start guna kuasa veto ni.Nak taknak aku ambil jua beg tanganku lalu mengikutnya.
"Naik kereta saya ye." Ujar Aizam. Dia membuka pintu kereta nya untuk aku.
Alahai Aizam ni. Sejak dulu lagi selalu jek gentlemen macam ni.
Aku masuk ke dalam kereta . Masih berfikir kemana destinasi kami.
Aku risaukan Syafiq. Telefonku diambil untuk mendial nombor Atie. Namun hampa. Atie tidak menjawab panggilanku.
"Hmm taska anak awak kat mana Syafiha?" Aku bagaikan terkejut dengan pertanyaan Aizam itu.
Aku memandangnya dengan muka yang penuh persoalan.
Dia yang perasan aku memandangnya dengan wajah yang pelik turut berpaling ke arah ku."Syafiha. Saya tanya taska anak awak dekat mana? Bukan suruh awak tilik saya. Saya tahu saya kacak. Hehe" seloroh Aizam.
Malu aku dengan usikannya itu terus melemparkan pandanganku ke luar tingkap.
"Sya, sekali lagi saya tanya taska anak awak kat mana.?" Kali ini aku memberi tahunya alamat ke taska anakku.
Beberapa minit kemudian kami tiba di taska Syafiq.
Aku turun dari kereta. Aizam juga turut sama turun. Ingin saja aku halangnya dari turun, namun apakan daya, Aizam tetap juga berdegil ingin turun.
"Umi." Syafiq mendekatiku lalu memelukku. Aku melihat mukanya yang sepertinya baru sahaja menangis.
"Hey. Anak umi ni kenapa nangis ni? Siapa buat anak umi nangis ni?" Belum sempat Syafiq menjawab pertanyaan ku, cikgu nya terlebih dahulu menjawab.
"Maaflah Puan Sya. Tadi Fiq dia gaduh dengan kawan-kawannya. Mereka semua mengejek Syafiq kerana ayahnya tidak pernah datang menjemputnya. Sebab tu lah Syafiq menangis. Maafkan saya Puan Sya." Ucap si cikgu.
Aku kembali memandang anak ku yang muka nya lencun dengan airmata. Airmatanya aku seka. Kemudian aku mengucup lembut dahinya. Airmata aku mengalir sama.
"Umi, umi nape nangis? Fiq janji Fiq tak gaduh dah dengan kawan Fiq." Syafiq menyeka airmata yang mengalir dipipi ku.
Baru aku teringat Aizam juga ada disitu. Terus aku berpaling menghadapnya. Dia melemparkan senyuman yang manis kepadaku.
Aku tidak ingin dilihat lemah didepan dia. Aku tidak mahu dia mengetahui masa laluku.
"Err umi, sape tu? Tu walid ke?"
"Err.."
"Hai Fiq.. Uncle kawan umi Fiq. Fiq boleh panggil uncle 'abah'." Melopong mulut aku mendengar kata kata Aizam itu.
Syafiq mendekati Aizam.
"Uncle boleh jadi abah Fiq? Uncle boleh jemput Fiq dekat sini? "Aizam mengangguk tanda mengiakan kata kata Syafiq.
"Yeayy! Fiq dah ade abah. Diorang takkan ejek Fiq dah." Tubuh Aizam dipeluk oleh Syafiq. Aizam mengusap lembut kepala Syafiq.
Airmataku mengalir lagi. Sedih + terharu mungkin. Sedih mengenangkan Syafiq yang bapanya tidak mengaku anak. Terharu dengan Aizam yang menganggap Syafiq seperti anak sendiri.
"Okeylah cikgu, kitorang balik dulu. Terima kasih."
****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
عشوائيSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...